Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Khamis, 21 April 2011
Siapa yang sudi menjadi follower alimaz yang ke-400.
Haiii dah pukul 10 pagi.... sekejap rasanya masa berlalu..... ada lebih kurang 3 jam lagi dahhh nak balik..... makan tengahari ya.... bukan balik terus petang tak datang office balik...
Pagi tadi Cewad mama rasa badan dia demam... Panas sangat.... kalau tak ok jugak ingat nak bawak klinik la nanti ptg.....
Emmm diam tak diam dah masuk 399 org dah folower alimaz kembara terasing...... Ingat lagi masa awal berblog tahun 2009.... bulan Jun ... 3hb.... folower kami cuma dari kalangan sahabat2 saja.... then mula mengenali sahabat2 dari luar.... Baru tahu rupanya berblog ni boleh dapat ramai kawan dari serata dunia.... Tak terkecuali jugak berblog boleh mendapat musuh..... Ya la kalau kita gunakan medium ni untuk menyakitkan hati og.....
Anyway siapa la agaknya yang sudi menjadi folower kami yang ke-400 tu...... kita tunggu dan lihat saja.... Siapa2 pun tak kisah la... janji dia ikhlas nak berkawan.....
Isnin, 18 April 2011
Tukar akaun yahoo ke Gmail
Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google
Pagi ni sibuk dok tukar akaun blog..... Gara2 notis dari Google la ni.... Pagi tadi dlm pukul 9 pagi ada taklimat jaga exam... dah habis satu jam..... Itu pasal lambat N3 pagi ni..... Semua gara2 asyik nak tukar dari akaun yahoo ke gmail.....
Rasanya semua org dah tukar kot.... Tapi yang tak syoqnya... org yang kita follow pakai akaun yahoo hilang... makna kata kita kena follow semula blog2 yang difollow sebelum ni.... Arghhhhhhhhhhh tensennya... banyak kerja kena buat.....
Lepas ni la mama follow balik blog2 kalian .... Tapi kalau yg akaun yahoo dulu tetap ada la... ni dah tukar ke gmail tak ke kena follow semula...
Jumaat, 8 Oktober 2010
Cadangan En. Zool @ Tod
Labelkan tripod-tripod tersebut. Rekodkan nama (pensyarah/ pelajar & no matriks) yang meminjam tripod tersebut. Kalau mereka memulangkan tripod itu dalam keadaan kotor, tegur secara lisan. Kali kedua naik notis kat Fakulti
"KEPADA ABU BIN BAKAR 2010101010, ANDA DIMINTA HADIR KE STOR PERALATAN UKUR UNTUK MENCUCI KAKI TRIPOD (HARTA UITM) YANG DIPINJAM PADA 7 OKTOBER 2010 DENGAN KADAR SEGERA. JIKA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, ANDA AKAN DISENARAI HITAMKAN OLEH PERSATUAN TRIPOD ARAU DARI MEMINJAM SEBARANG TRIPOD DI NEGERI PERLIS"
October 7, 2010 9:23 AM
------------------------------------------------------------------------------------------------
* Memula dah buat En Zool.... saya siap tulis no siri setiap tripod dan peralatan yang lain.... So sebab dah nak kena tulis semua sekali nama... no matrik... no siri alat.... Pensyarah la pulak complain lambat nak bagi alat.... Pensyarah ni bukan pensyarah baru.... Pensyarah lama la... kalau pensyarah baru ta berani sangat nak memandai... ikut saja saya....
Dah dok complain saya pun tak buat dah la tulis no siri bagai..... Tu yang dok jadi taik tu.... Dan untuk pengetahuan En Zool.... pensyarah lama kat UiTM perlis ni bukan ngam sangat dengan kami staf baru ni..... Maklum la depa dah lama.... kami ni macam kuli saja.....
Terima Kasih atas cadangan En Zool..... nampaknya next semester saya kena buat peraturan yang lebih ketat lagi la.....
Rabu, 1 September 2010
Blogger memperkenalkan Stats
Setelah menguji fungsi statistik melalui Blogger In Draft pada bulan Julai yang lalu, kini pihak Blogger sudah pun bersedia sepenuhnya, dan kini mereka memperkenalkan Blogger Stats kepada ke semua pengguna Blogger seluruh dunia.

Antaramuka Blogger Stats
Melalui Blogger Stats, para penulis yang menggunakan perkhidmatan blog percuma Google itu boleh melihat statistik masa-nyata blog mereka yang mana diintegrasikan sepenuhnya pada setiap blog yang beralamatkan Blogspot itu.
Melalui Blogger Stats, ianya membawakan statistik masa nyata, dimana setiap perubahan statistik diperlihatkan kepada anda sebaik sahaja ianya berlaku, selain anda juga boleh melihat kata kunci popular pada blog anda, dan pelayar web dan darimana para pembaca anda datang. Segalanya itu diperlihatkan pada suatu antaramuka yang amat menarik sekali.
Sember:cni
Isnin, 28 Jun 2010
UiTM Perlis hari pendaftaran- Sabtu dan Kek Lapis Sarawak...
Sabtu lepas pendaftaran pelajar baru sessi Julai / December 2010.... Jem pulak Arau... Mama ajak abah kluar sebab ada student dari sarawak mendaftar hari ni... dan kebetulan student tu adik ipar kepada salah seorang sahabat blogger kami.... blog dia satu lagi
Kak Ina nama timangan la kot mertuanya cakap.... Kak Ina ada buat bisness sikit... dah alang mertua dia datang mama pesan sekali la kek lapis sarawak..... sesapa yang nak rasa kek lapis boleh la kekedai umie ni ya....
Jem la pulak nasib baik bawak motor ja kalau bawak kereta mau sejam baru sampai rumah... 5 minit jadi satu jam...
Depan kedai... singgah beli buku...
Haaa ni la mertua kak Ina .... Cikgu katanya.... sebaya Tok Didah....
Ni la kek yang mama pesan.... Tebaloi tu kak Ina bagi ja... Thanks kak... sedap kek... anak2 saya suka....
Isnin, 14 Jun 2010
Terima Kasih Folower semua....

Dah 300 folower..... asalnya kami buat blog sekadar suka2.. Atas sindiran sahabat baik.... dah pertanyaan beberapa sahabat yang ada blog...
Hang tak dak blog ka... awat tak buat..
Dia baca blog orang saja ...
Itu antara sindiran dan pertanyaan sahabat mama.... Then mama bagi tau abah nak buat blog.... Mula-mula abah tak berapa nak galakkan... Then satu malam tu mama tengah tidur seingat mama... Tahun lepas la bulan ni.... Abah create blog then dia tanya mama nak buat blog tak... PAda hal abah dah create dah...
Bukan main suka lagi mama masa tu.... Ingat lagi mama N3 mula2 dulu....perihal keluarga saja... hahahah N3 baru nak belajar la katakan....
Dari blog ni mama kenal banyak org...ramai rakan dan ramai juga para sahabat lama yang mama jumpa... semuanya kerana Nuffnang la... Thanks nuffnang....
Tapi mula2 dulu ada juga insan yang mengkritik blog alimaz kembara terasing ni.... siap kata dengan kami... Tak dak kerja ka...sebab N3 Banyak dalam 5 N3 satu hari... Hamba Allah ni siap kutuk lagi.... Tak dak kerja ka.. Kerja posting N3 saja....
Sakitnya hati.... TAk tau ka dia yang N3 boleh dibuat auto posting.. Dia siap kata lagi... Pandai ya Computer kamu bloh posting sendiri.....
Maaf la kalau dia ada baca N3 ni... saya berblog bukan nak cari gaduh dengan sesiapa.... kami ada cara tersendiri macam mana nak posting... LAgi pun blog ni Abah dan mama boleh buat N3 bila2 masa... bila terluang... Kerja2 la.... tak kan kerja tanpa henti...tak kan tak boleh nak berhenti menjenguk blog atau baca paper online....
DAlam dua hari lagi genap blog kami setahun... mungkin blog ni akan berubah wajah sikit...insyaallah.... Ikut pandangan abah la....