Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Jumaat, 11 Jun 2010
Isnin, 10 Mei 2010
Salam...Good Morning...
Semalam (kemarin bagi warga utara...) semua kaum ibu menyambut hari ibu..... Ada yang baru menjadi ibu semalam dengan mendengar tangisan anak pertama..tahniah.... Bagi yang dah ada ramai anak macam Alimaz (anak2 masih kecil)... dan besar-besar semua mesti dapat hadiah yang menarik dari anak2 andakan.....
pst... Mama cuma dapat lukisan dari Cuteri.... kerana mereka masih belum mengerti.... Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu...betulkan....
Kasihan pada ibu yang mempunyai anak yang ramai tetapi tidak dipedulikan.... mintak kita semua dijauhkan dari mendapat anak-anak yang sebegitu....
Aminnnnn....
Jumaat, 26 Mac 2010
Selulit Membantutkan Keyakinan Wanita

gambar gugel.....eeee
Selulit selalu terjadi kepada wanita yang baru lepas bersalin....betul tak..... hehehehe betul la tu....Tak kira la wanita kurus atau gemuk....
Selulit ni kalau nak tau dia macam sekumpulan lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit... Semua orang ada lapisan tisu lemak di bawah kulit kan... Lapisan ni boleh dikatakan macam lapisan kusyen la yang melindungi pelanggarann (bumps)... Bagi rasa selesa dan bagi kita kelembutan yang berkaitan dengan sifat kewanitaan....
KAlau kita makan makanan yang berkalori secara berlebihan yang ni la yang jadi punca utama terbentuknya selulit....
Kalau kita diet... senaman...boleh buang lemak berlebihan dipermukaan lapisan lepak...tapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam....
Puratanya...wanita lebih banyak simpan lemak yang kebiasaannya terkumpul di bahagian paha....punggung...dan dada... manakala lelaki lebih tertumpu pada bahagian perut dan dada...... Betul tak.....
------------------------------------------------------------------------------------------
*Kalau abah selalu cakap lelaki perut buncit bermaksud banyak duit......heheheheheheh*
Khamis, 11 Mac 2010
Isteri, ibu dan pekerja

gambar kosmo
WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.
Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.
Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.
Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?
sumber
------------------------------------------------------------------------------------------
*Perlu ada toleransi dalam urusan rumahtangga*
Isnin, 8 Mac 2010
Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Tepuk dada tanya selera.....*
Ahad, 7 Mac 2010
Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
--------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya.
Sabtu, 6 Mac 2010
Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

photo by gugel
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
--------------------------------------------------------------------------------------
*BAnyak contoh yang boleh kita lihat.....*
Esok....Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
Jumaat, 5 Mac 2010
Kerana cintamu Adam

gambar ihsan gugel
ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Ya-Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.
ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Sama ada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Cintai aku kerana Allah SWT....nescaya hidup kita kekal kesyurga.... *
Sabtu, 27 Februari 2010
Surat untuk Hawa

ASSALAMUALAIKUM……wbt
Wahai sahabat Muslimat Sekalian, Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….
Hawa… .
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .
Hawa… .
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .
Hawa… .
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!
Hawa… .
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini… .
Hawa… .
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??
Hawa…
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa… .
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu… ..
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”
Hawa… .
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan… .Akhir kata ,ketahuilah… … … … .
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”
Sekian… … ..
sumber-e-mail memba..abah...
Khamis, 18 Februari 2010
Akaun Rahsia....Perlu..kaaa..

Salam....
Saya nak cakap pasai akaun atau pun simpanan rahsia bagi isteri..... Persoalannya..Perlukah isteri memiliki akaun rahsia tanpa pengetahuan suami.... semestinya suami tak tau kan dah namanya pun rahsia...
Bagi saya kalau dah rumahtangga aman damai nak buat apa dengan akaun rahsia kan... Nak buat pa sembunyi-sembunyikan mengenai akaun masing-masing.... Betoi tak..
Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak kena kongsi segala hal termasuklah hal2 yang berkaitan dengan kewangan.... Perkahwinan tu pun dah bermaksud perkongsian antara suami dan isteri..... Tetapi ada perkara yang boleh dijadikan hak individu..... Contohnya...pakaian hahahaha tak kan nak kongsi kot...
Bagi saya kalau la salah satu pasangan itu mempunyai akaun rahsia...ini bermakna isteri atau suami itu sendiri menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan masing-masing.....
Maksudnya isteri/suami tidak bersangka baik dengan pasangan masing-masing sedangkan bersangka baik itu perlu dalam rumahtangga...
Pasangan yang ada akaun rahsia ni adalah pasangan yang ada konflik dalam rumahtangga saja... contohnya salah satu daripada pasangan ada niat nak keluar dari rumahtangga itu....
Atau suami yang jenis kedekut, panas baran yang suka memukul atau mencederakan isteri atau penagih dadah, maka akaun rahsia perlu ada untuk masa depan..
--------------------------------------------------------------------------------------
*BAgi saya akaun sendiri perlu ada tapi tak perlulah dirahsiakan dari pengetahuan pasangan kecuali ada krisis....*
Selasa, 9 Februari 2010
Wanita berkedudukan jangan perlekeh suami dirumah.

Zaman sekarang banyak kaum wanita yang menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan swasta. Bukan sekadar menjadi ketua jabatan.... ketua setiausaha.... ketua pengarah dan jawatan kanan yang lain... malah hakim... naib canselor... menteri sehingga yang menjaga hal ehwal angkasa pun diketuai oleh kaum wanita....
Jika sebelum ini kaum lelaki boleh mendabik dada mengatakan mereka punya daya kuasa.... hari ini tidak lagi. Banyak yang sudah berubah... Adakah lelaki sudah mengalah????
Kaum lelaki macam mana cerita...nak marah atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini....??? Nak tak hendak kaum lelaki terpaksalah menerima hakikat....
Macam kata orang tua-tua.... Tahi Kambing Bulat-bulat, Telan saja Buat ubat.... Apa nak buat....Heheheheh Kaum Adam Jangan marahhhh...
Tetapi kaum wanita harus ingat bahawa di pejabat anda adalah bos.... dirumah anda tetap nombor dua..... bukan isteri nombor dua ya..... Dirimah anda adalah penasihat, pembantu, atau penolong kepada ketua isitu suami...
Dirumah kaum wanita tidak layak menandingi lelaki.... Kalau di pejabat anda mengarah... Tapi dirumah anda tetap diarah....
Kepada wanita yang berjaya... ingatlah walau setinggi mana pun anda terbang rumput dibawah usah dilupakan.... Kerana apabila lapar dan dahaga, Lembah itu sahaja yang mengeluarkan buah dan hasilnya.