TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label marabahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marabahaya. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Januari 2013

Accident at Jalan Mata Ayer Perlis.

Accident antara motor dengan kereta...



Jumaat, 11 Jun 2010

Ajal kembar

KANGAR: Sepasang kembar perempuan menemui ajal bersama selepas terbabit satu kemalangan jalan raya di Kilometer 2.7, Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Berita penuh disini...


Pagi tadi mama tak sempat nak buka metro online... ada saja kerja nak buat...maklum la dah dekat nak mula semester dah ni....

Petang ni abah tanya mama ada baca metro tak... mama cakap tak sempat.... Abah la bagi tau pasai berita ni....

Kesian mama baca.... Dua sekali meninggal dilanggar kereta.... Abah cakap simpang tu memang bahaya.... Kereta tu dipandu laju.... tak berhenti di simpang...

Yang sorang mengandung...yang sorang lagi akan bertunang.... Kesian tengok mak dia  (gambar).... Sedih tak terkata.... Kalau la kita bagaimana ya.... Al-fatihah untuk arwah berdua...

Kemalangan ka rosak entah la....

Salam..... selamat pagi bagi yang bukan muslim.... Ok ni perihal pagi semalam berdekatan simpang Pokok Petai Mata Ayer...

Semalam mama dengan abah pekena nasik kandar Pokok Petai... Sampai saja didestinasi abah cakap apasal trailler ni merentang jalan.... Mama tak nampak sebab lindung lori yang kat depan ni....

Macam-macam hal yang selalu jadi kat simpang ni... Tahun lepas Lori besar bawa simen kalau tak silap ...rempuh kedai yang ada ditepi-tepi jalan tu.....

Biasa la semenjak projek Double Rail...Projek Sekolah Menengah Oran dan Projek fly Over dijalankan di Mata Ayer ni macam-macam jenis trailer yang lalu.... 

Semua yang lalu tu besar-besar dan laju.... Ngeri la bila setiap kali kami lalu ikut jalan Mata Ayer untuk menghantar askar-askar kesekolah... Bayangkan bila kereta kami yang kecil berada di depan trailer  dan trailer yang besar dan panjang berada dibelakang kami....

Seremmmmmm.... Untuk pengetahuan kalian kami dah biasa xcden dengan bas..... Bas melanggar belakang kereta... Masa tu kami dalam perjalanan untuk menghantar askar-askar kerumah mak mama. Masa tu askar2 masih belum bersekolah.... Kalau tak silap mama tahun 2008 bulan Mac 18 haribulan...

Nasib baik askar2 tak ada apa-apa... Cewad masih kecil masa tu dan mama pun mmg baru lepas pantang (baru lepas cuti 2 bulan) ..... Cewad terpelanting kebelakang..... Nasib baik tiada apa yang berlaku.....

 Semenjak dari hari itu mama dengan abah cukup takut bila berada di hadapan trailer atau bus....


Khamis, 31 Disember 2009

Buku Sekolah Che Min

Tarikh:28/12/2009
Masa:tengah Hari Isnin
Tempat:Sekolah Kebangsaan Oran Mata Ayer Perlis
Perkara:Che Min dah Masuk darjah satu...senin Hari tu pihak sekolah call suruh pi bli buku sekolah....


Senarai buku dan harga sekali......banyak gak buku budak darjah satu nih...


Seperti biasa...model yang semakin montel..ekekekek...


Nampak tak pak cik ber dua yang bermotosikal kat depan kereta abah tu.....abah nyaris2 nak langgaq depa...kesnya bawak motor melelong rata ...sat ketepi sat ketengah,...dok pandang apa tak tau....mujoq kena exzos mato ja sikit..abah sempat brake....kalau la bas atau lori yang dok blakang depa masa tu..agak2 anda la apa nak jadi dengan pak cik berdua tu.....

Rabu, 11 November 2009

Lebuhraya...



Ni ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi...

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.
---------------------------------------------------------------------------------------
*pesanan untuk semua...*

Rabu, 29 Julai 2009

Bas tak ketahwan hala punca....



Masa dok jalan balik lepas 'cerah' RM bagi kat kedai tadi...baguih punya bas dok pangkah kat depan jalan....sebbaik abah pun tak berapa la laju sangat..kalau tidak stering baru pun entah pi kemana ...dalam gambaq tu nampak kereta yang depan tu ....dia punya brekkk.....fuhhh dengaq sebatu...tempat nie betoi-betoi pintu masuk UNIMAP...ha..tempat yang selalu xcden tu la...apa punya bengap drebar bas nie...ingat jalan nie tok wan dia punya.....hohoh
----------------------------------------------------------------------------------------
*macam-macam....

Jumaat, 12 Jun 2009

Xcden

Date:10/06/2009
Masa:08:00pagi (lebih kurang la...)

Selepas hantaq askar-askar ke rumah Angah(adik mama)Kg Oran ,misi seterusnya mengisi perut(menyorok)la..tengah dok pikiaq nak p makan kat mana sambil dok bertoj'e ngan mama lalu la kat depan ( Unimap) Kubang Gajah...jem..pasai pa....ada xcden la plak...patut rrr jem... abah nampak Faizal (memba abah) rupa2nya kreta dia nyaris2 xcden....kami tak brenti pun.... jalan terus sambil tu dan lagi abah suruh Faizal ni snap dua tiga keping gambaq....


Kreta faizal yang kat depan(Waja dalam bulatan merah tu)


Kreta wira jabatan pa entah..faizal pun tak habaq.


Iswara yang belah belakang wira tu..la

Sumber:Faizal hansem
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Teringat la kat kami sekeluarga yang naik anak kreta(kancil) disongdoi dengan gajah(bas mara lena...)memang lena pun dreba dia....gree..

Link Within

Related Posts with Thumbnails