TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

SBPA luaskan jurang kakitangan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membuatkan jurang tangga gaji kakitangan antara pekerja atasan dan bawahan lebih luas.

Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, pihaknya kini sedang membuat kajian mengenai perkara itu dan akan membuat pendirian muktamad pada 14 Disember ini.

"Buat masa ini, kami berpendapat ia akan meluaskan jurang antara kakitangan apabila pengurusan tertinggi menerima kenaikan sehingga 40 peratus manakala sokongan pelaksanaan kenaikan itu bermula 10 peratus.

"Pengurusan profesional ini, gaji mereka sudahlah tinggi ditambah lagi dengan kenaikan yang banyak, jurang itu semakin ketara," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Bagussssssssssssssssss sangat......apa nak kataaaaaaaa*

Jumaat, 11 November 2011

Ya Allah... comelnya.


Sapa la yang sanggup tinggal anak secomel ni....Nampak rupa nak macam org indonesia pun ada....

Khamis, 3 November 2011

Terpelajar tapi kurang ajar...



Makin tinggi pendidikan makin kurang ajar...



Jumaat, 7 Oktober 2011

Bajet 'pilihan raya umum' dijangkakan

Ucapan belanjawan ketiga yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara meluas dijangka sebagai bajet pilihan raya yang menjurus ke arah menyediakan lebih banyak pendapatan untuk kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah berbelanja.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Perdana Menteri bakal mengumumkan bonus sebulan gaji lagi kepada kakitangan awam pada masa yang sama menaikkan gaji yang agak besar bagi kakitangan yang berpendapatan rendah.

Juga difahamkan, bahawa jalur pendapatan kena cukai minimum akan dinaikkan tetapi mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan terjejas.

Sumber juga mendakwa bahawa kerajaan berharap untuk mengurangkan defisit daripada 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 4.7 peratus.

DISINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*sounds always good *

Khamis, 6 Oktober 2011

Manusia ka menatang ni...



Korang baca la sendiri kat metro hari ni..... Kot ya pun takut takkan sampai hati campak anak mcm tu sekali.... Eloq humban ja siibu ni kelaut.....

Selasa, 10 Mei 2011

Gula naik lagi 2 kupang.



PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Gaji tak jugak naik*

Khamis, 14 April 2011

Lonjakan harga emas


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

KoSmO
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Lepas ni makin ramai kaum hawa yang kudung... huhuhu ... Mintak simpang....*

Rabu, 6 April 2011

Nak tengok sangat muka lahabau ni.....



Selasa, 5 April 2011

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi

KOSMO

KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------
*Ye ke tak sedar.......*

Isnin, 4 April 2011

Murid Kena Pukul Meninggal Dunia, Penyelia Asrama Ditahan

Pelajar dipukul hampir dua jam

Ni berita metro Ahad semalam(kelmarin).........

Murid Kena Pukul Meninggal Dunia, Penyelia Asrama Ditahan
 Ni pulak berita kat mStar..... Innalillah..... Kesian anak yatim ni.. sanggup mangkuk hayun yang tak guna ni buat macam tu.... Kalau pun budak ni mencuri ka hapa ka... patut ka didera macam tu.... Kalau pun dia mencuri apa hak cikgu ni nak pukul2 budak tu..... Padan muka kena 302..... Allah saja yang balas....

Selasa, 8 Mac 2011

Pelajar sekarang dah semakin kurang ajar... Salah siapa...

Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

------------------------------------------------------------------------------
* Ishhhh..... macam2 hal..... berani tak bertempat.. memalukan ibu bapa..... Salah didikan guru atau ibu bapa....entah lah.... Anak2 kita nanti bagai mana ya... anak2 yang ditatang.... dengan sepenuh kasih sayang.... Takut ini jugak nanti balasan mereka... Pantang ditegur...  

Khamis, 3 Mac 2011

Harga makanan lonjak hingga 167 peratus

sumber

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus,".

Kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00,".

harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus,".
--------------------------------------------------------------------------
"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.


-------------------------------------------------------------------
Emmmmm makan kat rumah pun tak save gak.... maunya tak harga barang basah dan kering pun makin meningkat.... Ini pulak makan kat luar..... sendiri mau ingat..... Gaji penjawat awam bila mau naik??????????

Rabu, 2 Mac 2011

1,086 penjawat awam bankrap

Berita sini



Maunya tak bankrap.... dah la gaji ciput..... kerja mau baik... sikit2 buat pinjaman... ye la ... pepatah biar papa asal bergaya.... Pinjam dengan bank2 cekik darah.... dah tu mau makan megi saja ler...

Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki. 

Selasa, 1 Mac 2011

Rangka Raya SDN. BHD....dah tinggal rangka....


BERITA KOSMO

Jumaat, 25 Februari 2011

Bank Rakyat untung RM1.72 bilion

Maunya tak untung berbillion.... bagi pinjam 10 ribu.... bunganya mau 15 ribu..... tak ke bank cekik rakyat.... MINTAK TOLONG DENGAN BANK RAKYAT..... kisahnyer kalau tak der duit.....

Pakai ATM mesin guna kad bank lain pun dah charge 2 hinggit.... sama la dengan bank islam... nama ja bank islam.... Buat malu nama islam ja... Bunga bank islam lagi tinggi... Bank lain... serupa jugaaaa......

Haiiiii dok kaya kedepa jer.... Nak tergelak juga ayat ni.... (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.72 bilion 

Kalian fikir la sendiri.....

Berita baca la kat sini

Rabu, 23 Februari 2011

Lepas duit syiling.... semalam beras pulak...

Pesta kaut beras di lebuh raya

Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ishhh depa kaut bawak balik ka... kaut bagi balik kat yang empunya hak... Haram kan kalau ambik yang bukan hak kita......

Selasa, 22 Februari 2011

Maher Zain, Amy Search bakal berduet?



Eh ya ka.... mama baca kat metro tadi.... Kalau la betul gempak giler..... mesti best punyalah...

Khamis, 17 Februari 2011

Mungkinkah siswi zaman sekarang semakin hilang kewarasannya....?

Siswi gila lelaki bini 2


Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak2 kita macam mana nanti ya.... harap jangan begini jadinya.... Dan juga suami kita sekarang.... dimana ya dia berada.... jangan berpoya-poya dengan para siswi sudah.... Bagaimana pulak dengan kita..... kaum wanita.... Jangan pulak menggoda siswa2... 

Isnin, 7 Februari 2011

Kalau la aku seorang penoreh....

Penoreh Peroleh RM60,000 Sebulan Hasil Kebaikan Harga Getah
 
BESUT: Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
"Seorang penoreh yang mempunyai tiga hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.
Nawi berkata disebabkan peningkatan harga getah yang mendadak di pasaran itu, ramai penoreh tidak lagi menggunakan tenaga buruh asing untuk menoreh di kebun mereka sebaliknya mengusahakannya sendiri.
"Mereka juga bertindak menjaga kebun masing-masing daripada diceroboh oleh golongan untuk mencuri getah beku," katanya. - BERNAMA
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Huh dan-dan nak jadi penoreh... kalau lima 10 tahun dulu tak mau pulak... busuk katanya.... heheheh

Rabu, 2 Februari 2011

Nenek 55 tahun Kemaruk layan pucuk muda

Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.

Berita panjang di Metro

------------------------------------------------------------------------------------
Dunia semakin tua..... dah hampir kiamat... dah terang akhir zamannya....

Link Within

Related Posts with Thumbnails