TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 20 April 2012

Just 4 fun.

Selasa, 24 Januari 2012

Ape la nak jadi...

Sepasang suami istri sedang berebut remote tv.
Suami die suke tengok bola,sedang istri die suka tengok masak2,sehingge bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni.

`` Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO.
Lima siung bawang merah BERDIRI OFSIDE.
Daging di rebus oleh REFREE.
Perencah yg dah halus DE KENAI YELLOW CARD.
BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak.
GOAL KEPER di tusuk jd sate.
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak !``

Jiran sebelah:
Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik
semacam jer bunyinye...

Hehehe...


Jumaat, 4 November 2011

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang

1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:
S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.

2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.

3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo

4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!!

5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.

6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..

7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( Suare Manja ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!! Grrr

Rabu, 13 April 2011

Hadoi....... pening....

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... . Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee.

Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... ... . aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !! > >

copy kat sini

Khamis, 17 Mac 2011

N3 khas bagi yang gemar buat kuih ... biskut atau kek.


layannnnn.... Pakai drill dengan gunting ja....

Isnin, 21 Februari 2011

Perlembagaan pekerja 18sx

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."


Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta..mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta..Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni..
nampaknya Rosni tidak membantah..Beberapa minit kemudian..
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas...
Rosni masih tidak membantah...hinggalah akhirnya ketika
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..
Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannyamenjauhi Rosni..
walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya:

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"

Hamid: (dlm hati: ciss....)......

Isnin, 20 September 2010

Kalau anda..... apa rasa.?????


Ajoi,Bedul,Sumardi dan Radin duduk serumah. Diaorang menyewa sebuah apartment mewah 100 tingkat. Untuk lebih privacy, diaorang menyewa di tingkat atas sekali.

Suatu hari diaorang baru balik dari kerja, tetapi lif rosak.

Ajoi: Alamak, siot la lif rosak plak!
Bedul: Dah la kita naik tangga jer..
Sumardi:Tu la korang suka sangat sewa tingkat 100. Camana sekarang? Mau tertanggal lutut di buatnya.
Radin : Cenggini setiap 25 tingkat, seorang buat cerita sesuatu, temanya bebas. Camtu krang sikit rasa penat sangat.Setuju tak?
Sumardi: Ok aku setuju!


Diaorang pun naik tangga, oleh kerana belum penat masing-masing naik tangga sambil diam membisu. Akhirnya mereka sampai ke lantai 25.

Bedul:Aduh penat giler nih ! siapa yang nak cerita dulu?
Radin:gua, gua jer yang cerita
Sumardi:mau cerita apa?
Radin:cerita lawak

Kemudian Radin cerita kelakar yang sangat lawak dan mereka berempat naik tangga perlahan lahan sambil ketawa. Dan mereka sampai di tingkat 50.

Ajoi: Pasni sapa pula yang nak bercerita?
Bedul:Ok sekarang giliran gua
Sumardi:cerita aper nih Bedul?
Bedul:Cerita seram

Kemudian Bedul bercerita hantu yang sangat menyeramkan. 4 orang itu naik ke lantai 75 dengan sangat lambat kerana takut dgn cerita Bedul. dan akhirnya sampai juga mereka di lantai 75.

Sumardi:hii masih takut nih..
Bedul: la cerita camtu pun dah takut.
Ajoi:cerita semangat la pulak…!
Sumardi : Okey gua cerita yang bersemangat! Kita boleh!
kemudian Sumardi bercerita , yang membuatkan diaorang berempat itu bersemangat dan berebut naik tangga ke tingkat 100

Radin:Yeah sampai jugaa!
Sumardi :Yeah akhirnyaa!
Bedul:haha tak terasa kalau sambil cerita
Ajoi:iye yeh… eh…..aku lom bercerita
Bedul:Alah takyah la Joi, kan kita dah sampai.
Radin: Ohh ko lom cerita lagi ek? Ok kasi can la sikit. Ha nak cerita apa nih?
Ajoi:mmm.. wa mau cerita sedih nih..
Bedul,Sumardi,Radin:cepatlah cerita, tak sabo nih..
Ajoi: Kunci rumah.. tertinggal dalam kereta !!!
Bedul,Sumardi,Radin: APAAAA??????

Rabu, 8 September 2010

Koleksi Lawak....


" Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kampung dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di stesen, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? , SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDAKKK! SENGKEK  BETUL!! "

------------------------------------------------------------------------------------------------

*pak cik nie sampai kesitu di pikiaqnya...orang nak beramah pun salah....*

Selasa, 7 September 2010

Koleksi Lawak.....


Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...! !!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*rasanya adik nie yang akan kena tinggai....*

Khamis, 26 Ogos 2010

Mengenali peribadi anda..???


Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. limau
d. mangga
e. rambutan
f. betik

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... )))

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/
















Ini dia jawapannya...

 


a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih limau: bererti Anda adalah orang yang suka makan limau

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih betik: bererti Anda adalah orang yang suka makan betik

kuang...kuang....

------------------------------------------------------------------------------------------------

*aku pun dah terkena.........*

Selasa, 24 Ogos 2010

Koleksi Lawak

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

--------------------------------------------------------------------------------------------------

*cehhh...patut la cepat naik pangkat 'company'  bapak aku punya....*



Isnin, 23 Ogos 2010

Koleksi Lawak

Suatu masa urusniaga di pasaran gelap di masa akan datang, otak boleh dijual beli utk digunakan oleh robot. Profesor Radin sedang tawar menawar dengan penjual otak. 

Not otak-otak ya! Err kita panggil jer penjual otak ni – En Ajoi.

Prof Radin: Bro , otak yang ni berapa?

En Ajoi : Oo otak seorang Manager, RM5000 jer.

Prof Radin: Yang ni lak?

En Ajoi: Ni otak seorang Engineer Jepun, mahal sikit RM10,000

Prof Radin: Hmm saya cari yang paling mahal (dlm hati – mesti otak yang paling power!)

En Ajoi: Ok yang paling mahal ni haa..bentuk pun cantik lagi dan baru sampai ni. RM50,000!

Prof Radin: Peh mahal giler..pesal lak?

En Ajoi: Ni otak budak malas sekolah, mati sebab merempit..

Prof Radin: Apasal mahal pulak?

En Ajoi : Prof, otak ni fresh lagi …pasal otak yang ni jarang digunakan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

*banyak lagi yang tak mau guna otak....*


Rabu, 30 Jun 2010

Sekadar bersantai releks2 sesudah kerja.

Ada saudara uitm hantar email ... tak tau depa ambik mana..tapi rasanya macam pernah tengok... tah mama pun tak ingat....




Layan jer la... bahasa jiwa bangsa....

Jumaat, 25 Jun 2010

Lawak kasar..... facebuk punya cerita

Satu hari aku online facebook..tegur sorang mamat ni.tak la ensem sangat.tego simple ja..mudah ringkas dan padat..saksikan drama ni..

"uit"


"apa uit uit??tak reti bg salam ka??kafir ka?"


"tak reti.aku reti bg buah pedih ja..ngaa..nak uit pon takleh..bukan nak rogi pon"


"rogi ka tak rogi aku peduli apa??ada aku kesah"


"hai..garang..keturunan rimau ka??kira nak terkam orang ja ni"


"ni tunang dia la sial! lu pesal kacau tunang aku"


"oo yaka..mana aku tau..tak tulis kat dahi..ni pon tunang dia jugak.aik..camna kita leh kongsi tunangan ni??"


"bu###!! ingat aku main2 ka?"


"ya..hang tak main2..aku tau..hang dipermainkan..aku lak ingat nak ajak tunang hang main tadi"


"ce$#&*.. tutt tutt tutt tutt tutt!!!nama elok elok boh nama cina!!lu ada mana?"


"tadi aku duk main buai2..sekarang dalam baju tunang hang..aku kan sekuntum bunga cina."


"ba*^$*@!! aku tanya elok elok ni??ada mana??jum jumpa baru lu tau sapa aku!!"


"sekarang takleh..aku atas ranjang..kalau hang sanggup tunggu takpa la..paling kurang pon 3 jam la.."


"si@&!! cakap la elok elok ada mana??jumpa jumpa kalau berani..angkut la geng lu..simpang mana??"


"tak berani..aku tak dak superpower lagi nak berdepan dengan raksasa gendorowo cacat macam hang..simpang depan bilik tunang hang"


"ba&!%!! cakap pon tak guna dengan lu ni..lu reti bahasa ka x setan?gua cakap lu ada mana??."


"tu la..sebenarnya aku bukan reti sangat cakap dengan kangkung diparit macam hang ni.aku reti cakap ngan manusia biasa ja..ni pon aku gagah2 ja..ingatkan hang tak paham tadi."


"tutt tutt tutt tutt dan tutt.."

Aku kena maki..dia reti keras..aku pon reti keras..dan keputusannya..tahniah!!aku berjaya mendapat block user lagi..ahaha..padan muka aku!lain kali..bagi password kat pasangan anda lagi..aku yang jadi mangsa

Sumber pecah perut

Isnin, 7 Jun 2010

BUKAN PERNAH SEMBAHYANG PUN!!

Assalamualaikum.



Adam masuk ke dalam bilik kolejnya untuk mengambil pam basikal, namun beliau tidak menjumpainya walau sudah sejam menyelongkar almari, meja belajar dan bakul pakaian busuknya. Rakannya yang tidak tahan melihat kelakuan rakannya itu pun menjerit.

" Woi mangkuk!"

Adam pun berpaling ke arah rakannya

"Yea, ada apa, ko tak nampak aku sibuk ni?"

Kawannya membalas,

"Aku nampak ko sibuk, ko cari apa sebenarnya, sampai habis bilik ni ko sepahkan? Aku rasa tempat kemalangan kapal terbang pun x sepah macam ni",

"Aku cari pam basikal aku",

Sahabatnya pun termenung sejenak dan berkata

"Oooh, pam limited edition warna emas yg ada tandatangan personaliti terkenal tu ke?"

Sambil mengangguk, Adam bertanya

"Ha'ah, yang tu lah, ko ada nampak x ?"

"Pam tu Ali yang pinjam minggu lepas"

Bergetarlah dada dan jiwa Adam mendengar kenyataan kawannya itu, terasa hendak dipijak Ali sampai x ingat akan ia asal-usul dan keterunannya, yelah, sapa x marah bila ada orang pinjam barang senyap-senyap x mintak izin lepas tu pinjam sampai seminggu x hantar-hantar.

Maka berlarilah Adam ke sayap timur di mana terletaknya bilik DA-309 tingkat 3, di mana Ali menetap sehingga habisnya semester ini. Melalui kemarahan di muka Adam, dapat di andaikan bahawa Ali tidak akan sempat merasa Degree yang sedang dibikinnya di kala ini, terus "short course" ke SPM (Sijil Padang Mahsyar).

Tanpa memikirkan saman yang mungkin dikeluarkan oleh pihak kolej, dia terus menendang pintu bilik Ali, Syam, Aswad dan Rafi, maklumlah, 4 orang sebilik.

Pintu itu terus pecah di sepak Adam, tombol pintu itu nyata tidak dapat menahan momentum dan daya sepakan Adam yang berjumlah 300 kilo/Joule. Kemarahan Adam nyata kian membara bila melihat dengan matanya sendiri, Ali sedang mengepam bola futsal dengan pamnya.

Lantas dia merampas pam itu dari Ali dan terlintas di hatinya untuk menghempuk Ali dengan Pam itu, mujurlah dia sempat teringat kembali akan amaran Haji-Amri, orang besar IPTA tersebut.

"Kalau kome bergaduh bertumbuk, aku buang kome"

Maka terbantutlah hajat asalnya, maka di convertkan persaan 'ingin pukul' itu dengan perasaan 'ingin tengking'.

"Hoi Ali, ko kalau nak pinjam barang, cakap dulu, ini x, dahlah pinjam seminggu x hantar balik!"

Ali hanya tersengih,

"Relakslah dude (beb utk owang pompuan), aku bukan apa, kalau benda tu dok ngan kau pun, kau bukan guna sangat, berkarat je nanti, barang kalau x guna, baik bagi orang lain pakai, ada gak pekdahnya, macam aku ni ha, petang-petang aku guna untuk pam bola, x de lah benda tu reput berkarat kat bilik ko tu"

Terkopi (tersirap dh x main dh) darah Adam mendengar kata-kata itu, dia tahu apa yang Ali cakap tu salah, konsepnya salah, ingin dia membetulkan mindset Ali itu, tapi belum sempat Adam membuka mulut, Azan asar pun berbunyi.

Untuk pengetahuan kome, Adam ni jenis kaki Masjid gak, walau dia panas baran sikit.

Maka dia menangguhkan niatnya untuk berceramah dan terus bergegas ke masjid, dalam perjalanan keluar, dia menyambar sejadah di katil.

"Eh Adam, tu sejadah akulah, nak di bawa ke mana?"

Adam menjawab

"Ko nak wat apa, ko BUKAN PERNAH SEMBAHYANG PUN!!"

Maka meraunglah si Ali tadi, raungannya boleh di dengari sejauh 2 kilometer dari setiap arah, hingga menggangu krew discovery channel 'Man vs Wild' yang ketika itu sedang menapak berhati-hati di hutan simpan berdekatan, bagi mengelakkan seekor harimau kumbang dari terjaga dari tidur. Episod itu tidak pernah disiarkan akibat dari kejadian ngeri yang menimpa mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

*mama ambik disini rasa macam best pulak dan ada message disitu.... Tapi tajuk lain la.... tajuk asalnya ialah...Lain Kali Mintak Dulu...* 

Sabtu, 29 Mei 2010

ORANG BODOH BERDIRI

Seorang guru berkata kepada pelajar-pelajarnya dalam kelas dengan bergurau.”siapa yang rasa dia bodoh”?SILA BERDIRI. Tidak lama Kemudian seorang pelajar dari akhir kelas berdiri.Guru itu bertanya dengan penuh kepelikan.”awak rasa awak bodoh,wan??Pelajar itu berkata ‘sebenarnya saya tidak sampai hati melihat cikgu seorang sahaja berdiri. 

Khamis, 27 Mei 2010

Sebelum atau sesudah makan?


Man yang agak tembam berjumpa dengan doktor untuk
meminta nasihat bagi menguruskan badannya..

man : doktor, boleh doktor bagi nasihat untuk saya kuruskan badan saya?

doktor : awak kena ambil sekeping roti di waktu pagi, waktu tengah hari pula hanya ambil buah-buahan atau salad sayur dan aktu malam sekeping roti lagi.

Man : baiklah doktor...tapi semua itu saya kena ambil sebelum atau sesudah makan?

doktor : ???
----------------------------------------------------------------------------------------
*ingat makanan tambahan ka...*

Rabu, 26 Mei 2010

Anak buah tok guru...hampeh...



SEOARANG guru sufi sedang termenung di tepi laut yang sedang bergelora. Renungannya jauh, lama dan mendalam. Tiba-tiba seorang anak muridnya memberi salam dan bertanya, "Apa yang direnung begitu dalam wahai Tok Guru?"

Guru sufi itu tersenyum.

"Aku sedang tafakur mencari hikmah di sebalik laut yang bergelora ini..."

"Tok Guru melihat sesuatu yang tersirat? Tok Guru melihat suatu hakikat?"

Masih tersenyum.

"Sekarang, kau ambil alih tempatku. Renungilah laut yang sedang bergelora ini. Carilah yang tersirat. Selamilah yang hakikat."

Anak muda itu pun memejamkan mata. Diam dan mula bertafakur. Lama kemudian, Tok Guru datang lalu bertanya, "Kau dapat sesuatu yang tersirat daripada tafakurmy?"

"Ya Tok Guru!" jawab anak muda itu gembira.

"Apakah itu?"

"Kalau laut bergelora Tok Guru... harga ikan mahal!"

Tok Guru menggeleng-gelengkan kepalanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Anak buah tok guru...hampeh....*

Khamis, 22 April 2010

Koleksi Lawak



Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Jin pun teringin wooo....ingat kaum kerabat dia.....*

Rabu, 31 Mac 2010

Neo R3...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. melancarkan model berprestasi tinggi, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition (gambar) yang ditawarkan pada harga RM115,000 sebuah.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya buat masa ini hanya mengeluarkan 25 buah kereta itu dengan 11 tempahan telah diterima.






-----------------------------------------------------------------------------------------
*Mak mertua pun susah nie nak tumpang....*

Link Within

Related Posts with Thumbnails