TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

Hangat...

Bukan hangat pa pun...astro punya pukulan la nie..kan mama dah beli....nak tunggu setiap episod lambat..layan novel dulu la....hari tu demam adam dan hawa...pun beli jugak novel...untung la puan penulis nie...biasalah novel dengan drama mana sama semuanya mesti lari sikit...kan..kan...


Isnin, 3 Januari 2011

Trilogi Cinta TV1.

Adaptasi daripada tiga buah novel ...Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.... Best jugak layan semalam dengan CEwad.... Pelakon jugak best... mama cuma baca novel Tak seindah mimpi yang lagi dua novel tu tak baca pun....

Kena beli la buat koleksi... Ishhhh dah tua2 galak pulak nak baca novel cintan-cintun ni...Alaa sekadar santai.. tak salahkan.... selain dari baca al-quran...

Walaupun jalan cerita dia tak 100% seperti dalam novel... layan la lagi pun dah lama tak layan cerita malam2 ni.... Lagi pun cerita dia setiap hari Ahad.. Isnin dan Selasa saja....

Cerita terbitan Rosyam Nor ni banyak diadaptasi daripada novel tulisan Sharifah Abu Saleem... Mmg mama minat dengan novel tulisan dia selain daripada novel HM Tuah...

Layann....

Rabu, 23 Jun 2010

UnguKarmila- Novel Thriller Ramli Awang Murshid

Tengahari tadi masa ambik Cupian dengan Cuteri balik sekolah .. mama sempat singgah Library dekat sekolah untuk hantar buku yang dipinjam dulu tu... dah lama buku2 tu dah hampir dua bulan.... 

Tengok hari ni Library buka.... terus hantarkan buku then pinjam lagi..... kali ni mama pinjam cerita triller la pulak.. rasanya ramai yang dah baca buku ni... mama main ambik ja tak tengok pun sinopsis dia....

Rasa macam best ja bila baca sinopsis dia.... ada elemen mistik,dicampur dengan suntikan elemen saintifik dalam pengolahan cerita.....

Sinopsis

Novel ini mengisahkan Vila Sepi yang menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Sementara itu, Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa.

Emmmm mama dah baca sikit part last sekali... ok la...belum layan lagi...


Khamis, 27 Mei 2010

Mimpi semalam

Salam... Heheh jangan salah faham...bukan mimpi mama atau abah... ni perihal novel mimpi semalam... dah sebulan mama pinjam tak sempat nak membacanya.....

Author: Nadya Dzameera

Publisher: Nylea Publishing

Sinopsis:

Kau cinta pertama yang hadir dalam hidupku. Kasihmu membuai siangku dan mengulitku di kala malam. Tapi dugaan buat kita terlalu banyak sehingga aku hampir saja menyerah. Bersatu denganmu di alam perkahwinan adalah mimpi terindahku. Mampukah aku?

Tak tau pasai pa hari nih mai mood nak membaca novel pulak.... Hari tu lepas pinjam 3 buah novel mama cuma baca satu ja novel .. Gerimis dihati (Syarifah Abu Salem) best jugak cerita dia....

Tajuk : Gerimis Dihati 
Pengarang : Syarifah Abu Salem 
Penerbit : Alaf 21 

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka. Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas. Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Lagi satu novel yang mama pinjam kalau tak silap mama tajuk dia macam kat bawah ni la.... sebab mama tak baca lagi Angah (adik mama) pinjam dia nak baca dulu....

Tajuk : Kalung
Pengarang : Zahida Zarkasi
Penerbit : KarnaDya Solutions 

Sinopsis:
Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?

Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya....

Ok tu saja untuk pagi nih.....

Link Within

Related Posts with Thumbnails