Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Jumaat, 11 Jun 2010
Khamis, 25 Mac 2010
Kaum lelaki lebih kreatif.....

Gambar gogle..
Salam....
Kaum lelaki sering mendapat label gagah.. berani dan serba boleh.... Contohnya dalam bidang perubatan...kejuruteraan....penerbangan.....undang-undang.....reka cipta...malah dalam bidang sakit Puan pun kaum lelaki yang ramai.... kalau tak percaya tengok kat hospital.... dekat wad bersalin..... doktor lelaki yang ramaikan....
Dalam bidang yang dimonopoli wanita seperti masakan...kraf tangan....jahitan...reka fesyen...solekan...lelaki juga tidak ketinggalanturut menguasainya.... contahnya chef Wan.....Jutawan masakan tu....
Daripada sebahagian besar nama-nama lelaki yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya...ini cuma sekelumit sahaja nama-nama yang disebutkan..... Hakikatnya dalam bidang apa pun kaum lelaki memang lebih menyerlah dan kreatif....
Namun walaupun pelbagai keistimewaan yang dianugerahi ilahi.... ada kalanya lelaki mempunyai kekurangan yang tidak disedari... Ini kerana sesetengah lelaki mempunyai keegoan yang tinggi... Ada lelaki yang tidak boleh ditegur langsung... ada yang tidak boleh menerima pandangan membina orang lain.... Malah ada suami isteri bergaduh dan akhirnya bercerai-berai kerana isteri menegur kesilapan suami....
Tidak semua lelaki bersifat sedemikian.... Sikap ego lelaki tidak boleh dibiarkan..kalau dibiarkan akan memakan diri sendiri suatu hari nanti.... Sepatutnya lelaki seharusnya bersifat terbuka dalam sesetengah hal... Ini adalah kerana seorang lelaki ada ketua dalam sesebuah organisasi.... Contohnya ketua didalam sebuah keluarga....
------------------------------------------------------------------------------------------
*Seego-ego lelaki kalau kena bicaranya...akan luntur jua egonya.....*
Jumaat, 5 Mac 2010
Kerana cintamu Adam

gambar ihsan gugel
ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Ya-Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.
ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Sama ada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Cintai aku kerana Allah SWT....nescaya hidup kita kekal kesyurga.... *
Khamis, 18 Februari 2010
Akaun Rahsia....Perlu..kaaa..

Salam....
Saya nak cakap pasai akaun atau pun simpanan rahsia bagi isteri..... Persoalannya..Perlukah isteri memiliki akaun rahsia tanpa pengetahuan suami.... semestinya suami tak tau kan dah namanya pun rahsia...
Bagi saya kalau dah rumahtangga aman damai nak buat apa dengan akaun rahsia kan... Nak buat pa sembunyi-sembunyikan mengenai akaun masing-masing.... Betoi tak..
Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak kena kongsi segala hal termasuklah hal2 yang berkaitan dengan kewangan.... Perkahwinan tu pun dah bermaksud perkongsian antara suami dan isteri..... Tetapi ada perkara yang boleh dijadikan hak individu..... Contohnya...pakaian hahahaha tak kan nak kongsi kot...
Bagi saya kalau la salah satu pasangan itu mempunyai akaun rahsia...ini bermakna isteri atau suami itu sendiri menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan masing-masing.....
Maksudnya isteri/suami tidak bersangka baik dengan pasangan masing-masing sedangkan bersangka baik itu perlu dalam rumahtangga...
Pasangan yang ada akaun rahsia ni adalah pasangan yang ada konflik dalam rumahtangga saja... contohnya salah satu daripada pasangan ada niat nak keluar dari rumahtangga itu....
Atau suami yang jenis kedekut, panas baran yang suka memukul atau mencederakan isteri atau penagih dadah, maka akaun rahsia perlu ada untuk masa depan..
--------------------------------------------------------------------------------------
*BAgi saya akaun sendiri perlu ada tapi tak perlulah dirahsiakan dari pengetahuan pasangan kecuali ada krisis....*
Rabu, 10 Februari 2010
Lelaki ..... kenapa cakap tak serupa bikin...

Gambar gugel
Salam....bukan nak perlekeh lelaki atau suami org.... Cuma nak cakap tentang lelaki tin kosong.
Tau kan tin kosong..... Ada sesetengah lelaki atau suami orang suka cakap besar depan kawan2.... Salah satu contohnya bab rokok.... Depan kawan2 hisap rokok macam tak cukup mulut nak hisap... Berkepul-kepul asap... Tapi depan isteri tak mengaku pulak dia hisap rokok...Al-maklum la takut isteri marah....
Dengan kawan2 cakap bini aku tak kisah aku hisap rokok.... Kalau la bini2 diorang ni terserempak masa tengah dok sedap2 berasap... apa agak2nya nak jadi....
Satu lagi bab suami-suami yang main kayu tiga.... depan isteri baik... alim...pijak semut tak mati... sembahyang tak tinggal... Tapi belakang isteri Allah saja yang tahu apa yang dia buat.
Wahai kaum adam jangan la cuba berbohong dgn isteri.... Ingatlah sekali anda berbohong mungkin isteri anda boleh memaafkan...tapi tak mungkin akan melupakan... kalau dua kali anda fikir-fikirkanlah sendiri akibatnya.
-------------------------------------------------------------------------------------
*Kaum hawa ada apa yang nak dikata silakan.....*
Langgan:
Catatan (Atom)