Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Selasa, 13 September 2011
Banjir di Perlis: 522 mangsa masih berada di pusat pemindahan.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.
Sehingga kini, sebanyak 522 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan iaitu sembilan di Kangar, empat di Arau dan sebuah di Padang Besar.
Angka itu berkurangan berbanding 694 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan malam tadi.
Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan berikutan cuaca cerah hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut meninjau kawasan yang dilanda banjir hari ini serta melawat sekolah-sekolah yang digenangi air. -BERNAMA
Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
* alhamdulillah dah semakin reda...*
Isnin, 12 September 2011
Banjir Di Perlis: Mangsa banjir di Perlis meningkat kepada 300 orang
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Sementara itu, dua buah sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir Nishad Mohamed berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.
Beliau berkata masalah banjir di Perlis yang kerap berlaku boleh dikawal jika infrastruktur empangan Timah Tasoh ditingkatkan selain mewujudkan lencongan Barat dan Timur bagi mengalirkan air ke laut.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula dijadualkan meninjau kawasan yang dilandar banjir hari ini serta bertemu mangsa-mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan. - BERNAMA
sumber
Banjir di Perlis: Jalan Gial- Mata Ayer.
Ahad, 11 September 2011
Banjir di Perlis: Empangan timah Tasoh dah buka....
Khamis, 31 Mac 2011
Cerita banjir.... Semalam dan pagi tadi...
Dalam pukul 10.30 pagi semalam (kelmarin) abah call mama ajak pi ambik anak2 sekolah.... Mama isi borang kluar waktu pejabat dalam pukul 11 hingga 1 tghr.... Masa lalu ikut Jalan Gial air dah semakin naik.... tapi kreta masih boleh lalu lagi....
Cuma dalam sikit dari pagi semalam (kelmarin) Kat Arau sekolah2 dah tutup rasanya... Sebab tengok ramai budak sekolah balik.... Cik Min pun kluar awal... exem sepatutnya habis pukul 12.... tapi satu subjek cikgu tangguhkan takut ada yang tak sempat balik.... So semalam semua budak2 sekolah Oran balik awal....
Lepas ambik askar2 kami balik terus... sampai rumah satu lagi hal pulak... bumbung bilik kami pulak bocoq..... huhuhu ish..ish..ish... haru biru dibuatnya... Nasib baik tak kena tilam... syukurrrrr....
Ni petang semalam (kelmarin).... Hujan dah brenti.... eh... masih renyai2 rasanya.... Kami masuk office macam biasa ... Office mama tak dak org... semua staf balik..... Sebab takut nanti air naik tak dapat lalu kan.... Sini kalau air Sungai Gial naik.... Makanya jalan Arau - Kangar mesti penuh air... sama la dengan jalan Pauh..... Ikut mana pun tak boleh.
Tapi syukur la... petang semalam (kelmarin ) hujan dah totally brenti.... Malam semalam jugak hujan dah tak turun.....
Ni gambaq pagi tadi..... kabus agak tebal pagi ni.... Harap2 tak hujan la pagi ni.... Mama tulis N3 ni dah pukul 12.15.... sebab pagi tadi internet tak dapat nak access.... entah kat mana yang tak kena tah.... Ni baru ada....
Kabus tebal jugak tapi still boleh nampak la... Tapi tak setebal sehari sebelum hujan lebat tu.... Rasanya hari Isnin atau selasa lepas kot....
Sungai Gial dah surut.... Tapi Klinik Gial penuh air la sebab air tak dapat nak jalan... Tunggu matahari je la ...
Beberapa tempat yang still ada air...
Ni pulak jalan Tok Naya... dekat simpang masuk UiTM Arau..... Air still banyak lagi...
Gambar ni mama snap masa nak pi sarapan dgn abah.... tempat yang selalu mama sarapan tu tak bukak...tenggelam air... huhuhu.... maybe esok bukak la kot.. tu pun kalau air surut.....
At last tak tau nak mkn kat mana.... abah bawak mama pi mkn kat Pauh.... Emmmm dah lama tak pekena mee goreng dia... sedap jugak..... Rindu plak lama tak pi mkn kat sana..... sampai kakak kedai mkn tu tanya.. lama tak nampak.... pi mana... heheheheeh...
Semalam jalan Arau-Kangaq ni tutup... hari ni ok dah la walaupun boleh guna cuma sebelah jalan saja... Yang sebelah lagi air dalam lagi.... Air tak boleh jalan... sangkut divider..... Sapa la punya rekaan ni... sepatutnya dah tau jalan ni selalu naik air patut di buat laluan air la.... ni tak ... Kan ke dah menyusahkan org....
Tengok sebelah je boleh guna....
Restoran ni mahal nak mampos... bagi kami la org Perlis...
Rabu, 30 Mac 2011
Adakah Perlis akan banjir lagi?????
Antara kawasan2 yang dinaiki air pagi ni......
Selasa, 1 Februari 2011
DERMA KILAT BAGI MANGSA BANJIR WARGA UiTM JOHOR
Kalau tahun lepas Geng2 UiTM ldari negeri lain pakat mai tolong UiTM Arau yang tinggal nyawa2 ikan ni.... La ni UiTM Johor pulak kena macam kami... So geng2 UiTM lain apa lagi.... pakat bantu UiTM Johor pulak....
Sakit sama rasa kita kan satu keluarga UiTM...
Sabtu, 6 November 2010
Misi bantuan banjir UiTM Arau
Pagi semalam (kelmarin) UiTM Arau menerima bantuan daripada UiTM Peneng... UiTM Shah Alam... dan UiTM Pahang .... Mama sempat jumpa sahabat baik mama dari UiTM Peneng.... Fara (Pinkstar shalala)....
Terima kasih tak terhingga buat sahabat2 UiTM semua.... bantuan kalian semua amat bermakna buat student dan staf UiTM Arau..... Tapi bantuan untuk staf hanya bagi staf yang tinggal di kawasan KAngar sahaja.... Kami staf yang tinggal di kawasan Arau tak dapat sebab dah bebas banjir.....
Cuma buat student sahaja sebab kebanyakkan student sudah kehabisan kewangan.... Lagi pun duit dekat ATM mesin sudah kehabisan,.... Kesian para student ... ada yang hanya makan roti sahaja.....
Bas UiTM Peneng...
Geng UiTM Shah Alam yang sporting....
My best friend.. Pinkstar Shalala ( Fara) UiTM Peneng....
Beratur....