TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label Rancangan TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rancangan TV. Papar semua catatan

Rabu, 15 Februari 2012

Setia seorang anak.

Semalam.... hahha biasa la lepas maghrib... mama menjahit baju mama yang terbengkalai kejap... tepat pukul 9 mlam... nga nga cerita VANILA COKLAT.... heheheh...

Asalnya I tak layan pun cerita ni.... Tapi bila asyik dok tengok kat FB status org sana sini pasal Vanila Coklat ni... terasa hati nak tgk.... mama tengok mula episod 7..... Tapi rasa macam tak best.... Then mama try search kat u tube.... emmm ada episode by episode....

So mama layan la sikit2 u tube cerita vanila coklat ni kat hand set.... emmm boleh la tahan cerita remaja remaji ni.....

Then lepas habis cerita tu baru mama teringat yang baju pengakap Cik Min belum berjahit lencananya.... Awat tak kalut.... Lepas sembahyang Isyak.... baru nak mula jahit..... Hmmm awat tak pukul 1 pagi baru terhegeh-hegeh nak tidur.... Yang syoqnya ni ha si kecik Cewad jadi peneman setia.... Abang2 dan kakak semua dah tidur... tinggal dia sorang yang mata masih membulat lagi....

Apa lagi memerap sana- memerap sini.... memanjat sana memanjat sini... sampai mama tak boleh nak buat kerja....

Last sekali mama bagi dia layan cerita Boboi boy kat u tube..... Huh kalau bab Boboi boy diam dia kusyuk tengok....

Hahhhh Aman sikit nak buat kerja.... Hmmm setianya Cewad... setiap malam selagi mama tak tidur... dia akan berjaga. Kadang2 tu kesian tengok... Lepas tu nak seterika baju lagi untuk kerja dan sekolah esok.... bukan sikit ... sejam jugak la.... macam tu la rutine mama hari2..... Penatkan... Tapi mama kat office tak penat sangat.... kalau tak der kelas mama rileks sikit..... Kat rumah sikit bz.... hehehheh

So semalam mama tak masak la untuk hari ni..... Pagi ni pekena Nasik Kandar pokok Petai la.....






Total beli baju pengakap petang semalam.... RM43.

Rabu, 9 November 2011

Telefilem arahan Aaron Aziz: Kekasih Awal dan Akhir


Telefilem Mr RON lagi... lupa plak semalammmmmm kalut dengan askar2 ni..... ada sesapa upload tak crita ni....

Hero dengan heroin yang sama..... ye la kan heronya yang mengarah sendiri..... partnernya jugak org yang sama dalam drama popular Nora Elena...... skrip plak isteri Mr RON yang tulis sendiri.....

Layan je la sinopsis dia ni... mama copy kat sini....


SinopsisTelefilem Kekasih Awal dan Akhir

‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Tarikh : 9 November 2011, 8.30 malam di TV9
Lakonan : Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha , Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail, adik Syazana dan Den Sabari (cthoney)


Khamis, 20 Oktober 2011

Drama 'Nilapura' Ganti 'Supermak'

Drama bersiri Nilapura bakal menggantikan drama Supermak bagi mengisi slot aksi di TV3 bermula 31 Oktober ini. Ia menemui penonton setiap Isnin pukul 9 malam. Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Drama terbitan KL Motion Picture berlatarbelakangkan lokasi penggambaran di Kellie Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah. Antara pelakon-pelakon handalan tanah air yang membintanginya ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz. Cerita epik percintaan ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya. Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan. Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- * Emmmmmm bila masa nak layan crita melayu ni....*

Isnin, 27 Jun 2011

Tahajud cinta..... Aaron Aziz ... Remy Ishak.

Kalau dulu layan cerita yang ada muka Remy Ishak saja... ye la start cerita NUR KASIH la..... asal ada drama atau filem yang ada muka Si Remy ni mesti kalut nak tengok....

Filem Cun ada Remy Ishak tu yang layan ...... Hmmm Kalau tak silap drama masa bulan puasa tahun lepas lakonan Remy Ishak jadi bangla... ye ke bangla.... KAlau tak silap masa tu Norman Hakim dengan Abby Abadi sebagai pasangan suami isteri... Tajuk apa entah tak ingat.... Emmmm

Tapi kali ni tukaq pulak... dah demam Aaron Aziz pulak dah.... semua kerana penangan Nora Elina le ni.... Asal ada muka Aaron Aziz ja nak tengok nak download..... Lepas NOra Elina... mai pulak Stanza cinta..... Opssss semalam lupa tengok... tak pa tunggu donload ja..... ni pulak drama Tahajud cinta pulak nak mai... Hmmmm kali ni ada dua hero feberet sekali dalam drama Tahajud Cinta ni.....

Sapa lagi kalau bukan Remy Ishak dengan Aaron Aziz..... Tunggu aje la nak tengok ke tak.....



gambaq asal disini...

Tunggu je la 8 Julai nanti.... nak tau best ke tak tengok sendiri....

Yahooo kelas dah habis..... lalalalalala..

Isnin, 20 Jun 2011

Selepas Nora Elina... Stanza Cinta la pulak...

Stanza cinta – satu lagi drama adaptasi dari novel., terbitan Grand Brlliance, arahan Along Kamarudin. drama yang bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam.. akan on-air mulai 19 Jun 2011., 13 episod...

Penangan Aaron punya pasal..... Layan cerita stanza cinta semalam... Kalau Nora Elina setiap Isnin hingga Khamis pukul 7ptg.... Kali ni cerita Stanza Cinta ni cuma malam Ahad sahaja..... start pukul 9 hingga 10 malam...

Untuk sinopsis dia disini Sinopsis dari tuan penulis novel Stanza cinta ini sendiri......




“Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya”


Suka ayat yang kat atas ni..... 

Khamis, 16 Jun 2011

Nora Elina episod akhir.



Hmmm sapa2 yang minat sangat dengan crita ni mesti tak sabar tunggu pukul 7 kan..... Hahaha mama dengan abah baru minggu ni dok layan crita ni.... abah jarang layan drama melayu ni.... tak tau pasai pa plak dia layan crita ni ... tu pun dah saat akhir dah..... Dulu crita Nur Kasih.... dia layan jugak... Maybe abah minat hero dia kot... tak pun heroin dia... hehehehh...

Abah pun rambut sikat ala2 Aaron gitu.... heheheheh

Dalam novel mama baca last sekali Nora terima si seth ni seadanya... Si Yvonne yang dok gila sangat kat Seth ni katanya mati xcden.....

Crita ni mama akui mmg ada sikit best... tapi bagi kita dialam realiti ni jgn pulak dok tiru macam ni... Sat gi kot suami2 atau bakal suami dok tiru macam Seth ni pulak... Habis anak dara org kena rogol.... pastu kawin pulak... tak baik penaya org.....

Satu lagi suami2 jangan la dok tiru jugak Si Seth ni.... sembahyang ok..... tapi dayus.... Bini pakai sikit punya seksi kluaq rumah..... tak ke dayus namanya... Tapi ye la kan dah namanya crita... Crita tu fantasi... lakonan dan arahan manusia... Kita dialam realiti ni jangan dok tiru sudah....

Hmmmm yang isteri2 dan anak2 dara yang cun melecun ni plak jangan la dok tiru Si Elina ni.... kalau sayang suami jaga aurat semua.....

Satu lagi jangan la anak2 dara dok harap kena rogol pastu kawin plak dgn si perogol... Kalau perogol tu bertanggungjawab mcm dlm crita ni tak pa jugak ... kalau kena si Jongos kerja pun tak dak ... nak mengkedarah menda.....

Ahahah manjang plak haku ..... Apa pun kita adalah kita jadi diri sendiri... tak perlu meniru segala.....  Org kata kalau kita dok tiru org kita adalah seorang yang hipokrit..... ye ke..... actually gambar2 kat atas tu mama gugel ja.....

Rabu, 20 April 2011

Juvana pengganti Gemilang...

Masa drama bersiri Gemilang mula disiarkan dulu jalan crita dia memula ok la jugak...... kat tengah2 cerita bleh la tahan.... dekat nak habis... best jugak.... Tup2 last episod ending dia hallamakkkkkk.... Tak paham mama.... banyak sangat tanda tanya.... maybe ada sambunga kot......

BEKERJASAMA...(dari kiri) Izreen, Zahiril, Faizal dan Bront bergandingan menjayakan drama bersiri, Juvana yang akan disiarkan di TV3 mulai 25 April ini.

Tanda tanya tu Si Rohana tu kawen dgn sapa ek.... Umar tu kawen ke tak,..... Ishhh tah ler... Malam Isnin depan pukul 9 malam... cerita Juvana plak... harap2 best la..... sebab pelakon yang bleh dikatakan peberet la jugak tu ada....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalami kehidupan pesalah remaja

Khamis, 14 April 2011

'Mata Ayer' Legenda Sedih Kematian Melati

Sumber


 Zamarul Hsiham dan Azza (Elite)membintangi 'Mata Ayer' menerusi slot Legenda di TV3.


PETALING JAYA: TV3 menerusi slot Legenda memperkenalkan drama bersiri terbaru iaitu Mata Ayer yang mula disiarkan pada Isnin lalu.

Drama 20 episod terbitan Zeel Production itu menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis selama sejam bermula pukul 4 petang.

Drama yang mengambil alih siri Kemboja Puteh itu membariskan pelakon-pelakon terkenal antaranya Zamarul Hisham, Azza (Elite), Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.

Turut berlakon Hairi (Anak Wayang), Sharifah Shakinah, Norlia Ghani, Zain Saidin serta pendatang baru Syaff Shamim, Redza Hasbi dan Nur Hirzi.


 Pendatang baru, Syaff Syamim (kiri) dan Nur Hirzi.


Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, ia mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus.

Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung.

Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam.

Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin.

Zain Saidin dan Azza
 

Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini.

Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus.

Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional.

Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.

Lebih menarik, drama ini turut menampilkan single terbaru Farawahida, Jangan Tanya Aku Lagi sebagai lagu tema yang dijangka popular.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Mata Ayer adalah nama tempat di Perlis..... Mata Ayer juga adalah tempat kelahiran mama*

Isnin, 3 Januari 2011

Trilogi Cinta TV1.

Adaptasi daripada tiga buah novel ...Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.... Best jugak layan semalam dengan CEwad.... Pelakon jugak best... mama cuma baca novel Tak seindah mimpi yang lagi dua novel tu tak baca pun....

Kena beli la buat koleksi... Ishhhh dah tua2 galak pulak nak baca novel cintan-cintun ni...Alaa sekadar santai.. tak salahkan.... selain dari baca al-quran...

Walaupun jalan cerita dia tak 100% seperti dalam novel... layan la lagi pun dah lama tak layan cerita malam2 ni.... Lagi pun cerita dia setiap hari Ahad.. Isnin dan Selasa saja....

Cerita terbitan Rosyam Nor ni banyak diadaptasi daripada novel tulisan Sharifah Abu Saleem... Mmg mama minat dengan novel tulisan dia selain daripada novel HM Tuah...

Layann....

Selasa, 28 Disember 2010

Bahasa Laksamana DO RE MI...


Image by gugel

Heheh semalam N3 pasal cerita ni..... Ala N3 kat bawah tu...... Tup Tup semalam abah cakap TV2 ada cerita P.Ramli Laksamana DO RE MI dengan tikar pandan terbangnya.....

Agak2 brapa ya kapasiti passengger dia.....

Best jugak layan sambil menjahit baju sekolah adik2.... Kenapa ya cerita P Ramli tak pernah jemu tengok..... Tak macam filem sekarang tengok sekali dah tak nak tengok dah.....

Ada juga unsur pengajaran walaupun kadang2 bahasa yang digunakan terlalu kesat.... macam cerita semalam... pada awal cerita mmg tak elok untuk tontonan kanak2 bawah umur.... bahasanya teruk dan kasar....

Tapi bagi kita org dewasa bahasa yang digunakan mungkin lucu walaupun agak kurang ajar....

Siapa suka tonton cerita P.Ramli angkat tangan...

Selasa, 28 September 2010

Macam2 cara untuk melingkupkan minda anak2...

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak


Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Askar2 suka tengok atromen..... heheheheh

Selasa, 8 Jun 2010

Arjuna dan New Police Story

Salam...semalam abah ada meeting di dewan 2020...meeting dengan siapa jangan tanya... biarlah rahsia heheheheh tiru siti nurhaliza la pulak.... 

Mama tak tau nak buat apa semalam... askar2 yang lain dah tidur kecuali Cewad yang still degil matanya walaupun petang semalam belum tidur lagi.... Macam biasa la kalau Si Cewad tak tidur maka mama pun tak boleh buat kerja apa satu pun... 

Last sekali mama paksa juga dia tidur... Sambil bagi dia tidur sambil mama tengok TV la.... lepas berita dalam pukul 9 malam mata  Cewad dah mula layu..... Mama layan cerita Arjuna pulak... saja ja dah lama tak menonton TV... Layan la jugak cerita epik pendekar zaman dulu2 orang kata... Hmmm best jugak walaupun cerita ni cerita dongeng ....

Yang bestnya drama ni sebab pelakonnya Nora Danish dan Remy Ishak.... boley la.... kalau tahun 90 dulu banyak la cerita-cerita pendekar macam ni... sekarang dah kurang...

Drama Arjuna ni seminggu sekali saja...alaaaa kena tunggu minggu depan la pulak... setiap malam Isnin jam 9 malam di TV3.

Lepas habis cerita Arjuna mama tengok Cewad pun dah lena tidurnya ..... then letakkan dia dalam bilik... eemmmm dah ti dur semuanya tinggal mama sorang saja...

Mama keluarkan kain untuk dipotong buat baju kurung sambil layan cerita New Police Story lakonan Jecky Chan... Walaupun dah banyak kali mama tengok cerita ni... Tapi nak jugak tengok sebabnya mama minat sangat kalau cerita cina yang pelakonnya adalah Jecky Chan...

Tengah mama asyik potong kain... mama dengar tapak kaki berjalan belakang mama.... Tak kuat macam tapak kaki budak..... mama pusing belakang tengok ... laaaaaaaaaaaaa dia bangun pulakkkkkkk... eeeeeeeee baru ja mama sempat potong bahagian badan dengan pesak..... tak sempat nak habiskan potong sepasang baju pun...

Hai la Cewad kalau nak tidoq tu tak tau tidoq sorang-sorang.... eeeeeee... 

Last sekali dengan mama dengan Cewad sekali tengok cerita cina ni sampai abah balik dalam pukul 12 semalam.... 

Cewad kalau dah bangun jangan harap la dia nak tidoq balik..... semalam jenuh paksa dia tidoq....

Link Within

Related Posts with Thumbnails