TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

MAsjid Negeri ...Arau....


Tarikh:06/09/2010

Masa:....Pagi 
Tempat:MAsjid Negeri ...Arau....
Perkara:Pagi nie merempit ke Masjid...nak tunaikan tanggungjawab....pa lagi bayar zakat fitrah la...kalau tak tak boleh raya.....tahun nie Rm 6.00 jugak.....settle boleh raya..


Khamis, 5 Ogos 2010

Abah demam panas jangkitan dari Cewad...

Salam..

Pagi ni mama terpaksa merempit lagi sendiri... abah kurang sihat... semalam badan panas sangat macam tungku orang bersalin dah...  Petang semalam badan dah mula panas balik... Niat abah nak teruskan puasa sunat dia... TApi mama kesian tengok... MAma paksa jugak abah buka puasa then balik makan ubat....

Mulanya abah tak mau buka... sayang katanya.... mama cakap .. Puasa sunat tak pa bukan berdosa... Kalau puasa wajib pun dibolehkan berbuka kalau terpaksa inikan puasa sunat...

Mau tak mau abah buka juga dengan kuih karipap lebihan yang mama beli untuk Cuteri dengan Cupian pagi semalam .... Nasib ada juga rezeki abah buat alas perut untuk makan ubat... 

Balik tengahari mama bancuhkan susu untuk abah minum dengan ubat.... Dah ok la sat....

Ok itu saja cerita semalam... mama nak balik sat hantar motor... abah dah ok dia cakap nak masuk office.... Bye..

Khamis, 15 Julai 2010

Bakal penghuni Kompleks Tun Siti Hasmah.... huhuhu mintak simpang...

Salam....semalam tak sempat nak posting... sibuk sangat dengan kelas.... dari pagi sampai petang...

Pasai tajuk kat atas tu bukan apa... ni kes Ahad minggu lepas masa kenduri rumah Tok Didah.... mama dengan abah jenguk Tok Nyang... Lepak2 rumah Tok Nyang sampai petang...

 Tak dak apa nak buat nampak wheel chair Tok Nyang punya... memula mama naik dengan Cewad.... then abah nampak dia pun teringin nak naik...

Abah tak snap gambar mama dengan wheel chair... Masa abah naik mama ambik kesempatan la snap gambar dia... hehhehehe siap buat muka kesian lagi.... Ala2 orang tua yang ditinggalkan anak kat rumah kebajikan... kata abah... mama harap anak2 mama dengan abah tak buat la kami macam tu....

Huhuhu sedih pun ada....

Tengok boleh buat muka Toya... kui3...

Cik Min balik dari rumah kenduri nampak abah naik wheel chair dia pulak nak tolak.... huh lelama lingkup wheel chair Tok Nyang....

Last sekali askar2 pulak ambik giliran Abah tukang tolak.... Dah jadi mainan askar2 pulak dah....... Cupian masa ni tengah tidur tak sihat macam nak demam.... Cuteri dengan baju pun tak dak.. Cewad pun sama baju tak mau nak pakai langsung....

Cewad kalau balik rumah Tok Nyang mmg suka bebas.... sebab bawah rumah Tok Nyang bersimen... So senang la dia nak merantau.... Kalau kat rumah asyik kena kurung saja....

Isnin, 24 Mei 2010

Demam bersama....Huhuhu

Salam....

Balik kerja terus ajak abah pi klinik.... Dah mula rasa sakit2 badan... Tapi tak dapat MC la.. sebab demam tak teruk..... letih kot... nama ja cuti hujung minggu tapi macam tak cuti ja.. Kena buli dengan askar-askar.

Abah ambik ubat jugak sekali... dia lagi teruk batuknya... Bila tengah malam macam nak penat ja .. sejuk sangat kot... Di Perlis ni bila siang panas sangat tapi bila malam sejuk bukan main.... Bukan malam la tengah malam saja...


Heheeh ... Ambik gambaq stail lain plak..asyik dok tangkap gambaq muka ja... kali nih nak ambik gambaq kaki plak.... ok ker...

Ahad, 7 Februari 2010

Semalam punya cerita....

Tarikh:06/02/2010
Masa:Pagi sampai petang
Tempat:Sekolah Kebangsaan Oran.... Inva Optometry (kedai cermin mata).... Restoran Kina

Perkara: Mesyuarat Agung PIBG sekolah Che Min....hmmmm tak pi pun tak kena juga.... mau tak mau pi juga la.... Sepatutnya dua hari cuti Sabtu dan Ahad untuk anak2 kat umah... Sian Cewad....




Datuk Azmi Khalid dan Isteri Datin Normala merasmikan majlis.... antara jemputan mesyuarat agung PIBG.


Kusyuknya abah yer.....


Mama dengan Tok Didah (mak mama)..Dok depan sekali plak tu...


Abah ...tengok pa..jemu la tu...


Datuk Azmi Khalid merasmikan majlis....


Majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR tahun 2009...










Cenderahati untuk Datuk dan Datin...


Alimaz posing depan sekolah...




Sepatutnya Cik Min sekolah hari ni.... Tapi dibatalkan hanya murid darjah 4 hingga 6 sahaja ada latihan rumah sukan....








Pak Su Syukri adik mama darjah 6....


Lepas mesyuarat, kami pederas pi Kangaq... asalnya nak pi beli ink printer..tapi tak dak plak kena order.... Singgah kedai cermin mata... mama nak buat spek baru yang lama tu dah terlalu lama sangat....dah masuk 10 tahun pa... dok tukaq cermin saja...


Cek mata mama...tambah power plak dahhhh...


Cek mata abah saya.... dok merungut mata kurang nampak....








Mata abah.... silau tinggi tu yang tak berapa nampak tu...




Mata mama ok cuma rabun jauh saja....


Abah kena buat spek la plak....


Lepas buat spek... pekena nasik Restoran Kina..... Tapau sekali untuk anak2.... Jom balik..

Rabu, 13 Januari 2010

Rahsia oang tino...



Cerita ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take
note... ... hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini
menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan
mengumpat, tapi kenyataan... .. jadi bagi lelaki haruslah fahami
hakikat bahawa perempuan itu... ... Salah satu kegemaran orang
perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan
salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak
orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan
lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah
lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi
tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan
bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang
pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping
complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia
tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali
pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi
dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus
punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan
tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia
yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa
saja ialah per... per... !

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make
up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini
yang suka sangat buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga
kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali
pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah
jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan
buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian,
jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda
dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah
rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu
menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam,
pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit.

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang
perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama
beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan
hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
dalam hal berbelanja.

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka
jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan,
orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai
umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini
adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.

Sumber:e-mail kaum kerabat 'abah' ...
----------------------------------------------------------------------------------------
*Jangan marahhh...no00...tapi ada kebenaranya..*

Selasa, 8 Disember 2009

Alza...oh ..alza..

Tarikh:08/12/2009
Masa:Tengahari
Tempat:Laytac auto sdn.bhd...kangar
Perkara:lepas makan KFc ...nak tunggu cik min keluar dari kelas tambahan ...lambat lagi singgah dulu kat Agen Perodua nie..nak tengok Alza....


Sesi bergambar dengan Alza...


Nie sesi 'berangan'...bersama askar-askar....


Mama yang teruja...mama kata macam nama dia....perasan...muahaha....


Yang nie..alza SE..tahun depan bulan 2 baru nak di lancarkan....tapi dah ada kat sini...aik gena....

Khamis, 26 November 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang



Hari ni besday abah.....sooooo...hepi besday 2 u....hehehe tak tau nak kata pa...mama doakan semoga abah dipanjangkan dan diberkati umur...dimurahkan dan diberkati rezeki....semoga sepanjang hidup abah berbahagia hendaknya....And the last word that i want to say is....I LOVE YOU TILL THE END OF MY LIFE....


Dan hari ni juga adalah besday kak Naurah...Wife big brother (abang abah)...
HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU...Semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...diberkati umur dan rezeki...aminnn.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Karnival Broadband dan ICT-Dewan 2020

Tarikh:31/10/2009
Masa:Pagi....
Tempat:Dewan 2020,Kangar...
Perkara:Hari ni berlangsung Karnival Broadband dan ICT peringkat negeri Perlis.Bermula 31 hingga 01/11/2009..banyak promosi broadband dan gadjet...


Acara mewarna untuk kanak-kanak...tapi hari nie askar-askar tak mai serbu....


emm...menarik jugak cooler ni...kipas besaq tapi daripada plastik...kalau abah nak cari dari jenis aluminium...baru sejuk...


mama dengan USb hub jenis tikus..ke katak nie..


Abah tengah pilih sticker Laptop..banyak tak tau nak ambik yang mana...


Antara laptop dan nettop yang ada...


emmm...GPs navigator pun ada....tapi mahai loo...pakai handset saja la....


mama berkenan dengan Nettop warna putih nie..dari jenis Lenovo...tapi...lain tahun la..


emm...dari pintu masuk lagi geng TM net dok tawan ..promosi streamyx combo...


abah beli..USb hub 7 port..nie...yang lama dah 'padam'...


sticker baru...Lap top mama...abah yang pilih...yang lain macam budak-budak..

Link Within

Related Posts with Thumbnails