TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Selasa, 23 November 2010

Berkerjakah Anda..???


Petikan kata-kata Dr Fadzillah Kamsah ....jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

--------------------------------------------------------------------------------------------------

*ada orang ...perkara pertama yang dilakukan sampai ke oFF...buka FB...untuk 'modal'...awal pagi....*


Sabtu, 20 Mac 2010

Jangan biarkan suami anda 'mental'....


Kepada kaum sejenis 'mama'tolong beri perhatian...jika anda sayangkan suami anda....jangan ...

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

muaha..ha...ini hanya peringatan untuk semua...

Sumber:Abah and the gang...

Khamis, 11 Mac 2010

Peluang Kedua...??


Kepada ibu ,bapak yang berkerja....diharapkan anda bersabar dengan kerenah anak-anak anda dirumah...walaupun hanya seorang permata hati.boleh tahan kerenahnya ..inikan pulak yang berlambak....saborya mama....

hayati kisah ini yang dikirimkan pada abah....

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumahitu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.”

Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan

leteran danbahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal dtg.
Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.
Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah
darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar …tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.
Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamurumahnyapenuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

---------------------------------------------------------------------------------------
*Jangan anda selalu berharap untuk dapat peluang kedua....kerana ia belum tentu akan dapat semula selepas anda persiakan ......*

Rabu, 17 Februari 2010

Nama saja kereta besar... Tapi tuan kereta tak dak otak!!!!


CONTOH KERETA amik kat gugel


Salam.... Sesetengah orang suka pakai kereta besar ..berjenama...mewah...(kancil juga satu jenama tapi tak mewah)..... tapi yang satu ni tuan kenderaan mewah ni tak pakai otak.... Saya cukup sakit hati bila ada kenderaan2 mewah diatas jalan raya yang tak reti nak bagi signal bila nak belok kiri atau kana...main breke dah terus belok....kalau anda marah tak....

Satu lagi kenderaan2 besar2 gajah...Lori..Bas...dan seumpama dengannya.... drebar2 kenderaan berat ni kalau bawak...mmg cukup laju kalau boleh nak langgaq saja apa yang ada didepan.... Ishhh ngeri....

Saya bukan nak kutuk pemakai kereta mewah...tapi ada sesetengah manusia yang ber kereta mewah ni yang membuatkan org lain sakit hati....Tau la kereta tu besaq gedabaq...TApi org dah buat signal...susah payah signal dicipta..reti2 la bagi signal bila nak belok.... Bukan gaduh angkat tangan pun... Zaman dah maju...Tapi masih ada lagi manusia Yang tak reti nak guna kemudahan yang ada pada kenderaan....

Tu pun jangan.. org pakai kereta besaq depa pun gagah nak pakai kereta besaq....Tapi menyusahkan org....Kalau org langgaq belakang tu mula nak salahkan org....

Patutkah org2 macam ni di tengkalong ja kepala depa tu...Isshhhh ganaih plak rasanya... Bukan nk kutuk (marah sikit ja)....cuma nak nasihat sikit... bukan apa untuk keselamatan bersama jugak....Jangan marah noooo...Kesian la kat kami yang pakai kereta kecik ni...bukan jeles...

--------------------------------------------------------------------------------------
*Dah la malas nak cakap panjang...pikir2 kan lah....*

Selasa, 22 Disember 2009

Berwaspada...



Orang ramai di ibu negara diminta berwaspada dengan taktik terbaru sindiket samun tanpa senjata yang menyasarkan mangsa di kalangan warga emas yang tinggal berseorangan di rumah.

Sindiket itu bijak mengenal pasti mangsa yang sering tinggal seorang diri dan akan menghubungi rumah mangsa ketika tiada ahli keluarga di rumah mereka.

Bermodalkan menyamar untuk membaiki penutup gas atau khidmat sebuah syarikat televisyen berbayar, penjenayah itu akan datang ke rumah mangsa tidak lama selepas menghubungi mereka.

Sumber:Utusan Malaysia...
--------------------------------------------------------------------------------------
*berwaspada ...banyak orang sekarang suka 'menyamar'....*

Selasa, 8 September 2009

PAK HITAM....tipu


INI SATU PENIPUAN, JAGN LAYAN JIKA ANDA MENERIMA EMAIL SEPERTI INI, SEKARANG MODUS OPERANDI MEREKA PAKAI BAHASA MALAYSIA DAN NAMA ORANG KITA, NI SEMUA KERJA PAK HITAM AFRIKA NAK MENIPU.

--- Pada Rab, 19/8/09, fizah Abdullah menulis:

Daripada: fizah Abdullah
Subjek: Salam Sejahtera,
Kepada:
Tarikh: Rabu, 19 Ogos, 2009, 11:15 AM

Apa khabar?

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia.
Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.
Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
fizah.abdullah12k@ yahoo.co. uk


Yang benar,

fizah Abdullah
------------------------------------------------------------------------------------------
*tak sedar diri betul 'mat' nie dah la kat tempat sendiri pun susah nak makan ...nak menipu orang pulak....ada juga perempuan kat sini yang gila...*

Ahad, 6 September 2009

Halal ..ke......


Anda suka berbuka di hotel berbintang-bintang???

Tidak salah....

Tapi Anda pastikah tempat anda berbuka itu menghidangkan Makanan yang HALAL untuk umat Islam...atau pun anda main hentam saja ...tengok ramai orang Islam berbuka kat situ ...jadi anda pun 'join' la sama kan...

Kenapa persoalan ini timbul....

Kerana.. menurut Utusan Malysia 23 oGOS 2009 hanya terdapat 27 hotel di Malaysia yang mempunyai sijil halal kira 1.4 % dari jumlah 2000 Hotel Kat Malaysia .Kreteria Halal bukan dari segi makanan saja tapi termasuk infrastruktur untuk Orang Islam...apa yang dibanggakan bila bilik solat pun tak ada ...pili paip nak ambik wuduk pun tak dak ....ni la berbintang -bintang....lepas anda berbuka tak kan nak bertunggul kat meja makan... bila nak sembahyang magrib...???

Kenapa Sijil Halal Penting...???


-Anda pasti Tukang Masak (chef) dia orang melayu dak pun beragama Islam..
-Adakah Menu masakan yang dimasak itu sesuai dihidangkan untuk Islam
-Bahan campuran yang digunakan adakah halal,
-Peralatan yang digunakan adakah diasingkan dari masakan yang HARAM...

Jangan...

Seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

Untuk semak Status Hotel Halal Di Malaysia di sini
----------------------------------------------------------------------------------------
*Kan banyak produk makanan halal kat malaysia salah satu....RADIX..*

Sabtu, 5 September 2009

Untuk..wanita..


Ini ada satu pesanan untuk Wanita ....jika anda lelaki pesan pada isteri anda ...jika anda belum berkahwin pesan pada teman wanita...jika anda seorang anak pesan pada Emak ,kakak atau adik perempuan Anda...ish-ish panjang noo...

ok kat sini bukan nak cerita apa ..tapi cerita jenayah Ragut pada wanita...ada 2 cara yang sering digunakan 'hantu' ini

1.Jika anda memandu keseorangan ..JANGAN letak BEG Tangan ada di seat passenger (tempat duduk penumpang)jika tidak beg yang mahal itu (anda kan banyak duit) akan hilang..

Sebab....

Anda menarik perhatian 'Hantu' ini sama ada tingkap kereta anda terbuka atau tertutup..jika terbuka lagi senang...'hantu' nie buat kerja...jika tidak..

Mereka akan memecahkan cermin kereta anda...

Dimana ...

Persimpangan Lampu isyarat(traffik light)atau tempat sesak

Apa mereka buat...

menggunakan motosikal ...biasanya 2 ekor 'hantu' mencelah antara kenderaan bergerak perlahan ...memerhati pemandu ...jika wanita ..tambah lagi keseorangan ...ditambah dengan nak menunjuk beg tangan yang mahal dia punya ....haaa..siap...

2.Jika anda wanita yang sibuk...maksud dia berkerja sehingga lewat malam..pastu balik pun seorang...berhati-hati

sebab....

anda mungkin sedang diperhatikan...sebab 'hantu' ni akan buat 'plan' perancangan dulu 2..3 hari sebelum dia buat kerja...hantu nie boleh mengagak waktu bila anda akan balik...

Dimana..
(gambar hiasan)

tempat letak kereta sama ada dalam bangunan atau diluar bangunan ...

Apa mereka buat...

mereka 'hantu' ini akan meletakkan sesuatu pada cermin belakang kereta anda ...jika anda ingin mengundur (reverse) ada dapat lihat sesuatu pada cermin kereta anda ...biasanya 'hantu' ini akan letakkan kertas atau apa saja yang boleh menganggu penglihatan anda ...jika anda turun untuk melihat apa yang ada di belakang kerete anda ....masa inilah .....(*)(&(*^%$.................saya harap anda faham...sebab mama juga wanita..kan.....

Khamis, 3 September 2009

Lagi Web mengelirukan.....

Artikel ini diperolehi dari laman Web Negaraku

tetapi didalam artikelnya tidak diletakkan URL blog tersebut dan kami telah membuat carian dan telah menjumpainya...



antara satu kandungan artikelnya....



Kepada yang bijak pandai dalam Ilmu AGAma pohon untuk membacanya...dan tolong maklumkan pada semua kerana ia boleh mengelirukan....

URL blog tersebut di’delete atas nasihat. Kalau nak nengok juga untuk kepastian samada blog tersebut benar-benar blog yang boleh memesongkan akidah atau sebaliknya, bolehler taipkan perkataan pada gambar header tersebut....wallahualam....

Rabu, 2 September 2009

4 D......$$$$$$

Baca la sampai habis...'benda' nie memang banyak kat internet..testimoni dari Syarikat Magnum 4D betul-betul ataupun gimik saja..walaupun sudah mengetahui..atau buat buat tak tau...JUDI HARAM ...tapi masih ada lagi yang cuba mengedarkan 'benda' ni..Iklan Bomoh Siam... saya percaya wanita yang mengaku seorang isteri beranak dua orang yang digelar dengan nama Riana ini diperalatkan. Takkan dia sanggup menjadi model iklan bomoh siam ni.




dan ada satu lagi Web..yang mulanya dia menawarkan rawatan Alternatif tapi bila baca sampai habis...ish..ish 4D rupanya...yang geramnya konon menggunakan Ayat-ayat suci Al-Quran...
Web Rawatan Alternatif
----------------------------------------------------------------------------------------
*anda tentukan...*

Selasa, 1 September 2009

Blog "rasul Melayu"


Seorang pengamal ajaran sesat yang paling dikehendaki oleh JAIS yang masih belum dapat ditangkap semakin bermaharajalela di internet. Kahar Ahmad yang gila mengaku dirinya Rasul Melayu kini memblog pula.

Blog Rasul Melayu

Dia update blognya setiap hari. Jadi sebagai umat Islam yang membenci ajaran sesat ni, mari kita 'flag' blog dia ni supaya google boleh menerima aduan agar blog dan user ini diblock.


ikuti langkah mudah ini untuk flag :

tegok kat atas window blog..
klik... FLAG BLOG
klik ...HATE/VIOLENCE
klik ...CONTINUE
klik ...SUBMIT
----------------------------------------------------------------------------------------
*ajaran sesat dah berBlog pulak...ish...ish*

Kiamat pada-2012



HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Wallahualam..

Sumber:internet
----------------------------------------------------------------------------------------
*Tak kan menunggu tanda besar baru berubah...???*

Rabu, 19 Ogos 2009

PETUA MEMENANGI HATI ISTERI


1.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

2.Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

3.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

4.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

5.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.


6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

8.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

9.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

10.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.


11.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

12.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

13.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

14.Solat bersama dan berdoa bersama.

15.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

16.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

17.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

18.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

19.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

20.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

21.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letakkan barangan yang hendak dibawa di kereta.

22.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

23.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

24.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

25.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

26.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

27.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

28.Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

29.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

30.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

31.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

32.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

33.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

34.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

35.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

36.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Isnin, 17 Ogos 2009

Mutiara Kata


Dari:Dr. HM Tuah Iskandar

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

Rabu, 12 Ogos 2009

Nota untuk suami


Jaga hati isteri anda...
Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan
menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian
rumah tangga:

Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu
pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif
dan sesetengahnya mahu dipujuk.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan
sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya
isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi
perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika
serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai
dirinya.

Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-
luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan
telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan
sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau
relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan
jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi
kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya
beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti
memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan
isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan
bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya
perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda
cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah
tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju,
letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang,
simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam
rumah dan bilik air.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda
dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama
bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil
kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.
Ketepikan ego yang keterlaluan.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah
tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami
buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

jagalah hati isteri..
sayangi dan lindunginya
kerana isteri adalah amanah
yg menjadi tanggungjawab suami
tapi adakah suami sedar akan semua tu...??
--------------------------------------------------------------------------------------
*Apa yang penting kerjasama*

Selasa, 11 Ogos 2009

Mutiara Kata


Dari:Dr. HM Tuah Iskandar

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” –

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”
----------------------------------------------------------------------------------------
*Tersirat.....

Isnin, 10 Ogos 2009

Tawaran.. Terhebat...

Setahun sekali je dia datang ....sapa terlepas...alahai ruginyeee....Hidup...


(klik pada gambar untuk besarkan)

Sumber-internet
----------------------------------------------------------------------------------------
*Sapa-sapa berminat tu....paham-paham le....ye...

Jumaat, 24 Julai 2009

Halalkah Sos Prego ????????????


Mama tengok ramai kengkawan yang suka makan speghetti.... kami sekeluarga tak minat nak makan speghetti...selalunya kalau masak speghetti guna sos apa yaaa... Yang mama selalu nampak ramai yang masak speghetti taruk SOS PREGO. Tapikan mama tengok SOS PREGO ni tak dak tanda halal... halal ka... Mama penah dengaq dan ada juga terbaca kat internet yang SOS PREGO nih ada campoq dengan PORK MINCED MEAT !!!
Entah la,.. so mama harap kawan2 yang suka masak dan makan speghetti dengan SOS PREGO atau apa2 sos keluaran negara luar berhati-hatilah....baca ingredients terlebih dahulu atau tengok kod bar atau pun tanda halal....

Berhati-hatilah wahai sahabat seislam sekalian semoga kalian dilindungiNYA..ini adalah kerana 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.
Renung-renungkanlah...

Link Within

Related Posts with Thumbnails