TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label Gadjet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadjet. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Alamak sorry le susah nak baca ada iklan sebelah kiri bawah yang melekat tu .

Ini komen dari

Sharinginfoz


Dan rasanya ramai jugak yang komen pasai iklan yang tergantung ni.... Emmm kalau nak ikut saya guna OPERA masa masukkan iklan ni.... Kalau guna sesapa yang pakai OPERA iklan ni akan berada ditepi ... Tak mengganggu posting... Tapi kalau guna Explorer atau yang lain2 maybe menganggu sikit sebab dia akan berada ditengah-tengah N3.....


Emmm nak buat macam mana ya.... .... Boleh bagi cadangan tak...?????

Khamis, 9 Disember 2010

Streamyx Broadband.


Package mana yang berbaloi......

Rabu, 8 Disember 2010

Celcom Broadband terminated


Dah wassalamu dah.... perlukan kita menggunakan perkhidmatannya lagi jikalau perkhidmatan yang diberi tidak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.....

Tengahari tadi keluar ke celcom centre terminate terus broadbandnya..... Dah lama guna... pada awalnya laju ja.... tak banyak masalah..... dan bayar pun hanya RM98 sahaja.... itu yang dikatakan masa melanggan dulu.... Hanya Rm 98 guna lah sebanyak mana pun....

Tapi sekarang kena bayar RM102... Tetiba saja naik... Tak tau apa yang dicharge nya.... Dan perkhidmatan dia.... sekejap ok Sekejap putus.... Kalau nak ikut gunanya tak seberapa.....

So tak perlu la nak simpan lagikan.... buaang duit saja..... Nak guna apa pulak lepas ni ya..... HMmmmm akan difikirkan kemudian nanti....

Rabu, 1 September 2010

Blogger memperkenalkan Stats

Setelah menguji fungsi statistik melalui Blogger In Draft pada bulan Julai yang lalu, kini pihak Blogger sudah pun bersedia sepenuhnya, dan kini mereka memperkenalkan Blogger Stats kepada ke semua pengguna Blogger seluruh dunia.



Antaramuka Blogger Stats

Melalui Blogger Stats, para penulis yang menggunakan perkhidmatan blog percuma Google itu boleh melihat statistik masa-nyata blog mereka yang mana diintegrasikan sepenuhnya pada setiap blog yang beralamatkan Blogspot itu.

Menariknya, ianya telah pun diaktifkan secara automatik untuk setiap blog Blogger, dan para penggunanya boleh mengakses Blogger Stats melalui tab Stats di dashboard masing-masing.

Melalui Blogger Stats, ianya membawakan statistik masa nyata, dimana setiap perubahan statistik diperlihatkan kepada anda sebaik sahaja ianya berlaku, selain anda juga boleh melihat kata kunci popular pada blog anda, dan pelayar web dan darimana para pembaca anda datang. Segalanya itu diperlihatkan pada suatu antaramuka yang amat menarik sekali.

Sember:cni

Jumaat, 13 Ogos 2010

Blogger Memperkenalkan Sistem Komen Baharu

Mungkin anda sudah perasan ...jikalau sebelum ini para pengguna Blogger agak sukar untuk menguruskan sistem komen mereka, disamping para pengguna perlu melalui sistem CAPTCHA untuk meninggalkan komen kini ia sudah semakin mudah....

Panel Pengurusan Komen Di Blogger


Jika dahulu untuk mengurangkan angka spam pada blog, para pengguna Bloggerr terpaksa mengaktifkan sistem CAPTCHA yang mana sedikit sebanyak membuatkan para pembaca kurang meninggalkan komen. 

Menariknya, kini, kesemua komen di Blogger akan melalui sistem penapisan Google tersendiri, sekaligus menjadikan keperluan CAPTCHA padanya bukan lagi suatu keperluan.

Selain daripada itu, para pemilik blog juga akan dapat melihat panel pengurusan komen yang mana kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada kesemua pengguna. Melaluinya, para pemilik blog bakal dapat melihat kesemua komen pada blog mereka dalam keadaan yang tersusun sama seperti pada WordPress iaitu, komen yang telah diaktifkan, komen yang menunggu pengesahan dan juga komen spam.

Kini, Google memberikan perhatian yang serius pada sistem blog mereka, dimana sedikit demi sedikit fungsi baru diperkenalkan oleh mereka dari masa ke semasa, sekaligus memberikan cabaran yang amat sengit kepada platform blog yang lain, termasuk WordPress.

Sumber cni


Selasa, 6 Julai 2010

Cewad punya pasal


Waaaaaaaaaaaaa cermin mata mama patah lagi...... semalam Cewad goyang pintu almari tempat mama selalu sangkutkan cermin mata mama.... Cermin mata jatuh... patah.... huhuhuhu nasib baik ada yang baru buat hari tu....

Sayangnya.... masuk ni dah 5 kali cerminnya pecah.... haduhhhhh...

Khamis, 1 Julai 2010

Sony Trinitron 29" menjadi hak milik akhirnya.

Hanya bermodalkan RM75.55 +RM160 (baiki) + Rm15 remote control...  jumlah keseluruhan RM 250.55....


HArga asal RM1980.00 masa beli la .. sekarang TV ni org dah tak pakai.... berat nak mampos abah kata... RM 250 sapa tak nak.... Claer lagi selepas dibaiki.... Lagi pun harga sekarang dalam ratus2 ja kot...entah tak pernah pulak mama cek....


Rabu, 23 Jun 2010

SONY TRINITRON 29" terpakai RM 100 ditawarkan.

Petang semalam ajak abah pergi stor pusat UiTM Perlis hantar borang pengeluaran barang stor... Biasa la dah dekat habis cuti ni mula kalut itu dan ini... Peralatan untuk pembelajaran student kena sediakan.... 

Alang2 dah pi tu abah ajak tengok sekali TV terpakai.... TV elok lagi cuma dah UiTM nak lupuskan tu jual la sapa yang nak....

Borang free ja.... cuma bayar deposit RM50 hinggit ja... kalau tak dapat nanti duit tu dapat balik...

Ni la TV nya mula ingatkan kecik saja... rupanya besar gedabaq.... ingat nak tibai satu taruk kat ofis.... sekali 29" daaaa abah nak try tengok satu... kalau ada rezeki leh la letak dalam bilik..... TV dah banyak kat rumah tapi gatai jugak nak letak dalam bilik.....

Harga minima yang ditawarkan.... kami tengok ramai jugak yang nak ni.... saja ja suka2.. kalau dapat ok la... kalau tak pun beli ja baru abah oiiii...... 

Selasa, 29 Disember 2009

Broad Band Maxis

Tarikh:24/12/2009
Masa: Khamis...Tengah hari
Tempat: Maxis centre Arau
Perkara: Celcome broad band selalu buat perangai...sat laju sat pelan....(sekejap ok sekejap tak)... abah kadang2 naik hantu dgn celcome....dah tu hari khamis minggu lepas mama ajak abah pi BSN dekat Arau....Keluaq saja bank abah ajak pi maxis centre.....kebetulan tepi bank...ingatkan nak top up maxis...alih2 abah tanya mama nak try maxis broad band tak....ma cakap ikut abah la...tapi kena pakai line la maxis....mau tak mau kena ubah line la plak..pakai plak 50-30...baru bleh pakai broadband....nasib baik Arau ada coverage....balik guna mula2 ok la....dalam dua hari mula dah dia buat prangai macam celcome.....hampes sungguh...nasib lagi tak terminate celcome....6 bulan tuuuu baru bleh terminate.....walau pun 2 bulan free...kalau service macam hampeh gak nak wat menda....



Model maxis.....yang semakin menembamkan diri.....ekeekekeek....

-------------------------------------------------------------------------------------------
*Apa pendapat anda....stay dengan celcome atau maxis...atau cari jer yg lain..*

Khamis, 24 Disember 2009

21Mbps Dengan HSPA+...Maxis


Kini, Maxis ingin mendapatkan perhatian semula, apabila hari ini menjadi syarikat komunikasi tempatan pertama yang laksanakan dan gunakan teknologi HSPA+.

HSPA+ ataupun yang mana dikenali sebagai High-Speed Pocket Access+, ianya membolehkan Maxis menyediakan rangkaian jalur lebar tanpa wayar yang mana menyokong kelajuan rangkaian padar kadar maksimum pada 21Mbps. Walaubagaimanapun, seperti diketahui umum, ianya sukar untuk mencapai tahap maksimum, dan pengguna boleh mengharap kelajuan pada kadar antara 10Mbps sehingga 15Mbps dengan liputan yang baik. Ini sekaligus menjadikan kelajuan berganda apabila dibandingkan dengan kadar semasa yang ditawarkan buat masa ini di beberapa kawasan tertentu.

HSPA+ ini sudah boleh digunakan oleh pengguna beberapa kawasan, dan dijangka akan dapat digunakan secara meluas oleh para pengguna menjelang tahun hadapan. Pengembangan liputan HSPA+ di Malaysia akan dilakukan secara berfasa oleh Maxis, bermula daripada Disember 2009 ini sehingga mencapai liputan penuh pada tahun 2011 kelak.

Sumber:amanz

Isnin, 21 Disember 2009

Nak tolong ..tapi Tipu...

Berhati-hati dengan Antivarus penipu ini...dulu alimaz pun terkena masa pakai antivirus 'cikai' punya....software ini akan minta kita download program 'depa' tapi sebenarnya tipu saja...


disenaraikan ...Baik punya 'tipu' antivirus yang terdapat masa sekarang...jadi jangan download ....

1. Win32/FakeXPA
2. Trojan:Win32/FakePowav
3. Program:Win32/MalwareBurn
4. Program:Win32/UnSpyPc
5. Program:Win32/DriveCleaner
6. Trojan:Win32/DocrorTrojan
7. Program:Win32/Winfixer
8. Trojan:Win32/FakeScanti
10. Program:Win32/MalwareCrush

dan selebihnya anda boleh rujuk disini....

Khamis, 19 November 2009

Office 2010 Beta



Microsoft telah melepaskan Office 2010 Beta dan lengkap bersama SharePoint Server 2010, Project 2010, Visio 2010 dan juga Office Web Apps untuk perniagaan, serta Office Mobile 2010.

Versi lengkap Office 2010 akan di lancarkan pada tahun hadapan...dan beta ini bertujuan akan mendapat maklumbalas lebih pantas daripada para pengguna supaya versi akhir kelak akan lebih baik lagi.



memuat-turun Office 201O0 Beta secara terus dari laman Microsoft dengan percuma.

Rabu, 18 November 2009

Maxis dan Dell Mini 3 ???

Adakah akan terjalin kerjasama antara Dell bersama Maxis..untuk membawa masuk Dell Mini3 yang mana menggunakan sistem operasi Google Android.




Antara yang menarik tentang Dell Mini3:

-sokongan kepada Microsoft Exchange,

-chat pada telefon seperti YM!

-MSN, dan Google Talk,

-kamera 3-megapixel dengan sokongan sehingga 8x zoom,

-skrin sentuh yang mana papan kekunci QWERTY atas skrin turut disediakan.

inilah kerjasama penyedia komputer dan celular..betul ke???

Selasa, 17 November 2009

Chat yahoo...10

Sekarang anda boleh dapatkan Yahoo! Messenger 10 dan kini membawakan versi stabil yang mana turut menyokong penuh Windows 7.



Antara kelebihan Yahoo! Messenger 10...:

- membolehkan para pengguna membuat panggilan video pada masa-nyata dengan kualiti video dan audio yang bagus.
-tab terbaru yang dipanggil sebagai Updates,anda boleh lihat kehidupan sosial rakan-rakan anda, dan kemaskini semasa mereka daripada laman-laman seperti Twitter, Flickr, Last.FM dan banyak lagi.

memuat-turun Yahoo! Messenger 10

Isnin, 16 November 2009

Animasi Saladin



animasi Saladin bakal ditayangkan bulan Ramadhan akan datang...macam Upin dan Ipin Projek usahasama MDec yang dibangunkan di Qatar ini memulakan produksi mereka pada tahun 2004 dan menerima pelbagai maklumbalas positif, dan menariknya, mereka kini dalam peringkat akhir pembangunan animasi musim pertama mereka iaitu sepanjang 13 episod.

Siapa Saladin... ...

Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod.

Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.

Sabtu, 14 November 2009

Mat B ciwi....

Tarikh:11/11/2009
Masa:malam....
Tempat:Net boy (kangar)
Perkara:malam nie Mat B,ajak abah pi kangar sebab kata dia nak pasang cooler untuk prosesor (jenis pakai air punya),pak cik din pun ikut sekali...


abah.mat B dan pak cik din...kat 'net boy' tengah tunggu 'tokey' kedai pasang..


Mat B yang teruja...muahaha

Khamis, 12 November 2009

Edit Gambar...

Anda semestinya sudah kenal akan Paint.NET, salah satu aplikasi khas untuk pengguna Windows yang membawakan pelbagai fungsi yang menarik seperti sokongan layer, efek khas, selain menyediakan beberapa tool yang menarik. Terkini, Paint.NET 3.5 sudah boleh dicuba.


Antara kelebihanya...membawakan sokongan kepada fungsi Aero yang mana kini digunakan pada Windows Vista dan Windows 7,lebih menarik berbanding sebelumnya,penjimatan penggunaan memori untuk aplikasi .NET.


Ia juga lebih pantas 20%, Kualiti gambar ketika di zoom juga telah diperbaiki, selain penggunaan saiz disk dikurangkan kepada lebih kurang hanya 12MB sahaja,

memuat-turun aplikasi Paint.NET

Rabu, 11 November 2009

WiMax kepada WiFi.

Setelah membuat penampilan sulungnya..dengan tema 'tradmark'... potong....
kini inovasi 4G atau WiMax kepada rantau Asia Tenggara, P1 terus memperkenalkan inovasi demi inovasi dalam menarik minat para pengguna untuk menggunakan servis mereka. Terkini, GreenPacket memperkenalkan Penjana Hotspot Peribadi yang boleh menukarkan WiMax kepada WiFi.





Peranti khas ini membolehkan gelombang WiMax diubah kepada WiFi dan dikongsi bersama.
Dengan caj bateri penuh, Penjana Hotspot Peribadi ini boleh bertahan selama 5 jam,tetapi masih tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan gajet terbaru ini.tunggu kejutan dari mereka...

Isnin, 9 November 2009

Akaun Google

Google merupakan salah satu kuasa besar di dunia internet, dimana Google menyediakan pelbagai aplikasi yang berguna berasaskan internet, seperti Google Docs, YouTube, Blogger, Picasa dan banyak lagi.tapi kalau dah banyak akaunya...menjadi kesulitan untuk kita..mengingati akaun tersebut...

Untuk memudahkannya, kini Google memperkenalkan Google Dashboard.



Ia boleh memantau segala aktiviti akaun Google anda dengan lebih mudah lagi. And juga boleh mengubah bentuk data yang dipaparkan pada Google Dashboard mengikut citarasa anda. Google Dashboard mengumpulkan segala feed dari pelbagai laman Google dan memaparkannya kepada anda dalam bentuk yang menarik.

Apa perlu anda lakukan hanya log masuk sekali lagi walaupun anda telah set kata laluan pada komputer anda. Ini adalah untuk memastikan anda adalah orang yang benar yang akan mengakses Dashboard anda. Ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan beberapa aplikasi masih belum dimasukkan padanya lagi.

Sabtu, 7 November 2009

Sewa Dvd dan filem Blu-Ray


Kepada pencinta atau bahasa kasarnya 'gila PC game'ini ada berita baik untuk anda Terkini, sebuah servis baru yang dikenali sebagai Black Mango Games menyediakan kemudahan untuk para pengguna tempatan menyewa filem Blu-Ray serta permainan PlayStation 3 dengan mudah melalui dalam talian.

Ia telah dimulakan oleh Ben Chan, seorang pemain videogame dan pengemar filem yang mana telah memulakan servis ini sejak tahun 2007 lagi. Pada ketika itu, beliau hanya mengiklankan servis berkenaan pada laman LowYat sahaja, dan kini telah membesarkan servis beliau dengan menyediakan halaman web yang tersendiri.


Menariknya, melalui pakej yang ditawarkan, anda hanya perlu membayar RM50 sebulan, dan melaluinya, anda boleh meminjam permainan PlayStation 3 dan filem dan memegangnya seberapa lama yang anda inginkan. Walaubagaimanapun, hanya satu DVD atau BluRay Disk sahaja dibenarkan pada sesuatu masa.

Permainan atau filem pilihan anda itu kelak akan dihantarkan kepada anda secara pos atau oleh Chan sendiri berdasarkan kepada lokasi tempat tinggal anda.

Link Within

Related Posts with Thumbnails