TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Ahad, 6 Jun 2010

Polimas Kenangan terindah...

Salam...

Dah masuk dua hari blog ni bercuti.... Biasa la hari cuti adalah hari yang paling sibuk bagi kami berdua.... Baju yang nak di basuh dua tiga bakul.... Sampah yang nak kena sapu ( diluar rumah dan ini kerja abah ) Sawang yang nak dibuang....

Tapi tu semua kerja mama buat hari ni (Ahad) sebab semalam mama dengan askar2 balik rumah Tok Didah (mak mama).... Biasa lah hari minggu balik melawat Tok Nyang Cewad... Al-hamdulillah Tok nyang pun dah semakin sihat... dah dapat bergerag sendiri....

Ok untuk hari ni ..mama nak cerita perihal hari Jumaat petang minggu lepas... UiTM Perlis sekarang jadi tuan rumah macam-macam jenis sukan.... mula-mula sukan MASUM (majlis sukan universiti mlaysia) segala Universiti berumahtangga di UiTm ni....

Lepas sukan MASUM datang pulak sukan Wood Ball buat kat UiTM Perlis jugak..... Dalam masa yang sama UiTM Perlis juga menerima kunjungan daripada Politeknik seluruh Malaysia untuk berumah tangga selama 4 hari di sini.... 

Dan yang untungnya abah ler.... dapat banyak baju T-Shirt berkoler free.... Biasa lah kalau dah namanya bahagian pengurusan ni kan... macam2 la keuntungan dapat... mama jugak yang terlepas... huhuhu.... 

Haaaa ni bas yang banyak memberi sumbangan dalam hidup mama..... Abah tak yer sebab abah tak pernah sekali pun menjejaki tangga bas POLIMAS ni..... Nampak saja bas ni mama teringat masa mama semester 4 di POLIMAS... Bas ni la yang selalu mama naik untuk ke kelas..... Semester 4 mama terpaksa duduk luar sebab tak dapat asrama.... Asrama mama time mama dulu terhad, cuma ada satu bangunan asrama untuk perempuan.... Untuk lelaki banyak la pulak....

Sekarang kalau tak silap dah banyak untuk kaum hawa ni..... Hmmmm sekejap saja dah 10 thn mama tinggalkan POLIMAS banyak kenangan... terutamanya kenangan pertama kali berjumpa abah..... hehehe.....ok itu saja yang nak cerita... selamat malam....

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru untuk semua guru2 di Malaysia....

Itu saja yang nak di ucapkan hari ini.... Teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar mama dari tabika.... Sekolah Kebangsaan Oran Mata Ayer Perlis... Sekolah Mengah Kebangsaan Syedsirajuddin Jejawi Perlis dan Sekolah Menengah Teknik Kangar Perlis...(kini Sekolah Menengah Vokasional Perlis)..

Banyak jasa mereka ..... Saya rindukan cikgu-cikgu yang dulu (mungkin ada yang dah pencen)....

Cikgu masa sekolah tabika Ngulang mama tak ingat nama apa... cuma yang mama ingat nama anak dia Mohd Rostam Azli kalau tak silak...sebab dulu mama sula berkelahi (bergaduh) dengan dia... Dia sula pukul orang dengan raker badminton....

Cikgu Norizan... cikgu yang memperkenalkan mama dengan bola jaring dan bola baling sampai mama boleh main hingga ke peringkat negeri (bola baling la )... Best sangat walaupun dia cengei (garang) sikit... Tapi hati dia baik....

Cikgu Ruzilah... Guru kelas mama masa darjah 4 kalau tak silap... Dia ajaq bahasa melayu.... Orangnya kecil molek saja tapi suara dia lantang... Kalau tak silap mama dia ada adik sorang sama tua dengan mama nama dia Rohaizat satu kelas dengan mama masa tingkatan tiga....

Ramai lagi cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah yang mama sayang sangat... ada yang dah meninggal pun ada....
 DAn yang paling mama sayang adalah cikgu Jaaizah... Sekolah Menengah Teknik Kangar... Kalau mama bejalan dengan dia orang akan cakap Kakak dengan adik.... Cikgu Jaaizah ni mama tak tau dia still mengajaq di Teknik (Vokasional) Kangar lagi ker tak.... Cikgu jaaizah mengajar matapelajaran Kimia kelas Pengajian Kejuruteraan Awam (kelas mama)... 

Ada lagi yang mama nak ceritakan.... TApi rasanya cukuplah sampai sini saja..... Buat Syima sahabatku..... aku juga rindu kamuuuu.....

Ahad, 12 Julai 2009

BTN KULIM- Dalam Kenangan


He he he... jumpa lagi kita yer Fara.....Masa Induksi di Kampung Gajah Perak mama dengan Fara satu team....masa BTN ni team kami lain2 ler plak...tapi dorm kami sebelah je.......


Bersama Kak Liza dari mula mama nak pi BTN sampai la habis BTN....Kami satu team...satu UiTM.....Kampung pun sebelah je....


Keh..Keh...Keh...Bini sapa ni haaaa.....dok pakai baju sekolah lagi nih...askar kat rumah tengok mesti gelak sakan niee.....kua..kuaaa...


Geng UiTM Perlis..dan jabatan lain sebelah Utara...nooo..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
*BTN 1-5/7/2009.....dah jadi BIRU dah...hohoh

Rabu, 8 Julai 2009

SMTK-1998/1999





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Askar2 mama terjumpa cap masa kat rumah Tok Didah......teringat masa zaman remaja mama Sekolah Menengah Teknik Kangar...Johan zon utara dua tahun berturut-turut....1998 Johan zon diadakan di Kuala Terengganu....1999 Johan zon diadakan di Sarawak.

Link Within

Related Posts with Thumbnails