Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Selasa, 4 Oktober 2011
Blog bersawang...
Haduiii perut lapaq ... sapa suruh tak mkn tengahari tadi.....Ayat pertanyaan... sendiri jawab..... Nak mkn pa nak panaskan lauk semalam ... gas habis... dah ada gas ... kepala paip gas plak bocoq..... Haduiiii melampau... Yang betoinya tak dak rezeki.....
lAGI 10 MINIT PUKUL 5.... awat rasa macam lambat ja hari ni.....
Khamis, 22 September 2011
Bantuan sara hidup.
Imbuhan tetap perumahan pun tinggi jugak..... kalau gred J ada la kot dalam RM180.... Nak dibandingkan degan gred DM.....
Tu la dulu suruh belajaq pepandai ... main.... mengaji kuih ..... dah tu gaji sikit... elaun sikit sibuk nak bandingkan dengan org yang bergaji besar....
Sapa nak jawab tu.....
Selasa, 9 Ogos 2011
Kenapa ya manusia-manusia ini tak reti bersyukur...
Allah dah tentukan rezeki masing2 setakat RM500.... Tapi masih jugak merungut,.....
Tengok geng kat atas tu... apa depa ada... dok atas tanah
makan kongsi2.... baju koyak rabak.... depa ni reti bersyukur.... Ni tak dapat RM500.... tak cukup lagi.... kata sana kutuk sini....
Dah tau gaji ciput hidup cara gaji ciput
ni tak kerja kerani pakai Kereta VIOS...... KAncil tak pandang...
Selasa, 14 Jun 2011
Mak .... Abah ...abang minta maaf.....
Abang sayang sangat dengan mak dan abah.......
Abang minta maaf.... lain kali abang tak buat lagi.....
Lain kali kalau abang buat lagi mak halaulah abang dari sini......
Sayang sangat dengan mak....
Kalau tak sayang abang tak pa lah....
Doa Cik Min dalam buku nota yang sama....
Saya sangat sayang emak ...
Lepas tu saya sanyang Abah....
Saya minta tolong jangan bagi mati kedua ibu bapa saya... adik2 saya... Tok Wan dan Tok....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Mama tolong Cik Min cari buku sekolah dia pagi tadi.... Mama terjumpa buku nota yang dah dikoyak dan doconteng..... Tergerak hati mama nak buka buku tu....
Terkedu mama bila terbaca catatan ini.....
Dia mintak maaf atas kesalahan dia.... kesalahan apa biarlah rahsia.... mama mmg marah sangat..... sampai mama ugut nak halau dia dari rumah kalau dia ulangi perbuatannya tu..... Mama tak bermaksud betul2... just untuk menakutkan dia saja....
kenapa dia doakan jangan bagi kami mati..... maybe masa mama slow talk dgn dia mama ada cakap... abang tak sayang mama dgn abah ke...... kalau mama mati abang mesti suka..... tak dak org nak marah abang lagi...... tak dak org nak berleter dgn abang lagi..... Itu yang mama cakap dengan dia masa mama pujuk dia .....
Tak sangka budak seumur ini sudah pandai meluahkan isi hatinya melalui catatan macam ni..... Selain tu Cik Min ada jugak lukiskan gambar famili walaupun hanya kepala saja yang dilukisnya....
Mama tak dak mood nak kerja hari ni.... Yang mama ingat hanya Cik Min..... Walaupun wataknya keras... tapi hatinya lembut.....
Mama cakap hati dia lembut sebab dia manja sangat dengan org yang pandai ambil hati dia.... Dan yang paling dia suka Tok Didah.... Sebabnya Tok Didah sayang sangat dengan Cik Min.... Tok Didah suka peluk Cik Min..... Cium Cik Min.....
Selasa, 7 Jun 2011
Upload problems? We're doing maintenance, but things should be back to normal soon.
Khamis, 26 Mei 2011
Exam dah habis legaaa...
Arghhhhhh.... kena hadapi lecturer yang cerewet lagiiiiiii..... Kalau senyum... cuma senyuman hipokrit....... Redho dan tawakkal ajelah nampaknya.....
Isnin, 23 Mei 2011
Esok exam hukhukhuk.. uhuk...
Dah 3 tahun aku kerja kat UiTM ni.... tahun ni baru terkial-kial nak ngadap exam..... Kalau la aku terkial-kial dua tahun yang lepas tak ler terkulat-kulat tahun ni ..... Akibatnya gaji aku tahun ni belum lagi ada anjakan... yang sepatutnya dah terranjak bulan january lepas,,,, Harap2 aku lulus la.... Naik la sekupang dua gaji aku.... Kalau tak asal hujung bulan ja tersedak2 jimat sampai hari gaji....,. Ni pun dah tinggai nyawa2 cacing dah.....
Actually examnya esok sampai Khamis ni.... ada 4 bahagian.... bahagian 1 dan 2 esok... lusa bahagian 3... yang bahagian 4 Khamis la.... Yang tak syoqnya bahagian 3.... bab UiTM... naknya ditanya pasai UiTM Shah Alam ka.... Ataupun bab UiTM negeri2 lain.... punah aku... nga-nga tak reti.... Nasib ABC... bulih gak muhung2.... Ahahahaha....
Hari ni Cik Min start exam... harap2 Cik Min dapat buat sebaik mungkin..... Next week dah start cuti sekolah... Lega sikit tak teruk terkejaq-kejaq pagi2 kejutkan askar yang cukup liat nak bangun pagi... terpekit terlolong lebih daripada kena histeria masa asrama sekolah menengah dulu ..... Mengamuk dulu seround dua baru nak mau mandi... sejuk la itu la ini la..... Kalau dibedal mau meraung satu KKMT tak pun satu Arau dengaq.... heheh kekadang kena jugak sebab liat sangatkan....
Kekadang tension......sakit kepala..... jiwa kacau....
gambaq ni aku songlap kat gugel ja.....
Khamis, 24 Mac 2011
Rabu, 16 Mac 2011
Cuepacs Minta Kerajaan Selaras Gaji Dengan Kenaikan Harga Barang..
Rabu, 9 Februari 2011
Zebra Crossing ..... Tiger Crossing
Yeay, ALHAMDULILLAH ........balik saja selepas cuti, dalam kampus ada laluan Pejalan Kaki atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Zebra Crossing. Terima Kasih Pihak Pengurusan!
Maksud Zebra Crossing yang dipetik dari Wiki answers.com adalah " Zebra Crossing is another term for a pedestrian crossing, where pedestrians have a right of way at anytime. The road is painted with white and black stripes hence the name Zebra crossing".
Terjemahannya " Lintasan Kuda Belang adalah istilah lain untuk laluan pejalan kaki, dimana pejalan kaki mempunyai hak laluan pada bila2 masa. Jalan dicatkan dengan belang2 hitam putih, maka itulah diberi nama Lintasan Kuda Belang".
Kerana kita punya laluan Kuning dan Hitam, layak kot kalau kita panggilnya "TIGER CROSSING" ~KOT???~.
Jadi kalau adalah 'Tiger2, atau anak2 Tiger ' yang tengah lintas, marilah kita sama2 perlahankan kenderaan (walau pun geram kerana ada yang jalan lemah longlai) agar tidak berlaku kemalangan.
Ingin maklum je : undang2 berkenaan:
Hak pejalan kaki: mereka ada hak laluan yang lebih utama, dan sekiranya berlaku kemalangan antara pejalan kaki dengan sebuah kenderaan atas laluan pejalan kaki, pemandu kenderaan adalah dianggap bersalah.
Jadi sama2lah kita beringat, tak kira Pensyarah, Pegawai atau pun staf sokongan dan pekerja kontrak ..............UTAMAKAN KESELAMATAN!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok.... ini email semalam... abah cakap dia tak puas hati dengan ayat berwarna merah kat atas tu..... email ni dari seorang pensyarah UiTM sendiri.... Pensyarah ni boleh dikatakan veteran jugak la.....
Ayat kat atas yang warna merah tu nampak sangat pensyarah lebih utama dari yang lain..... Macam kedudukan lebih tinggi dari staf2 yang lain.... Salah ka kalau dia cakap staf2 UiTM.... kenapa perlu di kategorikan jawatan atau kedudukan staf.....
Kata UiTM satu keluarga....
Emmm satu lagi ayat...Tiger2, atau anak2 Tiger....Alahai..... macam samakan manusia dengan binatang pulak... apa kes ni.....
Isnin, 7 Februari 2011
Hari ini adalah hari yang paling kalut..
Untuk apa tak tau la... dengaq abah kata semua geng juruteknik kena pi... geng lama la.... So sebab perhimpunan ni mula dalam pukul 7.30 pagi maka mama terpaksa la merempit awai2 pagi buta hantar Cuteri dengan Cupian ke sekolah... Cik MIn abah hantar....
Hahahahah selalu kami hantar anak2 sekolah bersama.... pagi ni terpaksa buat sendiri... anyway mama tak kisah .. cuma rasa janggal pulak... hehehe dalam pukul 7.10 pagi mama hantar askar berdua tu sekolah... nasib baik jalan tak jem sangat..... Alhamdulillah jalan kurang sesak sangat... Mama guna jalan kampung... bukan apa untuk mengelakkan kesesakan....
Dah sampai sekolah Si Cupian pulak buat perangai tak nak sekolah.... alahai... lagi dipujuk lagi mengada... denga baik mama pujuk lagi dia tak nak sekolah... last sekali sebab mama dah tak tahan dengan karenah dia mama terpaksa jugak berkeras.... mau tak mau mama suruh si kakak cuteri pegang adik (Cupian).... Lagi pun mama dah lewat takut pulak kelas waste water mula minggu ni.... Tapi nasib baik mama call pensyarah cakap next week mula...
Lega pi satu hal.... Dah tak dak kelas hari ni.... tapi mama call cikgu sekolah Cupian tak pulak dia jawab.... Harap2 tak dak apa yang jadi.... Kesian pulak Cupian... mama bukan apa cuma tak nak ajaq terlalu mengikut kata anak2... nanti mama susah.... Maunya tak semuanya nak kena ikut cakap diorng.... kalau tak ikut tak nak kesekolah or do semething.... Sebab terlalu ikut perangai anak2 yang mengada-ngada....
Itu mama kalau orang lain tak tau la mama... ada masa kita ikut ada masa kita terpaksa juga membantah....
Rabu, 12 Januari 2011
Apabila anak buat perangai haruskah dilayan?
Dah dia buat perangai tak nak sekolah so mama terpaksa umpan dia dengan membawa si Cupian ni kekedai.... Mau tak mau habis juga la 5 hinggit..... Ye la tak kan nak beli untuk dia saja... Yang kawan2 yang lain tengok saja..... Kesian juga la kan...
MAma belikan biskut wafer bercoklat sekotak ada la kot dalam 15 keping... cukup la tu.... Kalau la esok dia buat perangai macam tu juga.... arghhhhhhhhhhh tak sukanya... Tak kan la hari2 nak kena upah dulu kot baru nak kesekolah.....
Botak la kepala mama.... Gaji teknician saja bukan gaji pensyarah.....
Anak oh anak...
Jumaat, 7 Januari 2011
Dah namanya pensyarah...semua nak senang
Petang semalam ada satu pensyarah mintak soft copy Lab Manual Hidraulik.... Awat tak boleh buat sendiri ka... bukan panjang sampai 10 muka surat pun...... 3 muka surat saja.... Asalnya Manual Lab ni tak dak soft copy.... Mama saja2 buat sebab masa cuti student mmg tak dak kerja nak buat....
Senan2 ja dia mintak ..... Masa student cuti depa bukan ada apa kerja pun... kerja depa mai ofis dalam pukul 10 pagi then tengahari balik tak mai dah kadang2... \\mama cakap macam tu sebab selalu mama call diorang tak dak kat ofis... Phone tak dak sapa angkat..... Cek portal cuti nama pensyarah yang cuti ... TAk pulak nama pensyarah ni naik....
Tu la kata dah nama pensyarah semua nak senang.... Susah sikit tak mau buat... mula kalut cari org buat.... Bukan tak nak tolong pun tapi kalau masa kita nak mintak tolong depa ada saja alasan.... BAyangkan buat surat pun suruh org buat... depa buat apa.... bukan susah nak buat surat ... mmg kerja kerani buat surat,... tapi I bukan kerani k..... dan I pun bukannya suka sangat nak taip2 surat ni....k...
Petang semalam ada pensyarah nak pinjam alat makmal.... I bagi borang suruh dia isi.... Nak tau apa dia buat... dia cuma sain ja kat tempat tanda tangan peminjam... yang selebihnya dia suruh pulak I yang isikan.... dah nak mampos sangat ka pensyarah ni.... eeeeeeeeeeeeeee benci tahap gaban dah ni....
Baik brenti ja jadi pensyarah.... bayangkan nak mengajaq student pun kadang2 suruh teknician yang breafing....haru ....celaru... Blagak lebih... kereta besaq... honda la.. BMW la.... Mers la...kereta kancil tak main la.... satu Lappy pun tak boleh beli ka..... Kadang2 depa marah internet slow.... KAlau dh slow naper tak pakai broad band sendiri....
Depa boleh tanya I brapa sebulan bayar pakai broad band... Then I tanya depa balik... tak pakai broad band ka... boleh dia cakap mahal la nak kena bayar bulan2.... semua nak free la tu yang betulnya....
Dalam dok tulis ni ... ada pensyarah semalam hantar lappy yang dipinjam... I suruh sain borang hantar alat... dia suruh I sainlan untuk dia..... kuang4....
Rabu, 29 Disember 2010
Jumaat, 24 Disember 2010
Model terlampau.
Sabtu 18/12/2010 ....
Tempat rumah Tok Didah at Kampung Oran Mata Ayer Perlis....
Sesaja snap2 gambar para askar berlari-lari diluar rumah.... kena pulak angin sejuk bertiup sepoi bahasa..... Indahnyaa..... musim apa ya.... hujan... panas.... malam sejuk menggigil.... berangin macam ditepi pantai...
Seronok merakam karenah anak2 diusia ini..... Sebagai penghibur dihari tua nanti jika dipanjangkan umur....
Cik Min... Cuteri... Cupian ... Cewad dan Syukri adik mama yang akan melangkah kealam remaja tahun hadapan..... Dia suka melayan telatah dan karenah askar2 bila kami balik rumah Tok Didah..... Bermain dan bergurau senda.... tak lupa juga membuli... biasa saja sifat anak2....
Berkelahi dan berbaik balik.... Rasanya anak2 lebih baik dari kita yang dewasa... anak2 bila bergaduh tiada kutuk mengutuk dibekang... Kalau tak berpuas hati terus saja kata didepan.... ejek-mengejek dan akhirnya berbaik semula.....
Kita yang dewasa macam mana... kalau tak puas hati dengan kawan rakan sahabat handai.... Kenapa perlu mengumpat mengata dibelakang.... Bukan kan indah jikalau berterus terang secara berhadapan dan memaafkan segala kekilafan....
Kita semua manusia tak terlepas dari kesilapan..... Maaf itu penawarnya.... Berbudi bicara jika tidak berpuas hati bukan menyerang dan menengking sesama islam..... Kita melayu ada adap dan kesopan.... hilang adap hilang maruah melayu..... Kita org melayu org islam....
Bukan org ME-LAYU.....
Luahan rasa diakhir 2010.... Peristiwa yang sudah lepas jangan diingatkan lagi... walaupun sakit perit dihati masih terasa hingga kini..... Karenah sesama manusia tidak kemana..... Mana tahu suatu masa nanti kita perlukan pertolongan org yang disakiti hati....
Isnin, 20 Disember 2010
Cerca merba...
Minggu lepas kami berdua cuti seminggu kecuali mama Jumaat kerja..... Hari Sabtu lepas Tok dan Tok Wan (mak dan ayah abah) ke Cameron Highland.... dengan big bro (abag abah) sefamili....
Sampai hari ni masih belum balik..... So pagi ni kami kerja... kalut la askar2 tak tau nak letak mana... nak tinggal dengan sapa.... Nak harap Cik Min jaga adik2.... jenuh dia nak jaga 3 orng adik yang lasak2.... Bukan tak harap dengan dia... cuma takut kalau Cik Min geram habis adik2 dia trabuh.....
Last kami call angah (adik mama) mintak dia tengok askar2 untuk hari ni..... mujur dia nak... kalau tak kena cuti la kami salah sorang.... Tapi di hati ni bimbang jugak dengan askar2.....
Semalam Cewad jatuh katil.... bibir mulut kena gunting.. luka darah membuak... nasib baik tak dalam lukanya,..... luka dalam dan luar mulut.... Cewad ni suka sangat main gunting mama... gunting kain pulak tu.... tajam tu..... Yang ni la yang paling mama bimbang sebab Cewad dah semakin lasak sekarang...
Suka memanjat meja ... melompat atas katil.... Cuteri pulak suka memanjat pokok..... Dua beradik ni yang paling mama bimbang.... kalau cik Min dengan Cupian tak la lasak sangat.... Tak pernah luka terjatuh kecuali lebam sebab terhantuk kepala ke tiang atau pintu...
Sekian bebelan mama perihal anak2....
Khamis, 16 Disember 2010
Pening dengan KWSP
Pagi ni abah jadi gelong sebentar...... Jejak kaki dalam Kwsp office ingat dah settle semua... ada lagi surat yang tak settle....
Kenapa susah sangat nak keluarkan duit simpanan sendiri... KWSP pinjam tu duit kita.... nak bagi balik cukup susah... mintak surat pengesahan itu dan ini....
Balik UiTM cari surat yang diperlukan... call admin... Admin pulak buat taik.... keluar makan/minum seja lebih.... kami dok nganga tunggu macam tunggul batu....eeeeeeeeee benci berurusan dengan admin....
CAll admin berkali-kali selang setengah jam.... tak jugak balik lagi... kalau kami bahagian lain keluar rehat sejam pun dikatakan mengular......Kena pulak kerani2 bahagian admin belagak nak mampos.....
Benda ada cakap tak dak.... NAk mintak semak fail peribadi sendiri pun susah...
Haduiiiiiiiiiiiiiiii ...
Rabu, 16 Jun 2010
myMetro | Penipu berlagak alim
myMetro | Penipu berlagak alim
Teringat seorang pensyarah di tempat mama..... Bertudung labuh tetapi banyak benda yang tak elok dia buat... Contohnya mencuri salah satu.,... dan kalau dia meminjam benda dibuat harta... Bila diminta balik dia kata dah bagi....
Satu lagi mama teringat seorang kakak masa mama di POLITEKNIK dulu... Bertudung labuh macam telekung lagaknya... baik tapi hakikatnya..... entah la... mama dengar dia lari ikut jantan....
Yang satu lagi sama juga .. nak kata kawan tak juga sebab dia suka cari gaduh dengan orang.... Bertudung labuh... depan lecturer bukan main baik... hakikatnya entah la.... Mama ingat lagi masa tu hamba Allah ni dihantar oleh lelaki masuk sampai asrama... bila ditanya dia cakap abangnya.... Tapi hakikatnya itu kekasihnya... Mama kenal dengan Lelaki itu....
Mama cukup phobia bila nak berkawan dengan perempuan yang bertudung labuh ni.... Banyakk dah mama terkena.... Tudung hanya sandaran.... Mama tahu tak semua wanita bertudung labuh itu jahat..... Tapi itu lah kata orang... kerana nila setitik rosak susu sebelanga.....
Maaf ya kalau ada yang bertudung labuh baca N3 mama ni.... Bukan maksud mama nak mengutuk kalian... Tapi entah la.... mmg mama serik berkawan dgn org bertudung labuh.... Tapi tak semua.... mama selalu berhati2 dengan wanita2 ini...
Mama tak kata mama ni baik... Jahatnya mama hanya abah yang tahu.... wallahua'lam...
Isnin, 14 Jun 2010
Terima Kasih Folower semua....

Dah 300 folower..... asalnya kami buat blog sekadar suka2.. Atas sindiran sahabat baik.... dah pertanyaan beberapa sahabat yang ada blog...
Hang tak dak blog ka... awat tak buat..
Dia baca blog orang saja ...
Itu antara sindiran dan pertanyaan sahabat mama.... Then mama bagi tau abah nak buat blog.... Mula-mula abah tak berapa nak galakkan... Then satu malam tu mama tengah tidur seingat mama... Tahun lepas la bulan ni.... Abah create blog then dia tanya mama nak buat blog tak... PAda hal abah dah create dah...
Bukan main suka lagi mama masa tu.... Ingat lagi mama N3 mula2 dulu....perihal keluarga saja... hahahah N3 baru nak belajar la katakan....
Dari blog ni mama kenal banyak org...ramai rakan dan ramai juga para sahabat lama yang mama jumpa... semuanya kerana Nuffnang la... Thanks nuffnang....
Tapi mula2 dulu ada juga insan yang mengkritik blog alimaz kembara terasing ni.... siap kata dengan kami... Tak dak kerja ka...sebab N3 Banyak dalam 5 N3 satu hari... Hamba Allah ni siap kutuk lagi.... Tak dak kerja ka.. Kerja posting N3 saja....
Sakitnya hati.... TAk tau ka dia yang N3 boleh dibuat auto posting.. Dia siap kata lagi... Pandai ya Computer kamu bloh posting sendiri.....
Maaf la kalau dia ada baca N3 ni... saya berblog bukan nak cari gaduh dengan sesiapa.... kami ada cara tersendiri macam mana nak posting... LAgi pun blog ni Abah dan mama boleh buat N3 bila2 masa... bila terluang... Kerja2 la.... tak kan kerja tanpa henti...tak kan tak boleh nak berhenti menjenguk blog atau baca paper online....
DAlam dua hari lagi genap blog kami setahun... mungkin blog ni akan berubah wajah sikit...insyaallah.... Ikut pandangan abah la....
Khamis, 20 Mei 2010
Tolong jawab sat...
Salam....
Nak tanya..... Apa anda rasa bila orang bercakap dgn anda tanpa eye contect.... Tanpa senyum dibibir.... Hanya muka yang bersahaja...