Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Jumaat, 15 April 2011
kematian adik saiful, apa ceritanya?
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
selanjutnya disini
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Aku tak nak cakap apa2.... sebabnya aku tak nampak dengan mata kepala sendiri... cakap2 org boleh diputar belitkan.... Hanya allah yang maha mengetahui...... Dia saja yang layak menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah.... KAlau ustaz ni salah.... urusan dia dengan Allah.... KAlau ustaz ni tak salah kita yang menuduh dan memfitnah dia akan mendapat dosa.....
Sebabnya manusia ni ada bermacam-macam karenah dan rupa..... Ada yang baik rupa tapi hati dalam busuk bernanah.... Ada yang selekeh tapi hati dalam berbau syurga......
Haaaa macam-mana kawan2.... ada yag nak kata apa2.... dok dengaq cerita org saja entah betoi entahkan tidak..... wallahua'lam....
Selasa, 22 Mac 2011
Tasoh Lake Resort, Perlis...lokasi penggambaran Kisah Hati.
Seriously..... kami masih belum pernah jejak kaki ke Tasoh Lake Resort lagi...huhuhu
Remy titis air mata kerana Alyah
HANYA ILUSI...Remy muncul sebagai roh yang mendampingi kekasihnya lakonan Alyah.
MEREKA berdua mungkin pertama kali dipertemukan namun perasaan cinta yang terbit daripada gerak tubuh mereka mampu dirasai oleh kita yang memandang.
Dengan erti lain, keserasian antara si jejaka yang datang dari dunia lakonan dan si perawan dari pentas nyanyian, begitu terserlah dalam menghidupkan sebuah lagu yang sangat indah.
Malah kalau diterjemahkan lagu bernama Kisah Hati itu ke sebuah filem atau drama, pasti ia meruntun perasaan sebagai mana kita terpana dengan keasyikan filem Legenda Budak Setan, Sepi dan Cinta.
Begitulah gambaran diberikan terhadap Kisah Hati - single terbaru Alyah yang buat pertama kalinya menampilkan aktor pujaan satu Malaya, Remy Ishak.Siapa sangka dalam kesibukan Remy berlakon di sana-sini, dia disunting oleh pengarah muzik video itu, Ghaz Abu Bakar untuk memberi lebih roh kepada lagu ciptaan 6ixth Sense itu.“Saya sangat tersentuh hati dengan melodi dan lirik lagu ini. Bagi saya lagu ini seindah sebuah filem dan drama kerana menggambarkan dua jiwa yang bercinta tapi tak dapat bertemu di dunia ini.
“Lalu kami sebagai pasangan kekasih sekadar muncul dalam imaginasi gadis itu apabila dia merintih dan terkenangkan kekasihnya,” katanya.
Kata Remy, selepas mendapat CD Kisah Hati daripada Ghaz, dia tidak lagi berfikir dua kali kerana kebetulan meminati Alyah.
“Saya selalu dengar lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Bagi saya vokal Alyah sangat hebat dan dia ada ‘feel’ yang tersendiri apabila menyanyi.
“Kebetulan ketika ditawarkan Ghaz dan Alyah, saya tengah lapang, jadi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru apatah lagi saya sukakan hasil kerja Ghaz yang sebelum ini. Wang bagi saya adalah soal kedua,” ujar Remy ketika ditemui di lokasi taman buluh madu, berhampiran Tasoh Lake Resort, Perlis, baru-baru ini.
Apa pula komen Remy terhadap sikap Alyah?
“Alyah sangat hormatkan orang lain - tidak diva, tidak gedik. Dia boleh dijadikan kawan dan kadang-kadang suka melawak. Itu yang saya suka dan kami macam dah kenal lama walaupun baru jumpa.”
Kata Remy, yang turut menyukai muzik video Kau Bisu dendangan Alyah, juga arahan Ghaz, dia sangat gementar apabila berada di lokasi Kisah Hati memandangkan dia perlu ‘memadu cinta’ dengan Alyah.
Namun katanya, dia terkejut dan kagum apabila Alyah memberikan reaksi bersahaja dan sangat profesional apabila babak mereka berpegangan tangan dan berpelukan yang dilakonkan awal pagi di tepian tasik.
Lebih menarik, Remy berkata, Alyah memang boleh menjadi seorang pelakon kerana dia memberikan aksi yang sangat bersahaja.
Malah pada babak akhir, Remy menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu itu dan penghayatan Alyah yang meraung-raung.
Bagi Alyah, kesudian Remy muncul dalam muzik videonya sangat disanjung tinggi kerana dia sendiri meminati pelakon filem Cun! dan Nur Kasih itu.
“Alyah terkejut apabila Ghaz cakap Remy akan berlakon dalam muzik video ini. Alyah tak percaya sehinggalah Remy benar-benar ada di set penggambaran.
Maklumlah, siapa Alyah ini kalau nak dibandingkan dengan Remy yang hebat dan popular itu. Tapi lepas kenal, kami dah boleh melawak dan bersembang,” kata Alyah yang mengeluarkan bajet sendiri, lebih RM20,000 bagi projek itu.
Demi mengindahkan Kisah Hati, Alyah mengenakan tiga pasang adi busana (haute couture) rekaan Rizman Ruzaini, Amir Luqman dan Yanna Husin. Solekan oleh Bosco Ryzarl juga sangat dramatik, relevan dengan imej flamboyan Alyah selama ini.
Perlis jadi lokasi Kisah Hati
HARUS dinyatakan kehebatan muzik video Kisah Hati terletak kepada beberapa elemen iaitu melodi lagu itu sendiri, seni kata dan nyanyian Alyah yang sangat menggetarkan.
Ditambah pula dengan garapan Ghaz sebagai pengarah sebelum ini pernah menghasilkan muzik video untuk Anuar Zain (Mungkin & Sesucinya Cintamu) dan Kaer (Izin Ku Pergi) yang dibantu kru produksi profesional, maka segala yang cantik berjaya dirakamkan selama dua hari.
Faktor lain yang penting sudah semestinya aura Remy serta landskap Perlis Indera Kayangan yang membentuk lukisan semula jadi yang sangat mempesonakan.
Jelas sekali pemandangan indah di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, sa�ngat membantu kepada penceritaan dan ‘mood’ muzik video ini.
Apa yang menarik, pembikinan muzik video Kisah Hati bermula pada bulan lepas apabila Alyah, Ghaz, jurumekap Bosco dan penulis sendiri pergi membuat tinjuan lokasi ke arah utara Semenanjung. Terbukti bahawa Alyah sendiri sanggup bersusah payah membuat pencarian lokasi bagi memastikan apa yang dimahukannya benar-benar tercapai.
Akhirnya, selepas kami singgah di Empangan Timah Tasoh dan Ladang Tebu di Chuping, maka masing-masing terus bersetuju bahawa itulah lokasi terbaik bagi menggambarkan gelora Kisah Hati.
Seterusnya, penulis meminta perkenan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan tanpa berfikir panjang lagi, Tuanku Raja Muda terus memberi sokongan dari sudut logistik kerana pada masa yang sama berhajat mempromosikan lagi Perlis Indera Kayangan sebagai destinasi pelancongan.
Seterusnya, penggambaran Kisah Hati berjaya dilangsung�kan dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac lalu dan semua petugas menginap di Tasoh Lake Resort yang sudi memberikan tajaan. Pihak Alyah juga mengundang beberapa wartawan hiburan ke Perlis dan Ghaz sendiri membawa lebih 12 kru produksi profesional dari Kuala Lumpur.
Kata Ghaz, muzik video Kisah Hati itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini dan akan diedarkan Alyah ke semua stesen TV tempatan dan negara jiran termasuk Singapura serta Brunei Darussalam.
Rabu, 23 Februari 2011
Acara tumbuk sambal belacan serentak berlangsung di Perlis Ahad ini.
Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Mohd Rizal Ismail berkata penyertaan masih dibuka kepada orang ramai yang berumur lebih 13 tahun untuk menyertai acara yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records itu.
Penyertaan dibuka sehingga 5.30 petang 24 Feb ini untuk memberi ruang lebih ramai peserta menyertai acara yang menarik itu.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis dengan menelefon Faizal Fuad 017-4152884 atau Lee-Yau a/p Chun di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Perlis melalui telefon 012-5683756.
Beliau berharap kakitangan jabatan dan agensi turut menyenaraikan kakitangan mereka sebagai peserta acara itu dan setiap peserta dikehendaki membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan sambal belacan akan dibekalkan oleh urusetia acara itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati persiapan sedang rancak dijalankan bagi menjayakan pesta selama dua hari anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.
Pesta itu akan dirasmikan bersama oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
-- BERNAMA
Jumaat, 28 Januari 2011
Air panas ragut nyawa bayi
KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 11 bulan dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, dekat sini yang melecur teruk daripada perut hingga lutut selepas terkena air panas tiga hari lalu, disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.
Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.
Selanjutnya diMetro hari ni...
-----------------------------------------------------------------------------------
Baca berita ni takut dengaq sebab Cik Min selalu buat air milo sendiri.... Lepas ni mama tak bagi dah dia buat air milo sendiri.... takut jadi macam adik ni kesian atas kecuaian org lain dia menjadi mangsa.....
Selasa, 18 Januari 2011
Bakar Hidup-Hidup..


Gambar dari metro....
myMetro | Cebisan kulit atas jalan
Pagi2 buka internet belek2 metro... Terkejut baca berita ni.... Kat KAngar tu.... macam2 hal.....kianat punya pasal....
Khamis, 6 Januari 2011
Mengantuk tersengguk-sengguk.
Kes nak ambik urgen ni yang tak suka.... TApi ingatkan kesian budak nak sekolah ambik juga... tapi janji dengan dia kalau tak sempat siap 3 pasang mama buatkan dua pasang ja.... Dia cakap ok ja... YAng satu lagi tu Isnin depan la bagi.....
Pagi ni mama ada kelas Ukur... nasib baik satu kelas saja... Tu pun minggu ni cuma breafing ja.... Tak pakai peralatan ukur lagi.....
Kecoh ular tedung melintas depan TV
Lepas ni sapa2 nak tengok ulaq ni boleh pi tengok kat TAman Ular Batu PAhat Perlis ya....
Isnin, 27 Disember 2010
Uwekkkkkkkkkkkkkkk......
Kicap pekat berperisa cicak
KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Selasa, 2 November 2010
Cerita-cerita banjir di Arau 2010
Hari ni mama masuk office sapa pun tak dak.... UiTM rasa sunyi hari ni..... MAunya tak kebanyakan pensyarah tinggal di Jitra..... Semalam jalan keJitra Changlon dah ditutup... makanya ramai lah pensyarah yang tidur dalam kereta....
Kesian pulak.... Pagi ni mama dengan abah ronda ikut pintu A UiTM...... Hala ke Gial dah tak boleh pi dah... air dah naik sekaki lebih.... Kami naik kancil ja kalau pi jugak tenggelam.... hehehhe....
Then kami hala ke arah jalan Arau- KAngar.. memang dah tak boleh pi dah... jalan tutup terus....Tanah perkuburan tenggelam air.....
Jalan dari UiTM ke Gial di tutup terus.... semalam boleh lalu lagi....
Ni gambar tengahari semalam dekat Gial ... masih boleh lalu lagi..... Masa ni nak pi ambik askar2 dari sekolah......
depan klinik Gial... Klinik dah mula naik air sebab klinik ni mmg dibina di tepi sungai..... Air sungai Gial dah paras jalan raya.....sebab klinik ni rendah dari jalan raya.... air dalam klinik dah paras lutut..... klinik tutup terus.... sebab nurse2 dia ligat dok tangkap ikan...kueng3....
Ni jalan dekat sekolah Kebangsaan Oran...... air dah mula naik.... maklum la longkang ada ciput ja....
KAmi balik ikut jalan Mata Ayer.... ni bengkel ABAU yang kena ribut hari Khamis hari tu.... Tu ada van securiforce yang diangkat dengan ribut hari tu.... Kesian tengok sudah jatuh ditimpa tangga..... Kedai tinggal rangka ... Banjir pulak melanda...... Dugaan untuk dia....
Ni dekat Arau dekat traffic Light jalan masuk ke Padang Nyu.... Taman ni dah masuk air....
Simpang ke UiTM dah tenggelam air....
Hadapan sekolah Dato' Sheikh Ahmad Arau..... dah naik air....
Jalan masuk asrama sekolah Dato' Sheikh Ahmad...... air dah paras lutut....
Ni gambar terbaru... pagi tadi punya... meronda dengan abah tengok banjir... tak boleh masuk terus ke Gial....
Giat sungguh budak2 main air banjir.... Mak Bapak pun join sekaki...
Taman Ria....
Jalan ke jalan besar Arau- Kodiang- Kangar.... langsung tak boleh lalu...
Pagi ni syukur teramat sebab hujan dah pun berhenti.... moga2 tengahari ni jalan dibuka semula.... Air melimpah turun sebab empangan terpaksa dibuka..... Kangar air Paras pinggang... Kesian member2 yang tinggal di Kangar langsung tak boleh datang kerja hari ni....
Air pulak tak dak..... elektrik nampaknya tak dak juga la sat lagi....
Sabtu, 30 Oktober 2010
Puting beliung landa kawasan Jejawi......
Salam.... mama mungkin terlambat tapi mama copy gambar ni dari blog ni..... Cerita pun dari blog ni.... Banyak lagi gambar..... tengok la kat blog ni... ada sekali video. Terima kasih tuan blog ni....
Walaupun cerita dah basi....layan je la...



Allah cuba memberi peringatan kepada kita..... Jadi sama2lah kita lebih dekat padaNYA....
Rabu, 22 September 2010
Sudah ajalnya....Mahu mandi sendiri

Adik MOHD HAMIZAN
Sumber: H Metro
KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam..
Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain.
Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam.
Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap.
Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan.
“Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian.
“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya.
Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya.
Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam.
“Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri.
Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa.
“Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya.
Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
*semalam pak cik din ada cerita hal nie kat abah...sebab masa budak nie dibawa ke klinik dia ada kat situ ....ada bertanya dengan cikgu kat situ tapi ...depa pun tak tau.. apa benda yang budak nie tertelan...hari nie baru tau...innalilllah...*
Khamis, 22 Julai 2010
Guru cabul murid Tahun Satu
Ketika ditemui di rumahnya di sini, murid berkenaan mendakwa guru berkenaan mencium pipi kirinya di belakang pintu dalam bengkel kemahiran hidup ketika waktu rehat pagi semalam.
“Dia menyuruh seorang murid memanggil saya untuk pergi berjumpanya di bengkel tersebut, setibanya saya di bengkel itu dia menyuruh saya pergi ke belakang pintu bengkel sebelum mencium saya,” katanya.
Menurutnya, selepas kejadian itu, guru berkenaan mengarahkannya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut.
Katanya, ketika kejadian tiada sesiapa berada di dalam bengkel ataupun kawasan berhampiran.
“Saya terperanjat dengan tindakan cikgu lalu lari menyembunyikan diri,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, ketika diarah berjumpa guru berkenaan, dia mengandaikan guru itu mahu bertanya mengenai peperiksaan namun sebaliknya yang berlaku.
Murid itu memberitahu, dia mengenali guru tersebut tetapi guru itu tidak mengajarnya dan hanya dilihat selalu bertugas menjaga peperiksaan di sekolah berkenaan.
Akibat kejadian tersebut, murid berkenaan yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba dan penyelamat di sini mendesak keluarganya agar menukarkannya ke sekolah lain.
Sementara itu, bapa murid berkenaan berusia 41 tahun yang berang dengan tindakan guru tersebut telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis pada pukul 8 malam semalam.
“Tindakan guru itu amat melampau, saya bimbang ada murid lain yang akan menjadi mangsa selepas anak saya,” katanya.
Menurutnya, kejadian tersebut diberitahu sendiri oleh anaknya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas habis waktu kerja pada pukul 7 malam semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan daripada bapa murid perempuan itu.
Menurut beliau, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan anggotanya diarahkan mengambil keterangan saksi dan suspek yang terlibat di sekolah itu.
Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my
Hai la macam2 hal..... takut la zaman sekarang... cikgu dah berumur pun teringin nak buat hal tak senonoh,.... teringat masa mama darjah satu dulu... masih segar diingatan.. Cikgu kemahiran hidup sekolah mama (SKOran) cikgu cina... suka mencabul murid.... cara dia suka duduk belakang murid perempuan dan menggesel anunya pada montot murid perempuan....
Kawan mama selalu kena... bukan dia saja murid yang lain juga kena...... bayangkan dalam murid2 berkumpul reramai buat kerja tangan kemahiran hidup... masa tu la dia buat benda tak senonoh tu..... Nasib baik kawan mama yang kena tu buat report dengan guru besar sekolah.... Last cikgu cina tu kena buang sekolah.... Padan muka....
Cukup phobia bila masuk kelas dia.....
Jumaat, 11 Jun 2010
Ajal kembar
KANGAR: Sepasang kembar perempuan menemui ajal bersama selepas terbabit satu kemalangan jalan raya di Kilometer 2.7, Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.
Pagi tadi mama tak sempat nak buka metro online... ada saja kerja nak buat...maklum la dah dekat nak mula semester dah ni....
Petang ni abah tanya mama ada baca metro tak... mama cakap tak sempat.... Abah la bagi tau pasai berita ni....
Kesian mama baca.... Dua sekali meninggal dilanggar kereta.... Abah cakap simpang tu memang bahaya.... Kereta tu dipandu laju.... tak berhenti di simpang...
Yang sorang mengandung...yang sorang lagi akan bertunang.... Kesian tengok mak dia (gambar).... Sedih tak terkata.... Kalau la kita bagaimana ya.... Al-fatihah untuk arwah berdua...
Isnin, 15 Mac 2010
16 program UniMAP tidak diiktiraf

KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan. - Gambar kosmo
Salam....selamat pagi....ishhh pagi je selamat...tengahari...petang nanti camna ya....anyway selamat sejahtera seumur hidup.....lagi baik bagi salam kan.....
N3 yang lepas cerita pasai Perlis (Panadol penyebab gadis maut?)... Ni lagi cerita hal Perlis.... Amik kat Kosmo.....
Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Ish... macam mana cerita nih....buat universiti besaq-besaq... Tapi kursus yang di tawarkan tak diiktiraf plak dah..... Betoi ka berita nih..... Rugi la anak-anak melayu yang beria-ia nak belajar... tiba-tiba bila dah keluar atau bila dah habis belajaq... Sijil/Diploma/ Ijazah plak tak diiktiraf....
Kesian mak pak yang habis duit untuk anak-anak belajar di UNIMAP ni... Tu tak kira lagi yang mai (datang) belajaq dari jauh.... Tak ka buang duit dan masa...
Penat-penat belajaq.....bila kluaq habuk pun tak dak.... Dah la tak mau komen panjang-panjang...kerajaan Perlis mau pikiaq sendiri....
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Ehem...kawan-kawan yang kerja kat UNIMAp ada nak kata apa-apa...kot kami kata tak betoi... Tolong sat....Maaf no...*
Khamis, 11 Mac 2010
Panadol penyebab gadis maut?
Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.
Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.
Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.
kosmo
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Hairan la....Pasai pa bapak dia larang bedah siasat...tak kan arwah tertelan kot.... cofius la brita ni...Tak kan bunuh diri... Tak mungkin... Agak-agak pasai pa ya...
Khamis, 14 Januari 2010
Buang ayah tepi jalan

BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.
Gambar Utusan...Berita Juga Dari Utusan
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.
Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
*Manusia akhir zaman....anak2 kita nanti tak tau la gena.....apa pandangan anda tentang cerita diatas....sanggupkah anda berbuat begitu pada orang tua anda...apa pendapat anda*
Rabu, 11 November 2009
C'mart di Arau
Masa:Tengahari....
Tempat:Pekan Arau-simpang ke Pauh
Perkara:hari tu masa nak pi pauh lepas isi minyak kat Arau...tengok kat simpang pekan arau -pauh ada 'signboard' besag kat tepi jalan...umm depa nak buka Pasaraya C mart kat arau...

Kalau buka yang nie ada dua tempat la ...satu kat changloon..

projek 'cina' Chin Hin Motor la nie...
Sabtu, 31 Oktober 2009
Karnival Broadband dan ICT-Dewan 2020
Masa:Pagi....
Tempat:Dewan 2020,Kangar...
Perkara:Hari ni berlangsung Karnival Broadband dan ICT peringkat negeri Perlis.Bermula 31 hingga 01/11/2009..banyak promosi broadband dan gadjet...

Acara mewarna untuk kanak-kanak...tapi hari nie askar-askar tak mai serbu....

emm...menarik jugak cooler ni...kipas besaq tapi daripada plastik...kalau abah nak cari dari jenis aluminium...baru sejuk...

mama dengan USb hub jenis tikus..ke katak nie..

Abah tengah pilih sticker Laptop..banyak tak tau nak ambik yang mana...

Antara laptop dan nettop yang ada...

emmm...GPs navigator pun ada....tapi mahai loo...pakai handset saja la....

mama berkenan dengan Nettop warna putih nie..dari jenis Lenovo...tapi...lain tahun la..

emm...dari pintu masuk lagi geng TM net dok tawan ..promosi streamyx combo...

abah beli..USb hub 7 port..nie...yang lama dah 'padam'...

sticker baru...Lap top mama...abah yang pilih...yang lain macam budak-budak..
Ahad, 11 Oktober 2009
Petronas cup prix 2009-Stadium Utama Kangar
Masa:Pagi....
Tempat:Stadium Utama Kangar
Perkara:Seperti yang telah dirancang...hari nie nak pi kangar tengok..Cup Prix Petronas 2009...abah nak pi ngan che min saja...tapi oleh kerana banyak yang nak mengekoq...jadi pukoi 10 Pg lagi masih dok tak boleh nak pi lagi...

Cuaca pagi nie tengok mendung saja...emmm memang hujan bila kami sampai kat stadium Utama nie..

Acara lain yee...cewad dok sarapan pagi...siap makan buah jambu lagi...

Askar-askar nak mai sangat bukan nak apa pun ...boleh makan....kua..kua mama kena pau ngan askar-askar..muahahaha..muaahha...

Antara jentera yang menyertai cup prix...yang sempat abah 'snap' ...

lagi jentera perlumbaan...emmm...nak berjalan pun susah...lecah(becak) lagi satu pagar stadium...depa tutup semua...nak kena pusing jauh...




Antara gambaq che min dengan jentera perlumbaaan ditapak Promosi ...


Gambaq 'race' kelas 'expert' yang sempat abah 'snap' tu pun terpaksa meragas(panjat)pagar untuk dapatkan....pasni sapa-sapa tengok kat TV3...nampak la muka abah...hoho..