TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

Rabu, 24 Februari 2010

Hilang Kemesraan Suami Isteri


Dilema yang sering melanda pasangan , terutama yang telah mempunyai anak.... Alasan yang diberikan ... kini mereka hidup dialam nyata....bukan lagi zaman bercinta yang banyak khayal dari nyata....

Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana cara nak besarkan anak2... mencari duit untuk mengukuhkan kedudukan rumahtangga...

Sebenarnya apa yang dibuat dan difikir tu baik... amanah Allah kena jaga... Tapi yang tak betulnya kenapa mesti hilang kemesraan suami isteri hanya kerana ingin menjaga amanah Allah...

Bukankan berkasih sayang atau lebih tepat lagi bercinta walaupun anak ramai itu lebih baik...Dapat pahala lagi.... Itu semuakan Sunnah Rasul junjungan kita...

--------------------------------------------------------------------------------------
*Apa pendapat kalian.....*

Isnin, 8 Februari 2010



Belum lama bekerja, tiba-tiba motivasi diri runtuh. Hilang keseronokan untuk bekerja, apa lagi hendak bekerja dengan rajin. Sungguh tidak diduga begini rupa-rupanya alam pekerjaan.

Sana-sini orang hanya lebih berbual, kerja sambil lewa. kerja yang sepatutnya boleh siap beberapa jam jadi sampai tiga empat hari.

Mula-mula bingung tetapi akhirnya terikut-ikut sama. setiap kali cepat siapkan kerja, akan menjadi bahan ejekan dan sindiran.

Kata mereka, "kami disini buat kerja ni seminggu, jangan pandai-pandai buat sehari." Cuba anda bayangkan alangkah teruknya situasi ini.

Apa yang patut dilakukan?.

Sabtu, 6 Februari 2010

Toyol....dan tiru



Salam.... harap anda jangan terpengaruh dengan tajuk kat atas tu....saya cuma nak ceritakan pasai toyol dalam exam....

Saya percaya sesetengah daripada kita pernah bawak toyol masa exam kan.... Ishhh tak baik tu....

Siapa pernah kena tangkap masa membelek-belek toyol..... Kalau pernah, rasa malu tak..... Mesti malukan.... Tapi bagi yang tak tertangkap tu bernasib baiklah....

Orang yang bawak toyol kalau lulus exam dengan cemerlang pun bagi saya tak guna sebab org itu bukan pandai pun.... Bagi saya dia lah sebodoh-bodoh manusia yang ada...

Kalau dia dapat kerja pun bukanlah kerana dia bijak..... Tapi mungkin kerana nasib atau pun kerana dia ada CABLE baikkkkk punya tolong rekomen kerja untuk dia.....

Rasa-rasanya adil tak macam tu..... Orang lain yang bertungkus lumus belajar untuk cemerlang dalam exem... menjadi penganggur setia....

Tak adilkan macam tu... Bagi anda adakah halal rezeki yang mereka dapat?????.

-------------------------------------------------------------------------------------
*Renung-renungkan....*

Khamis, 4 Februari 2010

Malu la kalau makan habis.....


Semalam abah ada cerita kat mama.....Masa tu ada tazkirah kat ofis abah..

Crita dia cenggini...

Ustaz yang bg tazkirah tu crita kat warga ofis abah pasai sesetengah org kaya2 atau org2 muda2 la.... bila time nak ambik makanan penuh pinggan... tapi bila makan tak habis... mesti tinggai punya la.... ustaz tu crita masa dia singgah dekat R&R highway la... ada sepasang muda-mudi..(tak tau la suami isteri ka dak) makan kat sebelah dia.... Ambik penuh pinggan.... makan setengah tinggai gitu saja... then ustaz tu tanya la awat yang makan tak habih... Nak tau depa jawab apa....

" Ishhhh malu la makan perabih... nanti org kata kebuloq..." Ada ka patut macam tu...

Apa crita nih.... tak ka membazir...

Anda pernah nampak situasi macam ni kan../.

-------------------------------------------------------------------------------------------
*Kesian org2 miskin yang tak dapat makan.....*

Suami dayus .....salah siapa....


Suami dayus...adakah kerana terlalu sayangkan isteri.... ikut segala cakap isteri.

Atau.... salah si suami yang takut isteri lari kalau ditegur..... tegur ya atau kata lain nasihat... bukan memukul... kerana memukul isteri itu juga dayus bagi suami.

Biar isteri pakai kebaya nyonya ketat + jarang juga dayus...
Biar anak pakai baju batik kain belah2 juga dayus..

Menyusahkan isterinya dgn memaksa isteri melakukan sesuatu di luar kemampuannya....juga dianggap dayus.

Isteri berpakaian jarang ditempat kerja.... pada hal suami tahu tapi tak larang... itu dayus jugak kan....

kalau bini jaga kehormatan diri dan suami...tentu suami tak jadi dayus..

------------------------------------------------------------------------------------
*Bagi isteri yang berdua-duaan dgn lelaki lain di tempat kerja....bagaimana ya adakah itu salah suami yang dayus...atau salah isteri yang tak pandai jaga maruah suami...* Any idea?????*

Jumaat, 29 Januari 2010

Duit Suami Atau Duit Isteri


Betulkah zaman sekarang ni untung berkahwin dengan wanita yang ada kerjaya?????Kebanyakan kaum lelaki zaman ini mahu mencari bakal atau calon isteri yang bekerjaya....Jadi dengan sendirinya, beban kewangan tidak terletak sepenuhnya pada suami..... Bolehkah begitu..

Hakikatnya sekarang ni cukup susah hendak cari wanita yang tidak bekerja....Kalau wanita itu belum mempunyai kerjaya sekali pun.... mereka tetap bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan sendiri....

Pengurusan kewangan kini lebih banyak dikuasai oleh kaum hawa... sehingga duit isteri lebih banyak dihabiskan berbanding duit suami... Betulkah begitu????

Ada tak kaum ADAM yang tak setuju.....


Kadang-kadang yang menjadi isu dalam sesebuah rumahtangga ialah isu kewangan.....siisteri selalu berkata....duit saya, duit saya...duit awak, duit saya....Patutkah begitu rupa......

APA PENDAPAT SAHABAT SEMUA......


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Apa yang penting Kerjaaaasamaaaaa....*

Link Within

Related Posts with Thumbnails