TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 20 Oktober 2011

Drama 'Nilapura' Ganti 'Supermak'

Drama bersiri Nilapura bakal menggantikan drama Supermak bagi mengisi slot aksi di TV3 bermula 31 Oktober ini. Ia menemui penonton setiap Isnin pukul 9 malam. Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Drama terbitan KL Motion Picture berlatarbelakangkan lokasi penggambaran di Kellie Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah. Antara pelakon-pelakon handalan tanah air yang membintanginya ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz. Cerita epik percintaan ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya. Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan. Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- * Emmmmmm bila masa nak layan crita melayu ni....*

4 ulasan:

fikaryna berkata...

hahaha..betul la tuh..super mak pun x terkejar..:)

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm nampaknya... makin tak sempat nak tgk la citer ni

Nizam berkata...

Kala dah tengok ralit la jadinye...

Nizam berkata...

Minat betol orang sekarang buat cerite bersiri

Link Within

Related Posts with Thumbnails