ikuti penerangannya.....Sumber disini..
Kami memohon taufiq dari Empunya taufiq didalam sepanjang penulisan ini. Aku lihat beberapa rakan di Facebook mula menyebarkan video lama tentang bagaimana malaikat (kononnya) turun ke Kaabah. Maka aku rasa perlu untuk aku keluarkan entri ini.
Apa Itu Malaikat?
Malaikat adalah makhluk yang diciptakan daripada cahaya dan terdapat 10 malaikat yang wajib dipercayai seperti mana yang tertulis didalam Aqidatul Awwam sebagai melengkapi salah satu rukun didalam Rukun Iman.
Malaikat turun ke bumi?
Tidak dinafikan bahawa ada beberapa perkara yang akan menyebabkan malaikat diperintahkan untuk turun kebumi. Antaranya adalah majlis ilmu dan majlis zikir.
Apakah benar video tersebut?
Batil. Bahasa mudahnya tipu, dusta dan bohong. Itu pendapat aku yang tetap. Aku keluarkan dua hujah utama aku terhadap penolakkan aku kepada video tersebut.
Pembalikkan Cahaya Di Kamera Video
Kawasan disekitar Mekah terutamanya malam sememangnya cerah dengan lampu sorot yang dipasang. Dan memang perkara biasa jika anda menggunakan kamera video yang tidak bagus kualitinya lensanya, dengan tiada sebarang lapisan penghalang pembelauan cahaya untuk mendapat ‘efek malaikat‘ itu. Tambahan lagi jika diletakkan kamera dari kawasan gelap kepada terang dan kemudiannya gelap kembali. Mudah amat!
Jika anda lihat betul-betul kamera dapat mengikut ‘cahaya malaikat’ itu dengan baik. Hebat juru kameranya. Nak lebih hebat? Ada dua kali dikawasan yang berlainan diambil video ‘cahaya malaikat’ tersebut. Semakin aku belek video ini semakin janggal aku rasa. Kenapa pada awal video ‘nur malaikat’ tersebut kecil tetapi pada saat ke 21 tiba-tiba menjadi besar (gambar dibawah).
Nampak lampu sorot disebelah kiri? Itu yang menyebabkan ‘nur malaikat’ tersebut menjadi besar tiba-tiba. Sekaligus membuktikan bahawa cahaya malaikat itu adalah batil. Mungkin ada yang mengatakan bahawa video itu dirakam secara tidak sengaja oleh dua orang yang berlainan yang saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain.
Tetapi yang aku nampak dua video itu datang daripada kamera video yang sama. Jenis yang sama dan sudah tentu orang/kumpulan yang sama.
Gambar Malaikat Di Atas Kaabah
Tiba-tiba ada gambar malaikat diatas Kaabah. Bukan video ya. Gambar.
Terang terangan itu memang batil. Kontras yang berlainan, dan didalam video itu tidak sekalipun dapat dilihat dengan jelas ada ‘malaikat’ yang datang ke Kaabah. Bukan itu sahaja. Kaabah yang didalam video dan didalam gambar juga berlainan keadaannya. Kaabah didalam gambar mempunyai jalur putih tetapi tidak didalam video. Bandingkan sendiri. Maka objek diatas itu bukan ‘malaikat’ atau lebih mungkin ditambah dalam proses pengeditan menggunakan GIMP atau Photoshop.
Apa guna gambar tersebut dimasukkan sekali? Untuk menambah perencah bagi menipu orang yang sememangnya telah tertipu.
Kesimpulan
Bukan aku menyangkal kebenaran malaikat turun ke bumi tetapi Allah tidak semudah-mudahnya membenarkan manusia untuk merakamnya apatah lagi di khalayak umum. Itu semua membawa fitnah. Fitnah membawa pepecahan. Lebih lagi kepada umat-umat lemah yang mudah percaya kepada perkara ajaib lagi pelik ini. Macam KITA.
Dengan dua hujah ini aku menyangkal kebenaran video malaikat turun ke Kaabah itu.
Tugasan Untuk Korang
Aku rasa kalau kamu semua mahu buat video malaikat turun di bazar ramadhan agak sukar kerana di siang hari sukar sendikit untuk lihat pantulan cahaya tesebut. Apa kata malam ini anda cuba untuk buat di masjid tempat anda Tarawikh? Pasti menarik.
Ya Allah, tetapkanlah hati hati kami dan janganlah engkau biarkan kami digula-gulakan dengan mudah.
13 ulasan:
Ni angkara perbuatan manusia yang tidak berjenis ni..
dan matikan lah kami didalam iman..
:)
Salam Alimaz,
Selamat menyambut Ramadhan. Semoga segala ibadah kita diterimaNya.
wah! pelik jgk... hmm... x thu sama ada btol ke x? tkut dorg edit sbb skrg mcm2 org boleh buat...
Salam...
Pernah juga tengok video ni, dapat ker kita melihat malaikat namun perkara ni tidak mustahil bagi Allah...Wallahu'alam
nauzubillah..
moga hati2 kita dipelihara daripada sebarang perkara yg memesongkan..
Akupun rasa gambar dengan video tu tipu... Terer sangat la boleh tangkap gambar malaikat. Ntah2 esok2 gambo Allah pun boleh ditangkap! Merepek je..
salam,
hehheeh... pernah baca dan tengok gambar dan vc ni. saya selalu ambik pendekatan sederhana, tengok dan baca sahaja. dan tak cepat percaya cuma kalau benar, itu Allah swt punya kuasa.
malaikat mau ke turun dipasar2 ramadhan? kalau penuh dgn maksiat?
wallahualam...
Subhanallah......
Dengan izinnya dapat plak orang tengokkan ...
salam ramadhan, alimaz,
apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
Pasal video tu, akak tak reti komen. Actually, susah nak nampak kat kamera, atau video kan? Rasulullah pun nampak malaikat jibril dlm bentuk manusia. Apatah lagi kita, manusia kerdil, belum tinggi tahap utk nampak malaikat. :)
terima kasih atas backlink :)
aku tak de permasalahan dengan siapa yang mempunyai pendapat yang berlainan dengan aku. kerana aku yakin mereka juga ada sandaran yang kuat disisi mereka.
dan aku tulis apa yang aku paham, dan tahu.
rgds,
syafiq.net
Salam Alimaz,
Tidak pasti sama ada betul atau tidak tentang perkara ini, namun jika Allah nak perlihatkan perkara-perkara ghaib kepada kita, Allah tetap akan dapat memperlihatkannya, sebab Allah bersedia memperlihatkannya dan tidak mustahil baginya kerana DIA berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, cuma satu sahaja yang bila Allah bersedia nak tunjukkan kepada kita kita tak dapat nak melihatnya iaitu Allah sendiri. Buktinya Allah telah bertajalli kepada gunung/bukit semasa Nabi Musa memohon untuk melihatNya tetapi selepas Allah bersedia,gunung/bukit itu hancur.
Percayalah rakan-rakan yang Kiamat tu sudah dekat seperti apa yg Rasulullah sampaikan kepada kita..Persiapkanlah diri kita rakan-rakanku..Semoga Allah bersama dengan kita..
Catat Ulasan