TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 6 Julai 2009

Program Rumah Mesra Rakyat


RUMAH MESRA RAKYAT

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah

KELAYAKAN PEMOHON
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

REKABENTUK

Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadrul - Hassan.

KAEDAH PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN

Harga pembiayaan akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul - Hassan .

Bandar / Luar Bandar- RM70,000

Subsidi (1/3)-RM23,333

Jumlah Pinjaman (2/3)-RM46,667

Kadar Bayaran Bulanan-RM150

Tempoh Bayaran (Tahun)-26

(Mengikut Kadar Semasa)

Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2052 3838 samb. 3823 atau layari laman sensawang spnb di:http://www.spnb.com.my/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Untuk kawan-kawan yang ada tanah sendiri/pusaka

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails