Isnin, 2009 November 30

Kad untuk sahabat blogger semua (sticky mode)

Photobucket

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA....DARI KAMI SEKELUARGA..
(Entry baru kat bawah)

Sabtu, 2009 November 28

Jawatan Kosong


Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Maklumat lanjut & Borang Permohonan
www.umt.edu.my

Jawatan:

-Pegawai Kewangan W41

-Pegawai Laut A41

-Pustakawan S41

-Penolong Pegawai Senibina J29

-Penolong Pegawai Pertanian G27

-Juruteknik J17 (Ukurbahan)

-Pembantu Tadbir N17 (Kesetiausahaan)

-Pembantu Tadbir N17 (Kewangan)

-Pembantu Laut A17

-Jurteknik Komputer FT17

Tarikh Tutup:

30 November 2009
-----------------------------------------------------------------------------------------

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Terengganu Darul Iman

Maklumat lanjut/Borang Permohonan
www.spn.terengganu.gov.my

Jawatan:

-Pegawai Syariah LS41

-Pembantu Hal Ehwal Islam S17
(Pegawai Penguatkuasa Syariah)

-Pembantu Hal Ehwal Islam S17

-Pembantu Tadbir N17 (Kesetiausahaan)


Tarikh Tutup:
30 November 2009

Koleksi Lawak..



Seorang bapa bertanyakan anaknya pasal pemergiannya ke solat jumaat.
Bapa: Man kau pergi solat jumaat x? (Pantang kalau dapat tahu anaknya x pergi solat Jumaat)

Anak: Pergi bah.. (Jawabnya selamba)

Bapa: Jangan tipu abah walaupun abah solat kat masjid tempat kerja dan kau pulak solat dekat ngan kawasan rumah kita ni.

Anak: Eh mana ada tak tipu la (Tersengih-sengih)

Bapa: Apa isi khutbah hari ini?

Anak: Erm.. Pasal "Jangan buat maksiat dan dosanya dan cara menghindarinya"

Bapa: Wah panjangnya tajuk mesti best khutbah kat sini pasal menghindar diri daripada zina, bagusnya kamu pun jangan terjebak dengan kawan-kawan yang melepak itu belajar lagi bagus, faham?

Anak: Faham bah

Ayahnya berehat di ruang tamu dan anaknya sedang melepak di dalam bilik, dalam kebosanan itu ayahnya sudah lama tidak berbual dengan Imam masjid di kawasan rumah mereka (Iman Haji Mahyuddin). Dia mengambil telefon bimbitnya menelefon Iman untuk bertanya khabar.

Bapa: Assalamulaikum Tuan Haji

Imam: Waalaikummussalam Siapa tu?

Bapa: Ni saya Shahrudin

Imam: Oh kamu Din, ada apa kamu telefon ni?

Bapa: Nak tanya khabar Tuan Haji

Imam: Oh saya sihat Alhamdulillah, kamu Din?

Bapa: Saya pon sihat Alhamdulillah, saya dengar tajuk khutbah minggu ni pasal gejala
maksiat betul x?

Imam: Maksiat? Tidak tajuk minggu ni "Perjuangan Umat Islam"

Bapa: Apa betul ke Tuan Haji??

Imam: Ya..

Bapa: Saya ada hal Tuan Haji nanti saya telefon lagi Assalamualaikum

Imam: Waalaikumsalam

Bapa: GRRRRRRRRR........... MANNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
*kan dah kantoi......*

UiTM bawa pulang lima emas dari Belgium



SHAH ALAM - Kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya merangkul lima pingat emas ketika menyertai Pertandingan Inovasi, Kajian dan Teknologi Baru peringkat Dunia ke-58 Brussels-Eureka 2009 di Belgium bermula 19 hingga 21 November lalu.

PASUKAN penyelidik UiTM menunjukkan piala dan pingat emas yang dimenangi pada Pertandingan Inovasi, Kajian dan Teknologi Baru Dunia di Belgium baru-baru ini.

Hasil kajian yang berjaya meraih pingat emas ialah Hydroxyleum Technology iaitu sistem untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak petrol dan Shear Thickening Fluid iaitu ciptaan baju kalis peluru lebih ringan.

Tiga lagi produk penyelidikan hadiah emas ialah Multi-Parametric Pectin Lyase-Like Protein Function Classifier bagi meningkatkan jangka hayat hasil pertanian yang dituai, Pinyin Approach untuk belajar bahasa Mandarin dengan mudah dan MathZzle Board Game bagi meningkatkan penguasaan ilmu matematik.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dan jangan lupa pada semua warga UiTM..Kampus Perlis telah dipilih untuk mengadakan Konvensyen KIK peringkat UiTM yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 Disember Ini.jadi pada blogger UiTM yang ingin mengenali aLiMaZ boleh kita berjumpa disini...maklumkan pada kami kedatangan anda...

Kek cupian dan Abah...

Tarikh:26/11/2009
Masa:Petang
Tempat:UiTM .
Perkara:Hari nie mama pi ambik kek yang ditempah kat Kak NiNa...kek coklat..sebab askar-askar tak makan kek jenis lain...kek nie untuk besday Cupian dan aBAH...buat sekali la....save kos..huhhhuh nak raya pulak...


Mama cupian yang teruja...huhu..


Abah dan cupian...lepas nie bulan satu tahun depan lagi ramai besday...che min cuteri...cewad....huhuh...tolong...


emmm...sedapnye....


Cupian tengah layan kek...

Khamis, 2009 November 26

Selamat Ulang Tahun Sayang



Hari ni besday abah.....sooooo...hepi besday 2 u....hehehe tak tau nak kata pa...mama doakan semoga abah dipanjangkan dan diberkati umur...dimurahkan dan diberkati rezeki....semoga sepanjang hidup abah berbahagia hendaknya....And the last word that i want to say is....I LOVE YOU TILL THE END OF MY LIFE....


Dan hari ni juga adalah besday kak Naurah...Wife big brother (abang abah)...
HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU...Semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknya...diberkati umur dan rezeki...aminnn.

Rabu, 2009 November 25

Pandangan mata


SEORANG ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

"Assalamu'alaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami..." pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajarkan kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit.
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Jangan mudah terperdaya....dengan penampilan ....*

Selasa, 2009 November 24

Hepi Besday Cupian






Hari nih genap umur Cupian 3 tahun....sat saja dah besar anak mama dan abah nih....Rasa macam baru semalam ja mama beranak kat dia....Makin besaq makin banyak kerenah dia...kadang2 tak terikut....kenakalan dia semakin hari semakin menjadi-jadi....biasa la budak2 tengah membesar kan....Hari ni demam la pulak...semalam pi ambik ubat dekat klinik Faizah.... Demam semua...Che min..Cuteri..cupian..sekali Cewad....mama dengan abah selsema saja....

Cupian suka sangat mengusik Cuteri....kadang2 tu geram la jugak....semua dia nak menang...dia suka sakat abang....kacau Cewad...gigit Cewad tu dah jadi kebiasaan...kadang2 sampai berdarah dia gigit...kes dia berebut mama...dia tak habih manja lagi....cuma dia tak kacau susu badan Cewad ja...kalau tak jenuh wooooo....Cupian paling manja dengan Tok dia (Mak abah)...Kalau nak tidoq malam mesti cari Tok....Eeemmmm tahun depan nak hantaq dia pi sekolah dengan Cuteri....Harap2 dia tak gigit orang la....nak hantaq taska kot dia tak mau...cikgu tadika suruh hantaq pi sekali dengan kakak dia....lega la sikit...



Tengok...betapa nakalnya dia...habih lipstik mama dia buat main....huhuhu..lagi pun mama memang dah tak pakai lipstik tu...Boleh dekat dia habih dinding rumah dia buat deko...hohohoh....
-------------------------------------------------------------------------------------------
*Semoga anak mama dan abah membesar menjadi anak yang soleh...Aminnnn...*
Related Posts with Thumbnails