TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 4 Mac 2011

Makan pun tak selamat.....peberet tu...


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan
mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya
ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untukpenghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang
seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor.
Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah
mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.. Kalau istilah James Bond, ‘Licence to kill!’

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak
straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang
mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan
bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang
goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi
kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan
pengguna yang masih belum disedarkan lagi. Kalau tak caya tanya dia
nie?

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong PendaftarUnit PerkhidmatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah la makanan dan barang2 keperluan makin mahal.... dah tu mengancam nyawa pulak tu.... 

6 ulasan:

Jejaka Desa berkata...

Ni betul2 bahaye weh....

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Kita jauhkan semua itu yang boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan kita tapi nak jauhkan mati tak bolehlah...

siti murni berkata...

info yang sangat berguna. thanx sharing! :)
pasal mee / maggie tu memang dah banyak kali jugak dengar...

azieazah berkata...

Terimakasih berkongsi info.
Sebab tulah kita kena ubah sikap utk lebih rajin masak sendiri di rumah.

Bab Bawang goreng tu memang Kak Azie pernah baca. Betul tu.

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Miecyber berkata...

Kena berpantang makan maggi lah cam nie...

Senarai produk positif DNA babi akan diumumkan

Sham berkata...

waa macam tu ke...? kes nayala camtu...

Link Within

Related Posts with Thumbnails