TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 3 Mac 2011

Harga makanan lonjak hingga 167 peratus

sumber

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus,".

Kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00,".

harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus,".
--------------------------------------------------------------------------
"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.


-------------------------------------------------------------------
Emmmmm makan kat rumah pun tak save gak.... maunya tak harga barang basah dan kering pun makin meningkat.... Ini pulak makan kat luar..... sendiri mau ingat..... Gaji penjawat awam bila mau naik??????????

8 ulasan:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

memag makanan naik harga sekarang ni...kat KL makan tengahari pun da abis RM10 hengget ...huhu

kakcik berkata...

Betul tu... masak sendiri pun kalau setakat makan seorang atau berdua, tidak ada bezanya dengan makan di luar. Semua barang naik harga secara senyap. Gas juga bertambah mahal... :(

zulkbo berkata...

salam..
peniaga makanan ni selalu mngambil kesempatan akibat kenaikan harga barangan utama mahu pun minyak..yang nyata gaji saya tak naik2 nih..he he

Abd Razak berkata...

Salam...

Ya memang nampak ketara harga makanan naik sejak minyak petrol naik..

Nida berkata...

tak dapat bayangkan bagaimana mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang... :(

Jejaka Desa berkata...

Makan roti je la nampoknye.Mana tahan......

NzA berkata...

gaji je yg xnaik2......

sahromnasrudin berkata...

kne buat roti bakar sendri la kat opis nie huhuhuhhu..milo pun buat sendiri kongsi sesama rakan opis huhuhuhhh

Link Within

Related Posts with Thumbnails