TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 7 Februari 2011

Kalau la aku seorang penoreh....

Penoreh Peroleh RM60,000 Sebulan Hasil Kebaikan Harga Getah
 
BESUT: Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
"Seorang penoreh yang mempunyai tiga hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.
Nawi berkata disebabkan peningkatan harga getah yang mendadak di pasaran itu, ramai penoreh tidak lagi menggunakan tenaga buruh asing untuk menoreh di kebun mereka sebaliknya mengusahakannya sendiri.
"Mereka juga bertindak menjaga kebun masing-masing daripada diceroboh oleh golongan untuk mencuri getah beku," katanya. - BERNAMA
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Huh dan-dan nak jadi penoreh... kalau lima 10 tahun dulu tak mau pulak... busuk katanya.... heheheh

7 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

jom kite noreh..pencel awal ya hehehehe

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Jomlah kita jadi penoreh getah tapi saya takder kebun getah :)

Unknown berkata...

wah! boleh jd kaya mcm ni...

Hairun Azmi berkata...

Kedah buku telah menjadi kesayangan setiap insan...

24 khasiat ais dan air sejuk

azieazah berkata...

Betul. Masa kini, ramai yang sanggup nak jadi penoreh getah, bangkit awai sebelum subuh pun sanggup tak hengga dah.

Dulu masa harga getah orang tak pandang, nak tengok orang muda masuk kebuh getah pun payah nak kelih.

Semoga harga terus naik. Tapi Kak Azie takda pun kebun getah. :)

Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...

en_me berkata...

rejeki tewww.. uhuhu

beautiful_rose berkata...

bila harga getah naik,mmg untung la penoreh2...

Link Within

Related Posts with Thumbnails