TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 17 Ogos 2010

Kacang hijau tiruan di Tesco

Ada sedikit info untuk Anda semua... dari  sumber: cni

Bagi mereka yang suka makan makanan ringan ataupun jajan atau yang mempunyai kebiasaan untuk membeli jajan untuk anak-anak anda, harap ambil perhatian dari analisa seorang ahli makmal di USM berkenaan kacang hijau.

Seperti yang terdapat di pasaran, makanan ringan kacang hijau terdapat beberapa jenis dari pelbagai jenama. Antaranya kacang hijau manis sahaja dan kacang hijau bersalut tepung dan sebagainya.

Kacang hijau mengandungi dua kali ganda protein dari sayur-sayuran, malah boleh jadi pengganti daging.Tiga suku cawan kacang memberikan 6 gram protein,tiamin plus , riboflavin, niacin, kalsium, besi, fosforus, kalium dan 645 unit vitamin A.

Malangnya sebahagian besar industri makanan ringan di negara-negara membangun berlaku penipuan dengan
kacang hijau palsu yang terdiri dari racun bahan kimia (pewarna). Industri-industri ini menyediakan kacang seperti kacang rebus yang berwarna coklat (lebih murah) kemudian merendamnya dalam larutan pewarna semalaman.

Semua bahan kimia ini telah dilarang oleh makanan AS pada tahun 1974 . Kesan dari pewarna kacang hijau palsu boleh merosakkan usus besar dan kanser pundi kencing.
Semua kacang hijau palsu dilarang di AS, Kanada, semua Negara Eropah dan negara-negara maju lain.
Pengenalan kacang hijau palsu:
1. Masukkan kacang hijau dalam air mendidih selama 30 saat, ternyata air bertukar kepada warna hijau.
2. Setelah makan kacang hijau palsu ini akan menyebabkan lidah anda mempunyai kesan berwarna hijau dan rasa pahit.
Gejala
1. Sakit perut.
2. Air kencing berubah menjadi seakan warna hijau.
3. Sakit kepala ringan.
Kajian kes:
Paket berikut ini dibeli oleh seorang pakar dalam kajian dadah USM daripada Tesco , Pulau Pinang pada tarikh 4 Julai 2010.


Sebagai ahli kimia beliau membuat ujian di makmal dan menjumpai bahan pewarna tiruan di dalam kandungannya.



Rujukan akhbar:

News paper reference:
China daily
http://www.chinadaily.com.cn/china/2010-03/31/content_9664992.htm

D. Bharath Reddy
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang 
Malaysia 11800.

3 ulasan:

sI tEDI berkata...

uiks
sebegitu sekali org nak menipu. susah pulak kita nak bezakan.
ehmmm.. bahaya!

kakcik berkata...

Saban hari.. terlalu banyak yang palsu mengelilingi dan menjadi denyut nadi kita. :(

ALoNa Cintamaniszlite berkata...

yg dh campur ngan jagung tu...tiruan gak ke, ek??
suka gak ngan mende tu kalo taruk dlm kulit popiah..goreng..cicah sos masa tgh panas2, hmm

Link Within

Related Posts with Thumbnails