TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 7 Jun 2010

Siswazah dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. – Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Mama buka utusan online... terpacak mata kat tajuk berita ni.... yang mama geram tu sebab dia memalukan UiTM......Siswazah UiTM....*

7 ulasan:

ckLah berkata...

Astaghfirullahal'adzim...

Kalau tahun 70an dulu, mak ayah takut melepaskan anak gadis bekerja kilang di kota, kerana hal begini.

Tapi di zaman ini, mahu melepaskan anak gadis ke Menara Gading di kota pun...bukan mudah.

** Kajian yang dijalankan oleh Darul Sakinah, 'Tidak kisah' dengan hubungan bebas tanpa nikah...

Itu yang terpelajar...

zulkbo berkata...

salam..
simpati..
moga beliau mendapat hidayah
Allah semasa di dalam penjara
nanti dan menjadi insan lebih berguna

zan-xray berkata...

jenayah dan kejatuhan maruah tidak kenal siapa..
tapi itu tak mengambarkan semua bersikap begitu kan.

n0vemBer zuLu berkata...

penat baca semua ni...

penat2 pon, kita kena risau akan keadaan umat kita.

tingkatkan amal.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

semoga dia dapat pengajaran yang boleh menginsafkan diri.

Nida berkata...

Ya Allah... Kau jauhkanlah keturunan kami dari perkara-perkara yang menyalahi agama...aminnnn

etuza berkata...

Salam alimaz.
setinggi2 tupai melompat ke tanah juga akhirnya. terpelajar...jika tak jaga maruah. Ya Allah selamatkan umat Nabi akhir zaman..sedarlah kita semua..dunia dah nak kiamat..marilah takutkan azab neraka. Nauzuibillah

Link Within

Related Posts with Thumbnails