TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 7 Jun 2010

BUKAN PERNAH SEMBAHYANG PUN!!

Assalamualaikum.



Adam masuk ke dalam bilik kolejnya untuk mengambil pam basikal, namun beliau tidak menjumpainya walau sudah sejam menyelongkar almari, meja belajar dan bakul pakaian busuknya. Rakannya yang tidak tahan melihat kelakuan rakannya itu pun menjerit.

" Woi mangkuk!"

Adam pun berpaling ke arah rakannya

"Yea, ada apa, ko tak nampak aku sibuk ni?"

Kawannya membalas,

"Aku nampak ko sibuk, ko cari apa sebenarnya, sampai habis bilik ni ko sepahkan? Aku rasa tempat kemalangan kapal terbang pun x sepah macam ni",

"Aku cari pam basikal aku",

Sahabatnya pun termenung sejenak dan berkata

"Oooh, pam limited edition warna emas yg ada tandatangan personaliti terkenal tu ke?"

Sambil mengangguk, Adam bertanya

"Ha'ah, yang tu lah, ko ada nampak x ?"

"Pam tu Ali yang pinjam minggu lepas"

Bergetarlah dada dan jiwa Adam mendengar kenyataan kawannya itu, terasa hendak dipijak Ali sampai x ingat akan ia asal-usul dan keterunannya, yelah, sapa x marah bila ada orang pinjam barang senyap-senyap x mintak izin lepas tu pinjam sampai seminggu x hantar-hantar.

Maka berlarilah Adam ke sayap timur di mana terletaknya bilik DA-309 tingkat 3, di mana Ali menetap sehingga habisnya semester ini. Melalui kemarahan di muka Adam, dapat di andaikan bahawa Ali tidak akan sempat merasa Degree yang sedang dibikinnya di kala ini, terus "short course" ke SPM (Sijil Padang Mahsyar).

Tanpa memikirkan saman yang mungkin dikeluarkan oleh pihak kolej, dia terus menendang pintu bilik Ali, Syam, Aswad dan Rafi, maklumlah, 4 orang sebilik.

Pintu itu terus pecah di sepak Adam, tombol pintu itu nyata tidak dapat menahan momentum dan daya sepakan Adam yang berjumlah 300 kilo/Joule. Kemarahan Adam nyata kian membara bila melihat dengan matanya sendiri, Ali sedang mengepam bola futsal dengan pamnya.

Lantas dia merampas pam itu dari Ali dan terlintas di hatinya untuk menghempuk Ali dengan Pam itu, mujurlah dia sempat teringat kembali akan amaran Haji-Amri, orang besar IPTA tersebut.

"Kalau kome bergaduh bertumbuk, aku buang kome"

Maka terbantutlah hajat asalnya, maka di convertkan persaan 'ingin pukul' itu dengan perasaan 'ingin tengking'.

"Hoi Ali, ko kalau nak pinjam barang, cakap dulu, ini x, dahlah pinjam seminggu x hantar balik!"

Ali hanya tersengih,

"Relakslah dude (beb utk owang pompuan), aku bukan apa, kalau benda tu dok ngan kau pun, kau bukan guna sangat, berkarat je nanti, barang kalau x guna, baik bagi orang lain pakai, ada gak pekdahnya, macam aku ni ha, petang-petang aku guna untuk pam bola, x de lah benda tu reput berkarat kat bilik ko tu"

Terkopi (tersirap dh x main dh) darah Adam mendengar kata-kata itu, dia tahu apa yang Ali cakap tu salah, konsepnya salah, ingin dia membetulkan mindset Ali itu, tapi belum sempat Adam membuka mulut, Azan asar pun berbunyi.

Untuk pengetahuan kome, Adam ni jenis kaki Masjid gak, walau dia panas baran sikit.

Maka dia menangguhkan niatnya untuk berceramah dan terus bergegas ke masjid, dalam perjalanan keluar, dia menyambar sejadah di katil.

"Eh Adam, tu sejadah akulah, nak di bawa ke mana?"

Adam menjawab

"Ko nak wat apa, ko BUKAN PERNAH SEMBAHYANG PUN!!"

Maka meraunglah si Ali tadi, raungannya boleh di dengari sejauh 2 kilometer dari setiap arah, hingga menggangu krew discovery channel 'Man vs Wild' yang ketika itu sedang menapak berhati-hati di hutan simpan berdekatan, bagi mengelakkan seekor harimau kumbang dari terjaga dari tidur. Episod itu tidak pernah disiarkan akibat dari kejadian ngeri yang menimpa mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

*mama ambik disini rasa macam best pulak dan ada message disitu.... Tapi tajuk lain la.... tajuk asalnya ialah...Lain Kali Mintak Dulu...* 

7 ulasan:

JLean berkata...

Dropping by ere alimaz. =). Do have a great day yeah.. Drop by to mine for more automotive informations

indahhouse berkata...

salam alimaz,
macam2 diaorang ni,kan? hihihi. senyum akak pagi ni

myQza berkata...

he he he he

sejada buat hiasan jek si ali tu! adehh

zulkbo berkata...

salam..
byk maksud tersirat
kisah ni..terima kasih
berkongsi

Nuroll berkata...

wakakakakkakakaaaa!!!!

Kakcik Seroja berkata...

Kena fahamkan maksud yang tersirat di sebalik apa yang tersurat tu.. :)

Azuan berkata...

dalam maksud nie~

Link Within

Related Posts with Thumbnails