TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 6 Jun 2010

Polimas Kenangan terindah...

Salam...

Dah masuk dua hari blog ni bercuti.... Biasa la hari cuti adalah hari yang paling sibuk bagi kami berdua.... Baju yang nak di basuh dua tiga bakul.... Sampah yang nak kena sapu ( diluar rumah dan ini kerja abah ) Sawang yang nak dibuang....

Tapi tu semua kerja mama buat hari ni (Ahad) sebab semalam mama dengan askar2 balik rumah Tok Didah (mak mama).... Biasa lah hari minggu balik melawat Tok Nyang Cewad... Al-hamdulillah Tok nyang pun dah semakin sihat... dah dapat bergerag sendiri....

Ok untuk hari ni ..mama nak cerita perihal hari Jumaat petang minggu lepas... UiTM Perlis sekarang jadi tuan rumah macam-macam jenis sukan.... mula-mula sukan MASUM (majlis sukan universiti mlaysia) segala Universiti berumahtangga di UiTm ni....

Lepas sukan MASUM datang pulak sukan Wood Ball buat kat UiTM Perlis jugak..... Dalam masa yang sama UiTM Perlis juga menerima kunjungan daripada Politeknik seluruh Malaysia untuk berumah tangga selama 4 hari di sini.... 

Dan yang untungnya abah ler.... dapat banyak baju T-Shirt berkoler free.... Biasa lah kalau dah namanya bahagian pengurusan ni kan... macam2 la keuntungan dapat... mama jugak yang terlepas... huhuhu.... 

Haaaa ni bas yang banyak memberi sumbangan dalam hidup mama..... Abah tak yer sebab abah tak pernah sekali pun menjejaki tangga bas POLIMAS ni..... Nampak saja bas ni mama teringat masa mama semester 4 di POLIMAS... Bas ni la yang selalu mama naik untuk ke kelas..... Semester 4 mama terpaksa duduk luar sebab tak dapat asrama.... Asrama mama time mama dulu terhad, cuma ada satu bangunan asrama untuk perempuan.... Untuk lelaki banyak la pulak....

Sekarang kalau tak silap dah banyak untuk kaum hawa ni..... Hmmmm sekejap saja dah 10 thn mama tinggalkan POLIMAS banyak kenangan... terutamanya kenangan pertama kali berjumpa abah..... hehehe.....ok itu saja yang nak cerita... selamat malam....

1 ulasan:

zulkbo berkata...

salam ziarah
di pagi Isnin
moga kita semua
selalu sihat dan ceria
جزاك اللهُ خيراً‎

Link Within

Related Posts with Thumbnails