TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 31 Mac 2010

Universiti cari duit sendiri....


Universiti diarah jana pendapatan sendiri

Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diminta menjana pendapatan mereka sendiri antara 15 hingga 20 peratus berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pendidikan memerlukan biaya yang sangat besar secara berterusan sedangkan kerajaan tidak mungkin mampu menanggung keseluruhan kos secara total.

Beliau berkata, sesebuah IPT pada dasarnya mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri kerana mereka didukung oleh kelompok cendekiawan yang mampu merumus kaedah sesuai dalam menghasilkan pendapatan sendiri.

Ada sebilangan universiti yang mampu menghasilkan sehingga 30 peratus pendapatan dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi beberapa yang lain menghasilkan sekitar satu hingga 20 peratus sahaja.

"Kami belum tetapkan sebarang sasaran tetapi memang kementerian akan memberi penekanan khusus dalam aspek ini apatah lagi apabila selepas kerajaan berikan mereka autonomi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar selepas melancarkan Taman Sains Putra di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, matlamat itu boleh dicapai menerusi penghasilan produk-produk dan penemuan terbaru yang diperolehi dari pengkomersialan kaedah pembangunan dan penyelidikan (R&D).

- Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------
*banyak membuat kerja yang tak dirangcang pun salah satu punca kos biaya yang sangat besar.....ingatkan dah nama pun 'U' pakat bijak semua...tapi...*

6 ulasan:

Unknown berkata...

Satu perkara yang Nida perasan kat NZ ni, setiap kali meeting antara pihak sekolah ngn parents tak pernah ada jamuan... kalau acara sekolah yg melibatkan pelajar2 (camping, etc), pelajar2 diarah bawa buah dan biskut... dengan cara ini banyak duit dapat dijimatkan.. kalau di Malaysia, bab jamuan je separuh dari budget.. wallahualam (yg baik kita ikut, yg kurang jangan diikut)

Nida n' Hanafi berkata...

Alamak... lupa sign out nama Hanafiah tu ler...sori ek

Yunus Badawi berkata...

Kalau mcm ni saya pun nak suruh anak2 menjana pendapatan sendiri semasa belajar di IPTA. Sekurang2nya 20% dari kos hehehe

Azmiezas berkata...

Nama saja 'u', kekadang kurang bijak jugak...setuju??..

nj berkata...

alimaz...
sensitif sikit la isu ni kalau tuju pada UiTM...sebabnya ... UiTM ni agak kurang dr penghasilan produk atau menjana pendapatan sendiri...cuma lately R&D dan publications yang semakin giat membuat bisness...tetapi kita masih jauh lagi berbanding IPTA di Malaysia seperti USM, UPM dan UTM...apatah lagi nak bandingkan dengan univeristi luar negara....wallahuallam

mamai berkata...

berapa la charge toilet nanti

Link Within

Related Posts with Thumbnails