Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Kategori : Akidah
Tajuk : Senaman Yoga
Keputusan
Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Hujah :
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis
Oleh : Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------
*mungkin salah satu sebab dia ni la kot...*
20 ulasan:
alahai... gambar tu yg memang tak ble blah..
best je abg tu pegang kat situ ye... ish3
hahaha~
aigoo~~
pervert~
lols~
Ayoyo...pegang kat mana tu??..
Takkan tak perasan kot..
Adess..patut la yoga ni diharamkan pun..
Dalam Sejarah Tingkatan 4, saya ada terangkan tentang ini kepada murid saya yang pelbagai bangsa dalam topik Tamadun Indus....
Alhamdulillah...mereka faham. Harap tiada kekeliruan tentang isu ini selepas ini....
Fatwa ...jangan sampai dibuat main-main...
eii.gelinya..x senonoh..x penah wat yoga..
kali pertama
baca pasal YOGA dan cerita sebenarnya...
suke suki die je nk pegang2..
haish.. hahahaha..
mari kite ban instructor tuh!hu3
mekaseh ye singgah.
oooomcam ni rupenya.
baru tahu
teruknye instructor tu.. geram tol tgk..isk isk,..
salam...uwa..uwa....yang 'dipegang'
x rsa apa2 ke??
yang 'memegang' tentulah syok...
ishhh....buleh biaq2 no? kalu besa2 rsanya kena penerajang dh!!
gila btoi depa ni....
fatwa sudah keluar, harapnya takde la orang Islam yg amalkan lagi..huhu..
Opocot...
Musykil gak apsal peserta yoga dalam gambar tu tetap ramai...
aish...
sesedap rasa je instructor 2..
haya......ambil kesempatan lak abg botak tu.....
Ambik kesempatan tu...
eiiyer...camtu ke kat kelas yoga??
Jurulatih letak tangan kat punggong?? kentut kan sekali tgk...baru dia tau, haha
instructor tu saje amik kesempatan.
saya rasalah.. lebih baik excercise sendiri kat rumah :)
uwekk.. gelinya tengok cara abang tu... mesti syok sakan dia..hehe
huh, tengok la kelas dia camne. tapi yang peliknya, anak dara dan mak dara kita sekarang ni beriya-iya sangat nak berlajar yoga tu. tak sayang diri la nampaknya.
Catat Ulasan