TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 18 Februari 2010

Akaun Rahsia....Perlu..kaaa..


Salam....

Saya nak cakap pasai akaun atau pun simpanan rahsia bagi isteri..... Persoalannya..Perlukah isteri memiliki akaun rahsia tanpa pengetahuan suami.... semestinya suami tak tau kan dah namanya pun rahsia...

Bagi saya kalau dah rumahtangga aman damai nak buat apa dengan akaun rahsia kan... Nak buat pa sembunyi-sembunyikan mengenai akaun masing-masing.... Betoi tak..

Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak kena kongsi segala hal termasuklah hal2 yang berkaitan dengan kewangan.... Perkahwinan tu pun dah bermaksud perkongsian antara suami dan isteri..... Tetapi ada perkara yang boleh dijadikan hak individu..... Contohnya...pakaian hahahaha tak kan nak kongsi kot...

Bagi saya kalau la salah satu pasangan itu mempunyai akaun rahsia...ini bermakna isteri atau suami itu sendiri menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan masing-masing.....

Maksudnya isteri/suami tidak bersangka baik dengan pasangan masing-masing sedangkan bersangka baik itu perlu dalam rumahtangga...

Pasangan yang ada akaun rahsia ni adalah pasangan yang ada konflik dalam rumahtangga saja... contohnya salah satu daripada pasangan ada niat nak keluar dari rumahtangga itu....

Atau suami yang jenis kedekut, panas baran yang suka memukul atau mencederakan isteri atau penagih dadah, maka akaun rahsia perlu ada untuk masa depan..

--------------------------------------------------------------------------------------
*BAgi saya akaun sendiri perlu ada tapi tak perlulah dirahsiakan dari pengetahuan pasangan kecuali ada krisis....*

25 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Dik..rasanya..hasil perkongsian dalam hidup..adalah lebih barakah...kenapa harus berahsia!!!Moga apa yang kita kongsikan mendapat keberkatan darinya....AMIN!

mamalieyna berkata...

tapi kan ramai yg berpendapat, kena rahsia bab2 duit ni dgn suami..huhu saya pun pelik, nak wat pinjaman tuk pelaburan ASB pun diorang sorok2 dr suami..kata mereka, baik suami jgn tau, kita ada simpanan sampingan..huhu..mmg saya tak faham n tak reti nak berahsia bila dah berumahtangga, sume hal mesti nak citer gak..! namanya pun perkongsian hidup kan..!

Abd Razak berkata...

Salam...

Tak perlu ada rahsia dalam rumah tangga

insan pendidik berkata...

salam,

rumah tangga yg dibina atas dasar kasih syg perlu ade keikhlasan sesama pasangan. Tak kire la ade konflik ke tak. Tapi wang simpanan dan harta bende tu masih dikire sbg harta sepencarian bersame.

Azmiezas berkata...

Setuju 100%..

buat apa nak berahsia2..kalau kita ikhlas..selalunya yg berahsia2 ni, ada perkara yg disembunyikan..

melainkan dlm kes2 tertentu..mcm yg awak sebut tu..haruslah ada akaun rahsia..

fikaryna berkata...

yelah kak..ada pulak ak rahsia..gaji saya kecik..nak rahsia pun x sempat..huhu..

Solehah berkata...

rasanya tak perlu berahsia kot..hehe..tak tau la bila dah kawin nnt saya fikir cmna..buat masa skg rasa semua benda perlu dikongsi la..

fAiRuLLaH's de GrEaT! berkata...

bagi saya kena ikut pada keadaan. jika si isteri punyai lelaki yang tak bertanggungjawab,penagih dadah maka perlulah ada akaun rahsia... sediakan payung sebelum hujan. tapi jika si suami seorang yang bertanggungjawab maka saya rasa tak perlu....

Mknace berkata...

rasa perlu sorok jer.. takyah rahsia..
suami tahu tapi benda tu disorok/simpan..

Tanpa Nama berkata...

inilah yang dinamakan pelakon...depan mata berlakon 'sengkek' tapi dalam akaun bank ....duit berlambak....mintak-mintak la kena curi duit tu...muahahaha...worsiuuu....

meera^da cute..*_* berkata...

kenapa sy rase perlu ade ek..hhuhu..
sori..lelaki skrg kdg2 suke guna duit perempuan..wpon perlu percaya suami tp itu sbg simpanan diri sendiri...terpulang pada diri masg2 utk menilai..ape2 yg terjadi kite xpenah taw..

INNA AB berkata...

hai...perlu bila mna suami asyik nk 'meminta' je...kalau dgr istri dia ada duit lbh skit...n..pulak x reti nk mnabung!! x ingt time2 susah...
so..ada stuasi perlu...kalau suami ok...baik hati....x perlulah rhsia...btoi x??

greenhall berkata...

salam.. ziarah kembali.


ho, setuju. rasanya xperlu ada rahsia sesama pasangan kan?

bila ikatan dah terjalin, segalanya harus dikongsi, barulah kena dengan '2 jasad 1 hati'. hehe

Mimpi berkata...

Akaun sendiri mungkin perlu seandainya si suami/si isteri mempunyai hobi tersendiri yang tidak mampu ditanggung oleh pasangan masing2.

Maybe si suami suka ambil picture jadi mahu kamera canggih yg ada pelbagai jenis lens power2 yg mahal...so xkan nak suruh isteri tanggung?

Jadi buatlah akaun sendiri agar tidak terjejas akaun belanja(yg ni sy maksudkan akaun simpanan duit untuk bagi nafkah buat isteri,anak2,bayar bil,bayar hutang kereta,hutang rumah dan etc..)

Begitu juga buat si isteri yang mungkin gemar rantai emas berlian atau koleksi kasut baru,etc..

Setiap orang ada hobi..begitu juga suami isteri...tapi suami isteri ada tanggungjawab bersama yang memerlukan perkongsian harta sepencarian.
Maka hal akaun rahsia sepatutnya tidak wujud.

Sebarang urusan wang seharusnya dikongsi dan dibincang bersama. Kewangan adalah punca utama yang meretakkan hubungan suami isteri yang membawa kepada penceraian.

Tapi saya setuju adanya akaun rahsia untuk kegunaan kecemasan seandainya seseorang mempunyai rasa curiga terhadap pasangannya sendiri.

Katalah seorang suami berkahwin lebih dari satu. Mungkin empat dan suami itu pula tidak adil dan hanya menurut nafsu sedangkan pendapatan cukup makan sahaja.
Sedikit sebanyak nafkah buat isteri pertama mula terjejas, jadi adalah berbaloi seandainya isteri itu memiliki akaun rahsia dari si suami buat persediaan seandainya si suami menghadapi masalah kewangan pada masa depan.

Banyak lagi faktor lain yang boleh dibincangkan tapi nanti panjang pula komen saya.


Ada masa bacalah entri saya di link ini :

http://mimpisiangmalam.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield-true-meaning.html

Nida berkata...

Salam Alimaz..

Nida amat bersetuju dengan pendapat adik kandung Nida tu (Fairullah). Dalam perkahwinan yg ada masalah terutama masalah di pihak suami, berahsia adalah jalan yg terbaik, bukannya apa demi masa depan .

cikgu isza berkata...

rasanya perlu juga (x pernah buat lagi). Kena pk ke hadapan.. sekarang mungkin bahagia dan indah, bagaimana akan datang? (harap2nya bahagia salamanya). Bukan soal x percaya pada pasangan.. tapi perlu bersedia. (banyak kes yang kita baca dan dengar). tapi selalunya bila bahagia hingga ke akhirnya, duit tu tetap kegunaan bersama. jarang isteri nak makan sendiri.. :)

nza berkata...

kak nza rasa la, yg trpaksa berashia jika suami tu spesis peras ugut kot...xleh tgk duit isteri trsimpan...agaknya le...

Ttpkn kalu dh a/c tu nama kita knapa lak nk rahsia...bkn suami dpt ambik pn...kan.
Xpaham la camne jd gitu....

aNoZ berkata...

susah btol ada rahsia2 ni.. x perlu pun sbnanye. huhu.. semua kene share. baru la umah tangga bahagia.

ann frendly berkata...

setuju...
kalau ade konflik..
suami jenis kaki pukul
dan suami jenis tak boleh dipercayai memang patut rahsiakan...

ade kes yg pernah berlaku, isteri memiliki insurans lalu suaminye merancang konspirasi untuk membunuh isterinya secara pasif.. supaya tidak kelihatan jelas dia yang membunuh..

Dapur gas yg digunakan isterinya telah diubahsuai dimana boleh mnyebabkan letupan.

setelah isterinye meniggal akibat letupan gas.. sah2 lah semua insurans suami yg dapat 100%.

Malang sekali keluarga si isteri tidak mahu mengambil apa2 tindakan..

Daddy Zuki berkata...

tiada rahsia antara suami isteri dlm segi kewangan. cuma sms dlm hp suami tu tetap menjadi rahsia seumur hidup.

ila-ali berkata...

Kena rahsia klu suami asyik intai berapa duit dlm simpanan.Lepas tu asyik nak korek aje..
Kita simpan, dia korek. Bila tak bagi muncung...abis tu camne??
Terpaksalah buka akaun rahsia...tenang jiwa utk kebaikan bersama

YucIkA berkata...

i xkawen lg..

but my opinion same as yours..
klu dh kawen,xperlu ada rahsia antara husband and wife..klu ada akaun rahsia ni, cam xpercayakn pasangan la kn??

but then, i brani nk komen pnjg2 sbb blum tahu camne keadaan berumahtangga..hehehhe.. err.camat kenal :)

arekymz membuyau berkata...

sy xkawen lg..
so no komen..
kalo kongsi akaun tuh ok gak..
same2 kumpul duet..

relevan berkata...

Akau rahsia tak perlu..tapi awek rahsia itu perlu bagi suami..hehe!

indahhouse berkata...

salam alimaz,
akaun rahsia? gaji isteri, ialah hak mutlak isteri. bagi suami yg faham hukum, dia takkan salah faham jika isteri ada akaun yg rahsia. maklumlah, kadang2 duit terbelanja lebih. bila buat simpanan yg diLUPAKAN, ada emergency, bole guna untuk keluarga juga. Itulah namanya isteri yg bijak. Namun, jika suami tak faham, kita bagitau saja yg kita ada menabung skit untuk anak2. abes cite... ;)

Link Within

Related Posts with Thumbnails