TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 3 Februari 2010

Semalam punya hal.....

7.00 pagi...Keluar rumah....masuk UiTM punch kad dulu....Then hantaq Che Min sekolah sampai 7.30 pagi.... Terus hantaq Cuteri dengan Cupian ketabika KEMAS Mata Ayer sampai 7.45 pagi.... Lepas hantaq anak2 sekolah kami singgah pekena nasik kandaq mata ayaq dulu .... pukul 8 pagi masuk kerja....

Tengah hari ambil anak2 sekolah...terus balik rumah makan nasik..... Pukul 2.30 ptg masuk balik kerja.... Cik Min bawak sekali sebab dia kena pi mengaji al-Quran.

3.15 petang ada perjumpaan dengan VC baru..









4.30ptg habis perjumpaan dengan VC.... Balik ofis mama sembahyang asar dulu baru punch kad balik (kelas mama tak dak batal)....

5.30ptg pi hospital melawat kawan lama mama masa sekolah Teknik Kangar dulu..... Dia operation sebab mengandung luar rahim...sebenarnya dia mengandung kembar... sorang dalam rahim sorang lagi luar rahim....yang di luar rahim tu terpaksa la buang...yang kekal hak dalam rahim... tu pun tak tau lagi dia kata dapat bertahan ke tak..... mama harap2 dapat bertahan la....


Ni la kawan mama kasmunira kamis.....gambaq ni masa konvo Cik Min...semalam tak sempat nak snap gambaq dia....lagi pun ramai sangat sedara mara dia kat situ....

Dalam pukul 6.30ptg kami kluaq.... Abah ajak makan dulu.... KAmi singgah kat restoran MAi Cafe.... saja la nak try western food ...dok dengaq crita org saja.... dah nak pi ambik Cik Min awai lagi...dia kluaq pukul 7.00ptg....




Mama try chicken chop....


Abah makan black papper steak..



Dalam pukul 7.00 ptg ambik Cik Min dengan Pak Su ( adik mama).... hantaq pak su ke rumah Tok Didah dulu baru pederas balik rumah.... Sampai rumah dalam pukul 7.30 ptg....

Boringnyaaaaa....Kalau la kami ni dok dalam Taman Perumahan...memang la kami tak kenal jiran tetangga..... Mana tak nya keluaq pukul 7.00 pagi balik pukul 7.30 ptg...12 jan setengah tu.... Nasib baik Perlis ni kecil saja. Tak sangkut dengan jalan jem.... Kalau la kat KL macam mana ya dengan jem la..... Mau sakit kepala... tak pun tidur saja dekat ofis....

Sebab tu la pensyarah2 kat sini (sesetengah la bukan semua) suka dok Perlis ni... tak sibuk kata depa... ada yang tak suka tu sebab Perlis ni tak dak apa kata depa... Al- Maklum la Perlis ni kan kecik saja....

--------------------------------------------------------------------------------------------------
*Kalau anda diberi pilihan anda nak tak duduk kat Perlis ni..... *

9 ulasan:

Ena Qalinsya berkata...

dapnye dia makan....
dah la makan ngan hubby plak..
syioknyeeeeeeeeeee

blueCITY berkata...

salam

vc tu apa ya?
heeeeeeeeeee...

mana ada adik, situ ada cik abang ya, ekkekekke

indahhouse berkata...

salam alimaz,
wah, sibuk alimaz skarang ya? perlis kurang jem? best betul tuh.

Solehah berkata...

amboi vc baru ya..ok x kak?

fikaryna berkata...

dap nyer makan..mmg cayaq ayaq liuq ar..huhu..

Watierman, rmanbkr berkata...

Nak juga dok perlis...bukannya nak keluarq rumah selalu pun...nak beli stok makanan tak kan tak da supermarket kan?..Tapi sewa murah dak kat sana?....manalah tau kot2 Abg nak ubah angin ....pindah ke lagi utara ka!

VC tu Vice Counselor kan?

Goldman berkata...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

Kaseh NazLieza berkata...

sedapnyer mkn tuh...nk ckit leh..?

Kyuubi_85 berkata...

vc tu vice canselor... :D
weh!! aku student Uitm sabah la... hehe
(promote diri jap) :D

Link Within

Related Posts with Thumbnails