TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 3 Februari 2010

Khas Untuk Wanita Yang Bekerjaya...(macam mama)


Terbaik.... termahal,...termoden...tercantik...dan macam2 ter lagi...apa yang terbaik adalah mengukur baju dibadan sendiri...

"Eeeeee...mak aih cantiknya baju dia...."(berkata dlm hati dengan rasa dengki)....

"Abang saya nak beli baju ni kat butik tu....boleh tak...alaaaa boleh la...si minah pakai tadi cantik nampak...tak mahal pun cuma RM200 saja.."

"Apa tak dengaq.....RM200....perlu ka ikut org...kalau nak beli sendiri....duit habis jangan mintak dengan saya....duit awak saya dah bagi...."

"Ala bang kan boleh bayar ansur-ansur..."


Agak2 anda faham tak dialog kat atas tu....perlukah kita bersaing dengan rakan sekerja atau dengan jiran tetangga semata-mata kita ingin kelihatan 'sempurna' dimata org sekeliling.

Perlu ka kita nak tambah hutang hanya kerana ingin bergaya atau pun dengan istilah lain 'serba baru'.

Berhutang kerana inginkan pujian dari rakan taulan dan jiran tetangga....yang belum tentunya ikhlas.... dan senyuman anda meleret-leret sampai ketelinga....Tapi bila sampai hujung bulan sampai bil kad kredit (kalau pakai kad la)..... atau penyata-penyata kewangan yg lain ...senyuman anda entah kemana....

Nak ka macam tu....Kan lebih baik hulurkan kepada yang memerlukan....

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Mama... yang sedang2 saja....*

11 ulasan:

Solehah berkata...

tak payah kot kan kak..kalo kerana org takda kesudahannya..kang kalo kita dah ikut trend dia, dia kata cmtu lak..kita pun utang lagi nak ikut trend2 konon bagus tu..last2 kita yg menangungnya..

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam,,,bila semua wanita kat lur sama ada fikir sama mcm kakak,insyaAllah semua masalah akan selesai,,,fikir agama yang kakak ada tu amat mahal disisi Allah....

Azmiezas berkata...

Nak bergaya tak semestinya yg mahal..kalau baju murah pun kalau kena gayanya nampak mcm mahal jugak..betui tak??..

kalau kita, pakai ja, mana yg ada..tak sanggup la nak berhutang segala sebab nak bergaya punya pasai..

fikaryna berkata...

kak..kita kena bijak membeli..murah bukan makna x cantik kan..ukur lah baju di badan sendiri..2 la yg ryna sll pgg..spy hidup di kemudian hari x menanggung beban hutang yg x terhingga..

walau ada hari tersasar belanja..ttp alhamdulillah amsih dapat cover..hehe..

fAiRuLLaH's de GrEaT! berkata...

betul tuh ... beli baju ikut kemampuan kan..

Nida berkata...

Salam..

Nida dulu hari2 ke sekolah pakai baju RM20 jer.. buat apa ler nak melaram sakan... sesekali bolehlah..

indahhouse berkata...

salam alimaz,
:). hati wanita, memang teringin macam2. terutama kalu ada duit sendiri. kalu berhutang, kena tanggung sendiri la. hihihi...

permatahatimama berkata...

betul tu..biar bersederhana..janji bahagia..

luna_e berkata...

kalo dah cantik tak yah pakai baju cantik pun dah ok... hehehe

Diarihatiku1976 berkata...

biar murah janji sesuai dan cantik... tak semestinya mahal sesuai ngan kita... yg penting hidup kena berjimat cermat...

Watierman, rmanbkr berkata...

Akak yang kat umah ni...lagi senang...recycle jer..org belum tengok lagi pun..jarang2 pakai...!!..sebab tu nafsu perempuan 9...akal 1!!

Link Within

Related Posts with Thumbnails