Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Isnin, 22 Februari 2010
Nasihat Al-Qamah: 5 cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..~
2..Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.. ~
3..Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..~
4..Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memi liki mu..~
"Sampaikan ! lah walau satu ayat" Al Hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
sharing is caring..
Bukan senang nak cari sahabat sejati la ni kan??..
Moga kita sentiasa menjadi sahabat yg baik jugak..!
Nampaknya sya orng kedua buat ulasan. hebat cattan ini, saya suka.Bagi saya kita kena amalkan situasi ini. Apapun keadaan kita bagaikan saling memerlukan, bagaikan sahabat pada sudut kemanusiaan, hamba Allah yang sama tarafnya. Semestinya kita berbuat amalan yang baik kpda para sahabat kita, kita elakkan menjatuhkan kwan sendiri.
Alimaz boleh kah saya copy catatan anda ini, nah! tengok saya dah minta bantuan ini, kalau ada izin tuannya baru boleh ni ..tq alimaz memeng best punyalah..bagi kita nasihat yg baik.
salam alimaz,
nasihat orang alim, itulah sebenar2 nasihat yg baik diikuti. sahabat ialah teman yg terbaik selepas ibubapa dan saudara.byk cite2 org bijak pandai dahulu yg bole diselongkar untuk dijadikan tauladan.
Salam.
Sahabat masa ketawa ramai tapi sahabat masa kita menangis tak ramai. Semoga kita menjadi sahabat yg baik supaya org lain pun boleh menjadi sahabat sejati kita.
alhmdulillah...thax sbb sudi bkongsi ilmu yg bgus ini...
***pakej katering serendah rm6.90 per pax di samping hadiah kek pengantin 3 tingkat secara percuma lawati :
http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/
satu bahan yg terbaik.
minta izin untuk copy...
dlm berjuta kwn2 sekeliling, ssh nak cari insan bernama shbt
p/s: yay! dh blh komen dh..hihi
shbt sejati susah nak cari..
>>article yg bgs!!
tq singgah kat blog kina.lama tul kina x singgah sini.
Salam...
Andai keikhlasan dan kasih sayang itu menjadi tunjang percayalah persahabatan itu akan tetap pada kedudukannya, pasti akan bertahan.
thanks 4 da tips bro. =)
salam ziarah buat orang arau..
orang pdg besaq mai jenguk sat.heheh..I follow..
terima kasih sebab mengingatkan..
ama2 lah kita menjadi sahabat yg baik..
apa yg pentinggg?
kerjasama...
:)
Salam Alimaz..
Semoga diri ini dihindari dari mendapat sahabat yang baik didepan tapi menikam dari belakang
Owhhh syahdunya ...
memang susah sket la nak cari shabat mcm ni.huhu
kita yang kena belajar jd macam tu kan..InsyaAllah cuba..
sejak dah keje ...dah kurang sahabat2...huhu..nak jumpe yang sejati lagi la susah
Catat Ulasan