Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Khamis, 11 Februari 2010
Jadilah Agen Perubah,... Bukan Diubah
Seluruh ajaran Islam adalah untuk melahirkan manusia unggul dalam segala hal.... bukan setakat amalan kerohaniannya... bahkan juga soal kehidupan duniawinya.... Dalam soal duniawi yang utama adalah soal kerja berusaha.
Anda sudah pun mendapat kerja tetapi gagal menjadi pekerja yang baik hanya disebabkan terikut-ikut dengan rentak orang lain.... Mengapa tidak anda menjadi agen perubah?....mengapa membiarkan diri diubah?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta sedekah.... Rasulullah menyuruh lelaki itu menunggu sekejap dan baginda masuk kedalam rumah.... selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual dipasar.
Sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya supaya dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda...... Selang beberapa hari kemudian, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.....
Inilah dorongan dan motivasi Rasulullah kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia ini.... Ini bermakna setiap orang yang telah pun diberikan kerja tetapi tidak melakukan kerjanya dengan baik dikira telah tidak berusaha memajukan diri bahkan boleh menjadi penyebab kepada runtuhnya organisasi dimana dia berada.
Bukankah itu berat?...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
Zaman sekarang, ramai la yg suka meminta-mintak..malas nak keje kot..
pas tu boleh buat muka tak malu pulak tu...heran..herann
formula kejayaan terunggul(USF)
1.memperkasakan jati diri,
2.matlamat peribadi,
3.strategi kejayaan ,
4.Mengusus emosi dan tindakan ,
5.keupayaan mengurus kegagalan,
6.mempunyai harga diri yang tinggi....
renung-renungkan....selamat beramal....worsiuuuu........
sekarang ramai yg kerja nak reward jer, tapi kerja xseberapa pun.. xsemua la kan..
bila x de kerja pasang kroni soh amek keje.. dah dapat keje. malehh
kalo kita usaha..Allah akan bantu kita :)
sekarang ni ramai jadi agen penggubahan wang haram...skim cepat kaya la tu.
sekarang zaman semua masuk penjara... camner nak kejer.... ngan dadahnya.. merompaknya... bergaduhnya... kejer pun tak selesa dah...
a'ah la kan? banyak yang Allah swt beri..cuma kita yang selalu lalai...:(
Semalam semasa Nida ke sekolah mengambil anak, terpandanglah olehku seorang orang Malaysia yang ku kenali. Dah 20 tahun lebih duk NZ ni.. tapi sedihnya, namanya masih Islam tapi pakaiannya amat2 menjolok mata, hampir terdedah buah dadanya...
Teringat pesan seorang sahabat sebelum Nida terbang mengikut suami ke sini " Bila di sana nanti harap2 biarlah orang sana ikut kau, jangan kau ikut orang sana"
Catat Ulasan