TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 22 Julai 2009

Eksplorasi bulan pada Google Earth


Setelah membolehkan para pengguna menyelam ke dalam laut dengan hanya menggunakan Google Earth, kini Google mengumumkan penambahan eksplorasi bulan pada Google Earth. Hari ini, sempena dengan ulang-tahun ke-40 manusia menjejak kaki ke bulan, Google Moon diperkenalkan dan dilancarkan oleh Google.

Sama seperti fungsi biasa Google Earth, anda boleh bersiar-siar di bulan dengan menggunakan komputer anda dengan mudah sekali. Anda hanya perlu memuat-turun data-data baru untuk Google Earth 5.0, seterusnya sudah boleh melawat bulan dengan mudah. Melalui Google Moon, Google menyediakan pelbagai informasi berkaitan dengan penjejakan ke bulan, hasil dari eksplorasi bulan yang dilakukan menggunakan Apollo 11 sehingga Apollo 17.

Menariknya, Google juga menyediakan bantuan eksplorasi bulan (guided tour) yang mana dibawakan oleh angkasawan yang terbabit dalam eksplorasi bulan itu sendiri. Anda juga boleh melihat imej, video dan segala data-data yang berkaitan bulan dengan amat mudah sekali melalui Google Moon.

Sumber-amanz.my
---------------------------------------------------------------------------------------
*Macam-macam masa kini mengadap PC saja boleh pi hingga ke bulan....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails