TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 22 Julai 2009

Solat gerhana


Sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009 . Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa

A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.
Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran

Sumber-www.falak-online.net dan ms.wikipedia.org

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails