Ucapan belanjawan ketiga yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara meluas dijangka sebagai bajet pilihan raya yang menjurus ke arah menyediakan lebih banyak pendapatan untuk kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah berbelanja.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Perdana Menteri bakal mengumumkan bonus sebulan gaji lagi kepada kakitangan awam pada masa yang sama menaikkan gaji yang agak besar bagi kakitangan yang berpendapatan rendah.
Juga difahamkan, bahawa jalur pendapatan kena cukai minimum akan dinaikkan tetapi mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan terjejas.
Sumber juga mendakwa bahawa kerajaan berharap untuk mengurangkan defisit daripada 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 4.7 peratus.
DISINI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*sounds always good *
1 ulasan:
Moga ada khabar gembira buat kita.
Catat Ulasan