TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 5 April 2011

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi

KOSMO

KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------
*Ye ke tak sedar.......*

6 ulasan:

zuhaiza's cheese tart berkata...

terharu..

Frodo Baggins berkata...

balaslah dengan balasan yg setimpal, tp jika bersabar itu lebih baik ...

Kakcik Seroja berkata...

Itulah akibatnya bila terlalu menurut perasaan. Mungkin juga ada 'unsur2 tersembunyi' yang tidak kita ketahui.

shida berkata...

302 la.... sedar ka dak.. sbb dia tak dak rekod sakit mental,, seorang ustaz sepatutnya belajar kawal marah.. sesal kemudian tak berguna dah... dah la pukul anak yatim..

NzA berkata...

trkdg bila dh hangin mcm kena rasuk .....patutnya sebagai ustaz kena byk2 bristifar.

AzeedA berkata...

slm kenal alimaz..
berlinangan air mate baca kisahnye saiful ni semlm.. terbayang seksanye bila tgk gmbr arwah terbaring koma dgn lebam2 muka.. moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.. al Fatihah
ustaz ke bukan ustaz smue tak terlindung dr hasutan syaitan! istighfar la byk2..

Link Within

Related Posts with Thumbnails