TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 22 Mac 2011

Tasoh Lake Resort, Perlis...lokasi penggambaran Kisah Hati.


 Seriously..... kami masih belum pernah jejak kaki ke Tasoh Lake Resort lagi...huhuhu

Remy titis air mata kerana Alyah

HANYA ILUSI...Remy muncul sebagai roh yang mendampingi kekasihnya lakonan Alyah.

MEREKA berdua mungkin pertama kali dipertemukan namun perasaan cinta yang terbit daripada gerak tubuh mereka mampu dirasai oleh kita yang memandang.

Dengan erti lain, keserasian antara si jejaka yang datang dari dunia lakonan dan si perawan dari pentas nyanyian, begitu terserlah dalam menghidupkan sebuah lagu yang sangat indah.




Malah kalau diterjemahkan lagu bernama Kisah Hati itu ke sebuah filem atau drama, pasti ia meruntun perasaan sebagai mana kita terpana dengan keasyikan filem Legenda Budak Setan, Sepi dan Cinta.

Begitulah gambaran diberikan terhadap Kisah Hati - single terbaru Alyah yang buat pertama kalinya menampilkan aktor pujaan satu Malaya, Remy Ishak.Siapa sangka dalam kesibukan Remy berlakon di sana-sini, dia disunting oleh pengarah muzik video itu, Ghaz Abu Bakar untuk memberi lebih roh kepada lagu ciptaan 6ixth Sense itu.“Saya sangat tersentuh hati dengan melodi dan lirik lagu ini. Bagi saya lagu ini seindah sebuah filem dan drama kerana menggambarkan dua jiwa yang bercinta tapi tak dapat bertemu di dunia ini.

“Lalu kami sebagai pasangan kekasih sekadar muncul dalam imaginasi gadis itu apabila dia merintih dan terkenangkan kekasihnya,” katanya.

Kata Remy, selepas mendapat CD Kisah Hati daripada Ghaz, dia tidak lagi berfikir dua kali kerana kebetulan meminati Alyah.

“Saya selalu dengar lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Bagi saya vokal Alyah sangat hebat dan dia ada ‘feel’ yang tersendiri apabila menyanyi.

“Kebetulan ketika ditawarkan Ghaz dan Alyah, saya tengah lapang, jadi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru apatah lagi saya sukakan hasil kerja Ghaz yang sebelum ini. Wang bagi saya adalah soal kedua,” ujar Remy ketika ditemui di lokasi taman buluh madu, berhampiran Tasoh Lake Resort, Perlis, baru-baru ini.

Apa pula komen Remy terhadap sikap Alyah?

“Alyah sangat hormatkan orang lain - tidak diva, tidak gedik. Dia boleh dijadikan kawan dan kadang-kadang suka melawak. Itu yang saya suka dan kami macam dah kenal lama walaupun baru jumpa.”

Kata Remy, yang turut menyukai muzik video Kau Bisu dendangan Alyah, juga arahan Ghaz, dia sangat gementar apabila berada di lokasi Kisah Hati memandangkan dia perlu ‘memadu cinta’ dengan Alyah.

Namun katanya, dia terkejut dan kagum apabila Alyah memberikan reaksi bersahaja dan sangat profesional apabila babak mereka berpegangan tangan dan berpelukan yang dilakonkan awal pagi di tepian tasik.

Lebih menarik, Remy berkata, Alyah memang boleh menjadi seorang pelakon kerana dia memberikan aksi yang sangat bersahaja.

Malah pada babak akhir, Remy menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu itu dan penghayatan Alyah yang meraung-raung.

Bagi Alyah, kesudian Remy muncul dalam muzik videonya sangat disanjung tinggi kerana dia sendiri meminati pelakon filem Cun! dan Nur Kasih itu.

“Alyah terkejut apabila Ghaz cakap Remy akan berlakon dalam muzik video ini. Alyah tak percaya sehinggalah Remy benar-benar ada di set penggambaran.

Maklumlah, siapa Alyah ini kalau nak dibandingkan dengan Remy yang hebat dan popular itu. Tapi lepas kenal, kami dah boleh melawak dan bersembang,” kata Alyah yang mengeluarkan bajet sendiri, lebih RM20,000 bagi projek itu.

Demi mengindahkan Kisah Hati, Alyah mengenakan tiga pasang adi busana (haute couture) rekaan Rizman Ruzaini, Amir Luqman dan Yanna Husin. Solekan oleh Bosco Ryzarl juga sangat dramatik, relevan dengan imej flamboyan Alyah selama ini.

Perlis jadi lokasi Kisah Hati

HARUS dinyatakan kehebatan muzik video Kisah Hati terletak kepada beberapa elemen iaitu melodi lagu itu sendiri, seni kata dan nyanyian Alyah yang sangat menggetarkan.

Ditambah pula dengan garapan Ghaz sebagai pengarah sebelum ini pernah menghasilkan muzik video untuk Anuar Zain (Mungkin & Sesucinya Cintamu) dan Kaer (Izin Ku Pergi) yang dibantu kru produksi profesional, maka segala yang cantik berjaya dirakamkan selama dua hari.

Faktor lain yang penting sudah semestinya aura Remy serta landskap Perlis Indera Kayangan yang membentuk lukisan semula jadi yang sangat mempesonakan.
Jelas sekali pemandangan indah di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, sa�ngat membantu kepada penceritaan dan ‘mood’ muzik video ini.

Apa yang menarik, pembikinan muzik video Kisah Hati bermula pada bulan lepas apabila Alyah, Ghaz, jurumekap Bosco dan penulis sendiri pergi membuat tinjuan lokasi ke arah utara Semenanjung. Terbukti bahawa Alyah sendiri sanggup bersusah payah membuat pencarian lokasi bagi memastikan apa yang dimahukannya benar-benar tercapai.

Akhirnya, selepas kami singgah di Empangan Timah Tasoh dan Ladang Tebu di Chuping, maka masing-masing terus bersetuju bahawa itulah lokasi terbaik bagi menggambarkan gelora Kisah Hati.

Seterusnya, penulis meminta perkenan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan tanpa berfikir panjang lagi, Tuanku Raja Muda terus memberi sokongan dari sudut logistik kerana pada masa yang sama berhajat mempromosikan lagi Perlis Indera Kayangan sebagai destinasi pelancongan.

Seterusnya, penggambaran Kisah Hati berjaya dilangsung�kan dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac lalu dan semua petugas menginap di Tasoh Lake Resort yang sudi memberikan tajaan. Pihak Alyah juga mengundang beberapa wartawan hiburan ke Perlis dan Ghaz sendiri membawa lebih 12 kru produksi profesional dari Kuala Lumpur.

Kata Ghaz, muzik video Kisah Hati itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini dan akan diedarkan Alyah ke semua stesen TV tempatan dan negara jiran termasuk Singapura serta Brunei Darussalam.

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pernah beberapa kali lalu kat Timah Tasoh tu, tapi tak pernah singgah. :)

Aku Anak Pahang berkata...

Assalam, hati kena layan :) Namun jgn ikut hati nanti mati :)

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm cantik gak pemandangannya

Link Within

Related Posts with Thumbnails