sumber
Teknologi umpama pisau, membantu kita memudahkan kerja tetapi jika tersalah guna boleh melukakan jari. So gunakanlah teknologi dengan beriman. Kedua artikel di bawah adalah kisah benar keharmonian rumahtangga boleh hancur sekelip mata angkara Facebook.
Artikel pertama dari email blalang_group.
Kawan saya telah mengalami musibah ini , seorang Pejawat Awam. ( suami 41,isteri 38 ) seorang Pegawai Jabatan Kerajaan, PUTRAJAYA yang membenarkan Myspace/Facebook digunapakai di Pejabat telah menemui kekasih gelap bermula di Myspace kemudian pindah ke Facebook sehingga berjumpa beberapa kali setelah lewat waktu pejabat dan ketika berehat. Perjumpaan demi perjumpaan telah membawa kepada hubungan sulit.
Satu hari pejabat si sang isterinya bercuti dengan kekasih gelapnya (tetapi mohon cuti pejabat tapi keluar berkerja seperti biasa dari rumah). Rakan2 pejabat telah meghidu perbuataannya (mungkin keterlaluan kot)…dan memeriksa Komputer kegunaannya di Pejabat. Terjumpalah berbagai Gambar2 yang daring2 yg dihantar kepada kekasih gelapnya dan bertukar2 gambar. Gambar2 itu mendedahkan aset sepatutnya milik suami atau isterinya. dan salah seorang rakan pejabat adalah tinggal berdekatan menghubungi suaminya uutk melihat gambar2 ini.
Waktu tengahari datang si suami ke Pejabat dan terkejut kerana isterinya bercuti di Pejabat dan Ketua Jabatan mendedahkan gambar2 ini . Sebenarnya dia kerap di pejabat ketika waktu rehat utk berinternet dgn kekasih hatinya sehinggalah rakan2 pejabat menyedari perubahan sikapnya…menghindari pergaulan di pejabat, Kawan FACEBOOK adalah kawannya sahaja.
Ketika pertemuan itu, Panggilan ke Talipon tangan oleh suaminya tidak berjawap, dan pejabat juga buat panggilan ..sehingga si isteri tadi mengesyaki dirinya kantoi dan menalipon pejabatnya..diketahui bahwa suaminya ke pejabat dan beberapa perkara telah dijumpai.
Pada malam itu dia kembali kerumah dan mengakui kepada suaminya yang dia telah berlaku curang selama ini. Rakan2 pejabat datang kerumah dan buat kaunseling dan minta perbaiki apa2 yg silap. Si suami sangat sabar dan tidak marah (kerana dinasihati oleh Rakan2 pejabat).
Mereka duduk selama 2 jam ditemani oleh rakan2 yang dipercayai utk berbincang. Si suami amat sedih dan cuba berbuat keputusan yang baik.
Pengakuan yang dibuat oleh isterinya :
Bermula dengan MySpace/FACEBOOK menemui jejaki ( sudah beristeri anak 2 orang), berinternet 8 bulan sebelum berjumpa ramai ‘potensi Buaya” sehingga memilih satu dan berzina. Pernah ingin bertaubat tetapi si lelaki ini terus merayu dan tidak dapat melupakan kekasih hatinya wlpun telah cuba menghilangkan diri.
Pernah sebulan tidak jumpa , isteri ini bertemu kembali dan menyambung kembali perhubungan mereka. Si suami tadi mendengar pengakuan isteri tadi dengan sakithati tapi nasi dah jadi bubur. Sedang mendengar pengakuan tadi si keluarga Mertua datang dan isteri tadi meminta suaminya melepaskan dirinya yang telah banyak berdosa dan memberitahu bahwa kekasih gelapnya sanggup mengambilnya sebagai isteri. Mereka telah berbincang petang tadi setelah mengetahui hubungan gelap mereka dihidu.
Mudah sangat pertimbangannya. Anak2 yang besar berumur 10 tahun mungkin terjejas pelajarannya akibat perpecahan ini.
Si isteri tadi telah tekad dan mengakui keterlanjurannya meminta agar suaminya melepaskan dan telah menceritakan segala yang telah dilakukan (tidak menunjukan keinsafan). Pada malam itu mereka telah dipisahkan tempat tidur akhirnya…bercerai . Inilah penangan FACEBOOK kalau salah digunakan… kita akan senang jumpa org yg mahu buat kerosakan..diajaknya melakukan kerosakan besama. Tunjuklah gambar yang berani2 sedikit…maka itulah IKLANNYA.. memberi message : bahawa saya boleh diajak tidur bersama.
Cerita dua dari Harian Metro:
http://www.hmetro.com.my/articles/Retakdekfacebook/Article/artikelMA
SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk ‘Abai suami sendiri, rindu suami orang’ minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.
Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.
Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.
Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.
Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.
Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.
Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.
Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.
Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.
Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.
Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.
Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.
Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.
Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal… hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM… saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.
Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr…” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper…” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.
Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.
Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.
Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.
Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang… itulah hati saya.
Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.
Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.
Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!
AZAM
Shah Alam
--------------------------------------------------------------------------
Copy kat sini sebagai panduan bagi mereka yang terlalu gilakan Facebook... tengok2 sama pasangan anda tak kira lelaki atau wanita... suami dan isteri..... betoi ka kawan.... kawan dimulut..
11 ulasan:
Hmm..dh ada teknologi..salah gunakan.
Dh kawen, umur dh makin byk angka, ada anakkk...masih ada hati nak test saham??
Tu lah pentingnya ada keimanann..
Hmm..bila suami baik...isteri wt hal. Bila isteri baik...suami pulak wat hal..aduhai..donia2..
Mintak dijauhkan...amin..
itulah ..bahaya kalo disalah gunakan ..
alamak sorry le susah nak baca ada iklan sebelah kiri bawah yang melekat tu
salam..
adehhh...moralnya
jauhilah FB mulakan
berblog..tak gitu
he he..
tu lah kan?..nak komen lebih2 pun susah..tapi sendiri mau ingat la, apa tujuan (nawaitu)..kita gunakan laman sosial ni..)D
Ya Allah... terlalu takut bila membaca kisah-kisah ini... semoga Allah merahmati dan memberkati rumahtangga yang dibina ini...ameeeen
nauzubillah.
sy yg belum berkahwin pon dah terase risau.
semoga kita semua dalam perlindunganNya.
Gune la untuk kebaikkan.Jangan sesekali cube yang melekakan.Kelak terjerat
Semuanya bergantung kepada kekuatan iman masing masing...
RAM & ROM
gitulh kalu salah guna kemudahan....semua tu brgantng pd naiwatu kita...
eemmmm tak berapa minat nak fb2 ni..
Catat Ulasan