TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 9 Februari 2011

Zebra Crossing ..... Tiger Crossing

Assalamualaikum,

Yeay, ALHAMDULILLAH ........balik saja selepas cuti, dalam kampus ada laluan Pejalan Kaki atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Zebra Crossing. Terima Kasih Pihak Pengurusan!

Maksud Zebra Crossing yang dipetik dari Wiki answers.com adalah " Zebra Crossing is another term for a pedestrian crossing, where pedestrians have a right of way at anytime. The road is painted with white and black stripes hence the name Zebra crossing".

Terjemahannya " Lintasan Kuda Belang adalah istilah lain untuk laluan pejalan kaki, dimana pejalan kaki mempunyai hak laluan pada bila2 masa. Jalan dicatkan dengan belang2 hitam putih, maka itulah diberi nama Lintasan Kuda Belang".
Kerana kita punya laluan Kuning dan Hitam, layak kot kalau kita panggilnya "TIGER CROSSING" ~KOT???~.

Jadi kalau adalah 'Tiger2, atau anak2 Tiger ' yang tengah lintas, marilah kita sama2 perlahankan kenderaan (walau pun geram kerana ada yang jalan lemah longlai) agar tidak berlaku kemalangan.

Ingin maklum je : undang2 berkenaan:
Hak pejalan kaki: mereka ada hak laluan yang lebih utama, dan sekiranya berlaku kemalangan antara pejalan kaki dengan sebuah kenderaan atas laluan pejalan kaki, pemandu kenderaan adalah dianggap bersalah.

Jadi sama2lah kita beringat, tak kira Pensyarah, Pegawai atau pun staf sokongan dan pekerja kontrak ..............UTAMAKAN KESELAMATAN!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok.... ini email semalam... abah cakap dia tak puas hati dengan ayat berwarna merah kat atas tu..... email ni dari seorang pensyarah UiTM sendiri.... Pensyarah ni boleh dikatakan veteran jugak la.....

Ayat kat atas yang warna merah tu nampak sangat pensyarah lebih utama dari yang lain..... Macam kedudukan lebih tinggi dari staf2 yang lain.... Salah ka kalau dia cakap staf2 UiTM.... kenapa perlu di kategorikan jawatan atau kedudukan staf.....

Kata UiTM satu keluarga....

Emmm satu lagi ayat...Tiger2, atau anak2 Tiger....Alahai..... macam samakan manusia dengan binatang pulak... apa kes ni.....

5 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

Safety first! hehe...

salam ziarah after cuti2 Malaysia..hehe..

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Di sini kat airport jer ada zebra crossing...itu pun ada orang tak reti nak hentikan kereta mereka bila ada orang melintasi Lintasan Kuda Belang tu...

eelobor berkata...

nanti bila nak ke arau hujung bulan 4 nanti, nak masuk jenguk2 kat dalam uitm arau. mengimbau kembali kenangan di zaman 95-97 dahulu. rindu beb ngan itm arau....

ibu_umairah berkata...

::))

shida berkata...

kalau mati... mayat org tanam sama je kedalamannya

Link Within

Related Posts with Thumbnails