TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 21 Februari 2011

Sinopsis Kembar Siang

Tengok iklan kat tv pasal cerita ni... emmm macam menarik..... Tapi tak tau la lagi sebab tak tengok... blom kluar lagi pun... nak komen lebih2 kot tak syoq kan naya saja...
Sinopsis ni pon ambik kat sini  ....

 Baca sinopsis ok.... tapi jalan crita kena tengok dulu baru puas hati...
 -------------------------------------------------------------------------

KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan Awal dan Awi sepasang kembar seiras. Awal abang dan Awi adik. Awal normal tetapi Awi sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas.

Walaubagaimanapun, Awi mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luar biasa dan sering memberi tuisyen kepada Mazli dan Izan anak sekolah yang sering menemaninya. Awal dan Awi mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka Haji Sabran.

Awal dan Awi telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai Pak Din Duda yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan.

Awal ada kereta tetapi Awi lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. Awi pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. Awi diperkenalkan kepada Ani (kekasih Awal) oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan Ani.

Awal jadi serba salah dan memujuk Ani supaya berkahwin dengan Awi. Ani merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari Awal melihat seorang gadis bertudung yang mirip wajah Ani.

Awal mengikuti mengikut gadis itu yang menaiki skuter begitu juga dengan Awi. Awal menemui bapa gadis itu dan mendapat cerita sebenarnya. Rupa-rupanya gadis yang dikejarnya itu adalah Ana dan kembar Ani. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.

Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.

6 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
last-last lena
tengok cerita tu
kalau saya..he he

mamaarifakeemaisy berkata...

macam lawak kan..kita tunggu ja la nanti..^_^

Hairun Azmi berkata...

Macam menarik jer citer ...

236 pulau di Malaysia belum ada nama

mama affan berkata...

tgk gazet macam kelakar..

nak tgk..:)

NzA berkata...

mcm best je.....

arekymz berkata...

cite ape ni?
sume kawen last2.
hehe.

Link Within

Related Posts with Thumbnails