TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 11 Januari 2011

Sengaja lengah sembahyang dikira dosa

Persoalan ni mama ambik kat metro sebagai rujukan... dan peringatan untuk diri sendiri supaya lain kali tak melengah-lengah kan solat waktu lagi..... Asyik layan Facebook / blog... solat lima waktu tak pulak ontime....


PERLUKAH seorang yang tertinggal solat fardu menggantikan solat itu pada waktu itu juga?

AMRY
Kuala Lumpur

SOLAT qada perlu dilaksanakan sebaik saja kita teringat kita sudah meninggalkan solat wajib tadi.


Contohnya, apabila terlepas solat Subuh dalam waktunya, hendaklah kita menggantikan solat Subuh itu setelah sedar daripada tidur.


Lakukan solat qada itu secepat mungkin. Tindakan menangguhkan solat qada hukumnya berdosa besar hinggalah solat itu dilaksanakan.


Tidak perlu ditangguhkan qada solat Subuh ketika hendak melakukan solat Zuhur dan tidak boleh sama sekali ditangguh sehingga Subuh esoknya.


Berdasarkan keterangan hadis, orang yang sengaja melambatkan solat pula sudah dikira berdosa, apatah lagi orang yang meninggalkan solat.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah dia sudah kafir”.

2 ulasan:

fikaryna berkata...

hmm..mmg betul, ryna pun ada terlambat buat..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam

betul tu, org yg sengaja lengahkan solat pun akan dihisab esok2 kat sana

org yg lalai dlm solat pun akan dihisab kat sana, dengan ular besar yg mempunyai 70 kepala, bayangkan kepala ular tu tak salah sy, kalau dia hulurkan satu drpd kepalanya sahaja kat dunia ni, rumput2 kat mukabumi takkan tumbuh

Link Within

Related Posts with Thumbnails