TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 27 Januari 2011

Paksa anak yatim cari dana


ANGGOTA penguat kuasa menyiasat penghuni sebuah pusat tahfiz di Port Dickson semalam manakala gambar kecil ialah anggota kerja pusat tersebut.

Berita di kosmo

---------------------------------------------------------------------------

PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.

---------------------------------------------------------------------------
Baca berita kat atas ni teringat tahun lepas masa mama dengan abah ke Kangar ambil ubat dekat klinik Faizah.... time tu dalam pukul 6.30 selepas ambil ubat.... dah nak balik pun... dekat maghrib juga la.... Kami nampak sekumpulan kanak2 sedang menjual kismis kepada org ramai.....

Satu group ada la kot dalam 3 hingga 4 org.... budak lagi dalam umur bawah 12 tahun.... Masing2 melilau mencari pelanggan untuk menjual kismis yang mereka bawa.... Salah sorang budak menghampiri kereta kami... abah memandang dengan pandangan yang agak pelik... sambil mulut mengomel....

Budak tu teragak-agak menghampiri kereta kami.... Dalam teragak-agak datang jugak... ye la sebab dah nak jual kismis tu kan.... Abah tanya budak tu... dari mana.. dia cakap dari sebuah sekolah agama di Kedah kalau tak silap....

Abah tanya lagi datang dengan sapa... dia cakap dengan ustaz..... Kalau denga ustaz mana ustaznya.... abah tanya... dia cakap ustaz tinggalkan kami nanti lepas habis dalam pukul 10 dia akan datang ambil...

Habis tu abah tanya lagi... tak sembahyang ka.... kebetulan masa tu azan maghrib sedang berkumandang.. dan kami agak lewat balik sebab kesesakan satu dan sebab menemu ramah adik tu satu hal..... Adik tu cakap sat lagi dia dengan kawan2 pi sembahyang la....

KAmi jadi komfius la jugak takkan kanak sebesar tu dah diajar mintak sedekah.... sekolah agama pulak tu... ya la mmg dia jual kismis untuk duit.... tapi tak elok la macam tu... biar budak2 berkeliaran dalam bandar .. senja pulak tu....

Last sekali abah malas nak cakap banyak abah beli ja kismis tu... ddn duit yang abah bagi lebih abah suruh simpan.... sebab depa cakap kalau tak habis kismis tu usyaz tak bagi balik....

Dia la kot macam tu.... kesian mereka.... ada jugak org dewasa yang menggunakan tenaga kanak2 untuk mencari dana.... BAnyak lagikan cara lain.....

10 ulasan:

Mawar_berduri berkata...

salam ,


kesiannya...kat KL ni rasenya lagi banyak kes camni...kekadang tu budak kecik lagi dah jual kismis ....huhu...sedih je tengok.

kakcik berkata...

Memang kesian sangat tengok budak2 tu yang menjadi seolah2 pengemis sedangkan tempat mereka sepatutnya di sekolah. :(

Azmiezas berkata...

akak selalu gak terserempak ngan budak2 ni..kesian akak tengokk...dah la anak yatim, dibuat mcm tu pulak..sungguh tak berhati pewott..

ZOOL@TOD berkata...

Saya simpati dengan kanak-kanak sebegini kerana di usia muda mereka telah dikerah untuk bekerja

fikaryna berkata...

dekat taiping pun banyak..kadang2 mmg kasi jer duit bebrapa rggt..x beli apa2 pun..kesian kat bebudak..x sekolah..tah makan ker tak..

dinor's family berkata...

org skrg suka mgambil ksempatan atas kesempitan org lain...hanya tuhan yg mgenahui segalanya...

zulkbo berkata...

salam..
kesian pulak membacanya
kisah anak2 yatim ni..
tapi ada molek juga
agar deme tahu susah..sbb
banyak kemudahan di sediakan
sebenarnya..agar mereka
menjadi insan yang bersyukur
tidak rasa terlalu manja.(pandangan saya)

Abd Razak berkata...

Macam-macam cara nak cari duit walaupun caranya sangat bertentangan dengan syariat..

NICK IRFAN berkata...

sian x patutlah suruh bdk2 buat mcm tu sedangkan ustaz tu sendiri x niaga sekali...

eelobor berkata...

salam, maaf la yer sebab secara peribadi kawan memang tak suka aktiviti begini. begitu juga kanak2 yang di pergunakan pegi kutip derma kat meja2 makan, berdiri di luar pintu bank & sebagainya. bermacam2 jenis sindiket ada kat luar sana.

Link Within

Related Posts with Thumbnails