ARTIKEL NI MAMA COPY DARI EMAIL UITM YANG KAWAN MAMA BAGI... DIA PUN AMBIK KAT SINI RASANYA... http://www.imotivasi.com/
Siapa jua yang Anda fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia tu musuh ketat Anda atau dia pernah sakitkan hati Anda. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang.
Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari masa lalu, mungkin orang-orang yang kita lihat pada minggu lalu, orang-orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.
Biasanya, kita akan lebih mengingat perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Haaaaa.. hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif Anda. Sikap tu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja yang kita kenal walaupun dia tak berapa ngam ‘tune’ dengan Anda.
Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ni bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik.
Misalnya, mungkin tiba-tiba ada orang nak tumpangkan Anda naik keretanya, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan belanja Anda makan tengahari, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan muncul di depan mata Anda, menghulurkan sebuah hadiah yang Anda sendiri tak sangka-sangka.
Kepada rakan-rakan yang dibelanja makan tengahari, saya mengesyorkan berhati-hati juga dengan pelawaan sedemikian. Manalah tahu ada sihir atau santau yang diiringkan? itu antara lontaran fikiran negatif yang saya berikan. Maksudnya, usah terburu-buru menjamahnya, lebih baik diiringkan dengan doa, lebih-lebih lagi ungkapan Bismillah… sebelum menjamahnya.
Dan andai ada yang memberikan hadiah, ungkapkan sahaja terima kasih kepada pemberinya, tetapi usah dilupa agar berhati-hati ke atas pemberian yang sebegini. Masih ingatkah lagi peristiwa pelajar-pelajar Malaysia ditahan di luar negara dek membawa hadiah yang berisi dadah?
Cukuplah barangkali yang saya terluah ketika ini. Anggaplah ianya sekadar berkongsi semata-mata. Seandainya baik, ambillah untuk ikhtibar bersama-sama, tetapi jika sebaliknya, buangkan ia jauh sejauh jauhnya.
Terkadang kita berasa sesuatu itu positif, tetapi realitinya, ditimbuni negatif. Dan sebaliknya pula negatif pada pandangan kita walhal terselindung positif disebaliknya. Seumpama ubat mujarab yang walaupun terlalu pahit untuk ditelan, tetapi ada kebaikannya.
Seandainya inginkan positif dan negatif yang terbimbing ke arah kejayaan, nasihat yang dapat saya kongsikan ialah dekatilah DIA, DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Berkuasa di atas segala-galanya. InsyaAllah, bilamana DIA mengiringi kehidupan kita, akan tersimbahlah hidayahnya untuk menyuluh liku-liku kehidupan yang penuh kepositifan dan kenegatifan. Mengapa?
Kerana hanya DIA yang mengetahui segala rahsia alam yang tersembunyi. Apatah lagi hanya DIA yang memiliki kunci segala keajaiban duniawi ini. Pasti akan beroleh kejayaan hakiki nanti. InsyaAllah...
9 ulasan:
emm..2 la.mmg nk pk +ve, tp yg -ve pun byk yg datang tiba2..hehe..insyaallah dgn petunjuk drnya, kita akan terhindar dr benda2 yg -ve ni. insyaallah.. :)
assalamualaikum..trime kasih atas artikel yg sgt bermanfaat ini..semoga kita ambil iktibar darinya
tq kongsi info ini..
Salam..
Bila baca n3 ini rasa insaf.. semoga semoga sikap yg tidak baik dalam diri akan digantikan dengan sikap yg baik.. dan segala prasangka yg jahat dapat dijernihkan semula..ameeennn
hehehe, kekadang kita nak cuba tapi tak mampu. mungkin ambil masa sket kut...
Assalamualaikum...
Berwaspada dan bersangka baik itu sebaiknya dan Allah akan sentiasa membimbing orang-orang yang bersangka baik..
Berhati hati adalah langkah terbaik...
35 penuntut Uitm cedera bas terbabas ke dalam longkang
Insyaallah..info yg bagus..
takut jugak ek.... ngeri
Catat Ulasan