TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 28 Januari 2011

Jalan sehala UiTM Arau dan .... Tok Ayah..

Kes jalan sehala UiTM Arau.... email ni yang menarik perhatian mama.... ada lagi nanti mama posting....

Sindiran yang dalam.... kalau pihak pengurusan tak paham bahasa lagi tak tau la....

Salam sejahtera.

Tok ayah (nun jauh disana) tersenyum puas. Hebat-hebat belaka anak-anak buah singa utara. Komitmen pada kerja cukup tinggi. Puas…puas…senyum tok ayah dah meleret sampai ke telinga………

Pensyarah cukup hebat. Kalau masuk kelas mesti tepat pada waktu. Tak boleh lewat satu dua minit, tak boleh, amanah kerja… Maaf pelajar sekalian, saya lewat 2 minit sebab jalan sehala, terpaksa pusing jauh…., menyusah betul la jalan sehala ni. Betul tu puan, kami pelajar NR pun terasa susah disebabkan jalan sehala ni, tak payah jalan sehala lagi baik…, Takpe, nanti saya bagitau, bukan kata pensyarah saje yang susah, student pun sama susah, semua orang susah….disebabkan merungut/menceceh jalan sehala, waktu kelas pun habis. Tak belajar apa2 pun…. Tok ayah tak kisah samada pensyarah mengajar atau tidak, yang penting pensyarah cukup setia masuk kelas…. Puas hati tok ayah…

Ada staf ni, tak boleh lewat sikit. Takut nanti orang kata tak efisyen. …, kalau ada laporan komputer rosak mesti kena settle segera…, ganggang telefon belum letak lagi, dah terpancul depan pintu…., maaf en, lewat sikit, jalan sehala… perjalanan semakin jauh...,dengan muka masam, belek2 dan ketuk2 komputer, komputer separuh rosak jadi rosak penuh…, maaf en, komputer ni kena bawa ke bengkel, minggu depan siap kot…buat kerja dengan hati panas, gara-gara jalan sehala…, Tok ayah cukup puas dengan komitmen staf ni…, cukup hebat….., peduli apa komputer tu…. Tok ayah tak kisah…., boleh sewa baru….

Tok ayah cukup bangga, mesyuarat tiap-tiap hari. Bagus betul pengurusan ni…, staf terpaksa menanggung belanja minyak yang tinggi kerana hadir mensyuarat…, jalan sehala punya pasal.., Tok ayah tak kisah, kos hidup naik, yang tok ayah seronok sangat pasal kerap mesyuarat, pasti banyak hasil….. Tok ayah senyum lagi…, ke hulu ke hilir naik kereta…., taraf hidup dah tinggi….., tok ayah cukup puas….

Opp… ada kemalangan….., ini pasti gara-gara jalan sahala…., bila jalan sehala kena bawa laju……..tok ayah masih tersenyum… tok ayah tak kisah pasal kereta tu, tapi tok ayah bangga, ini hasilnya ada litar formula 1 di sepang… dulu orang kata litar tu membazir… Tok ayah lalu menyanyi…, buai laju-laju, sampai pokok ara, pandu laju-laju, esok jadi juara….

Tok ayah terus tersenyum…. Dahsyat…dahsyat…., parking kereta kalau boleh depan pintu kelas atau pejabat, bukan apa takut membazir masa. Kalau boleh turun je kereta terus mengajar dan buat kerja. Seminit dua cukup berharga…, banyak kerja boleh buat… cukup dahsyat, komitment kerja cukup dahsyat.., hebat…hebat….

Aduh….., sape tak de road tax tak bayar insuran, jangan guna jalanraya….., hebat…dahsyat…., kena meredah rumput dan bukit…., tok ayah rasa cukai pendapatan kerajaan akan bertambah, yang jalan kaki pun kena bayar road tax dan insuran…, bila banyak hasil nanti boleh buat jalan baru…., tok ayah bangga pendapat ini….. Para pengawal terpaksa mengawal sepanjang jalan….., padan muka yang takde road tax.....

Bang…. Dah kul 12 malam ni, abang masih tersenyum, tidur lah, esok kerja…, sememangnya tok ayah berhak untuk senyum dengan kisah ini,,,, tok ayah akan dapat tidur dengan sepuas-puasnya…..

Untuk ini, pesan tok ayah….., banyak bersabar… rancanglah perjalanan kita…..

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kena fahamkan apa yang tersirat....

Solehah berkata...

kat uitm arau skg jalan sehala ka?sorry kalau salah paham.

ZOOL@TOD berkata...

Asyik cari kesalahan orang. Dia lambat orang lain yang salah. Hmmmmmm kurang cerdik......

Link Within

Related Posts with Thumbnails