TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 28 Januari 2011

Isu Jalan Sehala UiTM Perlis .. Dan Tok Ayah Pening.

Salam sejahtera.

Udah udah le tu pasal jalan sehala… (kena sebut pelat perak, kalau boleh ikut cara cakap orang bote)

Pening dibuatnya…. Tok ayah kalau pening, main golf… pukul bola golf… (lepas waktu pejabat ye).., kalau marah pukul bola.. lagi kuat pukul, lagi jauh bola pi…, jangan pukul orang, nanti dia mai, pukul kita balik…

Bila main dengan kepala bersarabut (pasal jalan sahala lah), main tak tentu hala…, nak bola pi kiri, dia pi kanan, nak pi kanan, dia pi kiri pulak… frust sungguh main …. namum habis juga sembilan lubang….

Habis main, terus ke bilik persalinan, ada 10 – 12 orang dalam bilik tu, sedang rancak bersembang diselangi ketawa terbahak2…., tak beri salam pun (hati dok marah), tok ayah terus pi kat sinki basuh tangan sambil tengok cermin, ada nampak uban di kepala, dah tua, bisik hati…

Kring…kring… bunyi telefon…, tok ayah angkat, (dengan suara tinggi, apa taknya kepala tengah pening)… ha.. nak ape? Rantai emas!… lapan belas ribu?...., kat kedai noraini … ambik la… ye la…. pakai la kredit kad… (terdiam mereka dalam bilik tu, tergamam gamaknya) …, la… nak ape lagi, gelang emas? Empat ribu…. bayar cash?…., ambik la…, nanti abang balik, abang bayar…. Ye la… abang bayar la…..ada duit…. Tok ayah pun letak telefon. Mereka kat dalam bilik tu masih terdiam sambil memerhati Tok ayah.

Tok ayah pun jalan, sampai kat pintu keluar……. Handphone sape kat sinki tu?… tadi bini dia call…. Tok ayah terus berlalu pergi. .....

-------------------------------------------------------------------------------------
Tok Ayah dah mula naik pening...... inilah akibat kalau semua nak ambik tahu..atau terlebih dan tau kerja orang....kerja sendiri pun serabut...biar yang berkenaan saja yang uruskan...

1 ulasan:

cemomoi berkata...

tok ayah memang pemurah..nak sesuatu mintak aje time dia pening

ate jalan sehale tak tau ke mane hale

Link Within

Related Posts with Thumbnails