TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 21 Disember 2010

KRONOLOGI Nahas bas pada 2010

20 disember- 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan terbunuh apabila bas persiaran dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang.

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.


14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber

8 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Malang tidak berbau tapi same2 la kite menghindarinye.Pandulah ikut peraturan jalanraye.

attyfir berkata...

ngerinya ..dengar accident2 nie..

semoga dengan apa yg terjadi nie
kita lebih berhati2 dijalan raya.

Unknown berkata...

hari ni
takut kalau berselisih dgn bas.......

zulkbo berkata...

salam..
aduhhh..menakutkan
pengalaman ini
jadi fobia la pula
nak naik bas sekarang

Relevan berkata...

Sungguh mengerikan kemalangan semalam..

CuTeMiUt78 berkata...

issshhh.. minta di jauhkan la hendaknya... takut dan mengerikan

Katak Ijau berkata...

rasa sgt phobia bila tgk bas ekpress atas jalan raya nih...huhu

Unknown berkata...

rasa takut nk naik bas plak lps ni...

Link Within

Related Posts with Thumbnails