TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 5 November 2010

Hujan turun lagi di Arau Perlis


Petang semalam 4/11/10 awan mendung mengelilingi Arau... hujan juga tapi tak lebat... hanya renyai2.... Tapi pagi ni huja turun lebat...... Hati risau juga sebab hujan makin lebat....

HArap2 hujan akan berhenti.. jangan la hujan sampai seharian... kalau tak air akan naik pulak.... Lagi pun banjir dikawasan Kangar masih belum surut lagi.... Bayangkan kalau hujan masih lebat lagi dalam dua hari ni.... Makanya empangan Tasoh tak dapat ditutup... KAlau empangan tak tutup air makin naik di Kangar.... dan kemungkinan juga BAndar Arau akan dinaiki air semula......

Semalam juga kawan mama dari UiTM Pulau Pinang sms cakap nak datang ke UiTM Arau untuk misi apa tah untuk student UiTM Arau... Kalau tak silap yang datang tu staf UiTM Peneng.....

Harap2 tiada halangan di jalanan... semoga selamat sampai ke sini.... KAlau dengan bas tu tak dak masalah nak datang sini ikut highway....

Pagi ni hujan lebat .. kami pekena nasi goreng Kampung yang mama buat..., al-hamdulillah masih ada rezeki untuk kami sekeluarga........ 

Air dah tiga hari tak dak... nasib baik elektrik di Kampung kami ada..... KAlau di kawasan perumahan tiada air dan elektrik.... KAmi di Kampung masih boleh gunakan air telaga (perigi)..... UiTM sudah kehabisan air.... semua tangki sudah kosong.... kesian student yang nak ambil exem.. ada yang tak mandi....

KAlau tak madi tu tak pa lagi... bab buang air ni yang teruk sikit.... Al-hamdulillah kami org kampung masih tiada yang kurang.... (jangan hina org kampung sebab time macam ni org bandar akan mintak tolong dengan org KG...)... 

Telaga (perigi) di kampung sini ada dua.... pakai pump untuk sedut air naik..... org taman disekeliling pakat kerumun ambik air perigi kampung kami..... Al-hamdulillah air perigi tak kering langsung... cuma airnya payau... maklum la tak kena clorin.... best rasa air perigi... KAlau rumah mama perigi depan rumah saja... ni rumah mak abah tak dak perigi... perigi terdekat rumah jiran..... Terpaksa juga tarik paip yang panjang....

TAk pa susah sikit janji ada air untuk mandi dan buat air sembahyang...

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga hujan itu akan segera berhenti dan banjir tidak melanda lagi.

Bagi kakcik, biar terputus bekalan letrik dari terputus bekalan air bersih...

Relevan berkata...

Musim tengkujuh sudah bermula..banjir sebelah utara sudah semakin ok ke?..

Yunus Badawi berkata...

Salam.

Semoga banjir cepat surut dan keadaan kembali spt sediakala. Kesian dengar takde api dan air. Itulah untungnya ada perigi di kampung. Boleh juga digunakan masa mcm ni.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

org kata..biar takde letrik dari takde bekalan air..aduyaii..

Link Within

Related Posts with Thumbnails