TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 18 Oktober 2010

Hormati Privasi Teman Sekerja Part 1

Setiap pekerja diberikan ruang kerja masing-masing dan ia bertujuan agar dapat memberikan fokus maksimum terhadap tugasan yang harus diselesaikan...'

Sebaliknya ia bukan bermakna anda boleh melakukan apa saja sesuka hati tanpa memikirkan keselesaan 'jiran sebelah' dan orang sekeliling ....

JAngan pentingkan diri sendiri dan cuba hormati hak teman-teman sekerja lain... Mungkin tip ini boleh diamalkan agar tiada yang berasa geram dengan kelakuan anda...

  1. KAWAL NADA SUARA

Tidak kira sama ada semasa berbual atau bercakap ditalian kawal nada suara anda agar tidak terlalu kuat sehingga mengganggu konsentrasi rakan sekerja yang lain.... Bukannya nak buat pengumuman.....

2. BUKAN TEMPAT PERBINCANGAN HAL PERIBADI

Pejabat adalah tempat mencari rezeki bukan tempat untuk meluahkan hal peribadi.....Kalau dah terdesak sangat cari lah tempat yang sesuai dan bukan ditempat kerja sebab tempat kerja tidak menjanjikan privasi.....

Sesiapa saja boleh mendengar dan tak mustahil ia akan menjadi bualan hangat ataupun akan menjadi bahan umpatan keesokan harinya....

 Samalah ketika berbual ditalian... cari tempat yang terlindung tetapi dalam masa yang sama kawal emosi agar tidak terganggu dan mengalirkan air mata....

3. BAWA BERSAMA TELEFON BIMBIT

Nada dering talifon bimbit zaman sekarang bermacam2 rentak... ada yang perlahan ada yang kuat... sebab itulah anda kena bawa kemana sahaja anda pergi....

Jika ditinggalkan dan panggilan masuk tanpa henti, ia akan membuatkan rakan sekerja lain berasa terganggu disebabkan bunyi bising talifon anda itu....

Bersambung,.....

2 ulasan:

fikaryna berkata...

ada jugak paten rakan pejabat yg suka berlagak..

kakcik berkata...

Kadang2 kerana terlalu teruja dengan sesuatu.. ada yang sampai terlupa mereka mempunyai jiran yang juga perluakan ketenangan! :)

Link Within

Related Posts with Thumbnails